3

3
3:02 AM
*

Bercerita tentang kematian, bermula dari Temerloh hingga ke hadapan pagar rumah iaitu sebaik menerima berita pemergian seorang `friend of my friend' secara mengejut. Segala-galanya memang terdapat pelbagai kemungkinan oleh kerana semua itu telah ditentukan olehNya. Sama ada kita akan dijemput secara mudah atau tidak.

Apakah kita akan pergi dengan begitu pantas hingga tidak sempat untuk mengerutkan dahi, buat menikmati rasa sakit.

Atau pun kita sempat merasai penderitaan selama menempuhi liku-liku dan kesusahan sepanjang menghidapi penyakit tertentu.

Hanya Dia yang maha mengetahui. Apa pun, sepanjang masa ini aku tetap mensyukuri dengan apa yang telah Dia pinjamkan pada aku.

al-Fatihah, untuk mereka yang telah pergi dahulu sebelum kita...



***

Awal pagi selasa, sekali lagi aku sempat menghayati seketika kehidupan yang aku bayangkan bakal ditempuhi apabila bergelar pesara kelak.


Duduk di meja yang terletak di sudut paling hujung sambil memerhati pancaran lampu kenderan yang lalu-lalang, dalam kesamaran lewat waktu subuh.

Tenang? Belum lagi, kerana masih terdapat banyak `hutang-hutang' yang belum terlangsai...



****

Kunci kebahagian adalah jiwa yang tenang, dan ketenangan itulah yang semakin kita lupa untuk dicari. Kerana terdapat begitu banyak perkara-perkara kecil yang sering mengganggu dalam perjalanan menemuiNya.

Persoalannya, adakah kita akan terus kekal menuju ke sana di atas laluan yang lurus, atau pun sesekali akan menyimpang tetapi tetap menemui penamat yang sama, atau pun terus tersesat walau pun cahaya matahari sudah menenggelamkan kesamaran.

Lantas lampu-lampu kenderaan yang menyilaukan di sana sepatutnya telah dipadamkan...

Silaunya masih terasa...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

3 comments:

  1. Al-Fatihah..takziah bro..

    ReplyDelete
  2. takziah bro..semoga pengakhiran kita nanti baik-baik aja.

    ReplyDelete