Sama Tapi Berbeza

4
2:37 PM
Salah satu sebab kenapa aku cukup tak berkenan dengan aktiviti berkongsi dan `forward'kan info-info dalam whatsapp adalah ini...

Pertama kali aku terima mesej ni beberapa bulan lalu,
kemudian diulang pula oleh ahli-ahli dari group yang lain
dan ini...

Yang ni pulak bulan lepas...

Nampak macam ada sesuatu yang pelik. Mesej pertama dan kedua ni berkenaan dua skim yang berbeza, tapi ada beberapa persamaan yang ketara iaitu:

*nak gesa kita (orang Melayu khususnya) beli/mohon rumah.
*ketepikan dulu soal kelayakan, asalkan kita ada memohon.
*menyatakan ada sesetengah pihak yang ghairah sangat nak beli rumah hingga menutup peluang kita, dalam erti kata lain, tamak.

Kedua-dua mesej ni seolah-olah dimulakan oleh pihak yang sama dengan hanya menukarkan nama skim dan laman web yang berkaitan. Bila difikir balik, benda ni serupa macam apa yang berlaku dengan Altel tempohari.

Iaitu mempromosikan sesuatu yang memberikan manfaat, tetapi dengan cara yang aku kurang berkenan. Sepatutnya, kesedaran untuk merebut peluang di kalangan kita tu ditimbulkan bukan dengan cara menakut-nakutkan atau menaikkan sentimen perkauman. Biarlah kita sendiri bangun dengan niat mahu bersaing secara sihat tanpa perlu memandang sinis terhadap kaum lain.

Bukan kita sahaja yang baik, dan tidak semestinya orang yang bukan lahir dari kalangan kita tu jahat semuanya. Segala-galanya tidak ditentukan oleh dari kaum mana ibu atau bapa kita berasal...

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. nakkan sesuatu biarlah dgn cara yg betul dan niat yg betul..nk beli rumah bukan main hentam beli..tp kalau btl dan peluangnya bagus xde masalah..
    cuma tak perlualah kita diprovok hya semata2 disebabkan kaum lain etc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skim ni bagus, sampaikan aku pun dah mohon secara online. cuma bila ada cara macam ni je yang buat aku rasa down sikit...

      Delete