Roda-roda Panas Atas Katil

12
8:54 AM
Kurang 5 minit sebelum jam 1 petang, sudah hampir dua jam aku berada di sisi katilnya. "Ok, Iza. Aku nak gerak dulu. Apa-apa hal karang bagitau aku."

"Ok. Terima kasih eh..." balas isterinya yang berdiri di muka pintu.

"Abu, aku nak chow dulu. Ni aku nak bagi kau satu barang. Sekarang orang dah tak collect super car, tapi ramai yang cari kereta klasik. Nah, yang ni versi wagon punya..." lebih kurang begitu kata aku kepada Abu yang tersandar di atas tilam dengan badan dan kepalanya beralaskan dua biji bantal. Sepanjang aku berada di situ, dia kelihatan agak menyedihkan. Dengan tiub yang bersambung di kiri dan kanan tangannya, wayar halus melekap di dada dan tangan yang ketara membengkak.

Pertama kali melihat dia, tiba-tiba aku jadi sayu. Ditambah lagi dengan rasa bersalah sebab masuk hari ke-5 dia jadi penghuni di situ, baru aku ada kesempatan (teringat) nak melawat.

Kawan yang aku kenal sejak sekolah, duduk sebelah dan sama-sama tidur dalam kelas sejarah cikgu Jalal. Moga Tuhan segera mengembalikan kesihatan kepadanya seperti sediakala, insya Allah...

"Nah, ambik ni..."

1970 Chevelle SS Wagon, gambar dari Instagram aku.

Sebaik aku meletakkan card Hotwheels di atas tangannya, dia segera tergelak dalam nada pahit, "Kau perli aku eh?" Dan itulah satu-satunya moment yang aku nak sangat tengok daripada dia. Bukannya seperti sebelumnya dia berupa seorang lelaki yang enggan melawan, berserah dan terus berbaring di atas katil hospital tanpa mahu berbuat apa-apa. Menolak untuk disuakan air minuman dan sesekali seolah meracau tanpa diketahui butir bicara.

Hehehe... Sebenarnya aku tak tau nak belikan apa sebagai buah tangan. Kalau beli buah, dah biasa sangat. Dan dalam keadaan macam tu, tak mungkin kau nak jamah walau pun sepotong. Jadi, dalam perjalanan tu aku pun menyempatkan diri singgah beli barang bagus ni. Orang lain nak anggap perli, tak sesuai atau merepek, itu aku tak kisah. Asalkan kau mampu tergelak dengan sedikit `gurauan' aku ni.

Assalamu 'alaikum. Semoga cepat sembuh.

~Hari ini, di dalam ruang waktu yang serba sempit ni, aku akan cuba sekali lagi melapangkan masa untuk singgah... Insya Allah.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. semoga Abu cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah... terima kasih.

      Delete
  2. kenapa dia masuk wad?
    aku dari semalam nak tanya. semalam ke kelmarin. tak ingat.
    tapi disbbkan kalau aku komen, akan keluar kat home, terus tak jadi tanya..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Denggi berdarah, masuk Unit Rawatan Khas...

      Keluar ke home? Problem apa tu?

      Delete
  3. Bagusnya.. Memang patut beri hadiah yang orang tu suka / minat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa2 sampai aku balik dia dalam keadaan separuh sedar. Tak ingat aku ada bagi benda ni...

      Delete
  4. Kadang-kadang orang bawa makanan sedap-sedap untuk pesakit yang sebenarnya bila sakit selera makannya sangat merosot. Apa yang bro buat betul - bawa sesuatu yang seseorang itu minat...
    Semoga dia cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma masalahnya kat sini, saya beli kat tempat yang orang tengah boikot sekarang. Takpe kot, saya ketepikan dulu boikot2 ni, kawan ni lagi penting...

      Delete
  5. Pandai SM pilih hadiah yg menggembirakan, mmg geng rapat la ni.

    Moga kwn tu cpt sembuh, insya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Petang semalam singgah, ada kemajuan. Dah boleh sembang walau pun tak banyak bergerak...

      Delete
  6. Kalau IM dapat buah tangan gitu, IM akan gelak panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting dia happy, bang IM...

      Delete