Aku doakan kau selamat...

4
10:50 PM
Dari kejauhan, memandu dalam keadaan hujan gerimis, dengan anggaran jarak kurang 100 meter dari kenderaan di depan, tiba-tiba aku tengok ada satu objek seakan-akan dahan kayu jatuh. Betul-betul melepasi sebuah kereta putih. Jenis dan buatan kereta tu langsung tak dapat aku camkan disebabkan jaraknya yang jauh, tambahan pulak waktu yang beransur senja, lebih kurang pukul 6:30 petang kalau tak silap aku. Dan apa yang aku pasti pulak, terdapat sebuah lagi kereta yang berada di hadapan kereta itu, juga berwarna putih.

Mujur juga `dahan kayu' itu tidak menimpa kedua-dua buah kereta tu. Sebab kalau berlaku apa-apa kemalangan, mesti bertambah teruk memandangkan jarak lokasi itu dengan hospital terdekat yang entah aku pun tak tau di mana. Jangankan hospital, klinik kesihatan pun agak mustahil ada.

Semakin lama kereta yang aku pandu semakin menghampiri `dahan kayu' itu. Tapi aku rasa makin pelik. Macam tak logik pulak tiba-tiba ada dahan kayu yang jatuh. Kiri dan kanan jalan yang agak lapang, dengan ketiadaan pokok-pokok besar meneduhi jalan. Yang ada cuma semak-samun je.

Beberapa saat kemudian, owh shit...!

Bukan dahan kayu la! Itu orang! Sah, memang sah salah satu kereta putih yang kat depan aku tu dah langgar seseorang. Aku terus memperlahankan kereta dan berhenti melepasi lelaki yang terbaring atas jalan. Semasa melintasi  lelaki tu, aku harap sangat dia masih lagi hidup.

Ogy yang mengekori di belakang aku turut berhenti di bahu jalan.

Terkejut, berdebar... Aku, Ogy dan seorang lagi pemandu Viva hitam (berhenti di belakang aku) keluar dari kereta dan mendapatkan lelaki itu. Agak bersusah-payah jugak kami bertiga cuba nak alihkan motosikal Yamaha lampu petak lelaki itu ke tepi jalan. Dengan lampu hadapan yang pecah dan `mangkuk'nya tertinggal di atas jalan, taburan nasi putih yang bersepah dan bakinya masih tertinggal di dalam bekas polisterin putih dan jugak lastik di atas bahu jalan, aku tengok lelaki ni bangun dan berjalan dengan berdengkut-dengkut.

Tangan kirinya tak dapat digerakkan, tapi tidak terkulai. Pipi kirinya berdarah dengan terdapat kulit yang tersiat pada bahagian sebelah mata kirinya. Aku tak berani nak tengok secara direct.

Sesudah semua serpihan-serpihan kecil, taburan makanan dan peralatan lain dialihkan, kami pastikan lelaki tu tak alami kecederaan yang serius. Ya, pada aku memang tak serius kalau dilihatkan dengan mata kasar. Kecederaan dalaman, makan masa sikit nak datangkan kesan. Dalam kes-kes tertentu, sampaikan ada yang membawa maut...

*****

Lokasi kejadian ini adalah di jalan Gerik - Kuala Kangsar, beberapa kilometer sebelum Lenggong. Petang Jumaat (semalam), 19 September 2014. Satu kawasan yang agak terpencil dengan cuma terdapat perkampungan orang asli di sepanjang jalan. Dan lelaki malang tadi itu juga adalah orang asli.

Jadi, kalau dia itu orang asli, kau memang patut teruskan perjalanan lepas kau langgar dia? Macam tu? Manusia yang bukan lahir sebangsa dengan kau memang patut dibiarkan terbaring atas jalan, tanpa bantuan sesiapa? Macam tu?

Mujur, memang mujur sangat jarak kenderaan kami dengan kereta putih yang melanggar tu agak jauh dan dipandu dengan kelajuan sederhana. Kalau tidak... Ah, tak payah la kau bayangkan lagi. Sebab kau bukan manusia pun! Cuma jelmaan syaitan yang diberikan lesen memandu...

*****

Tajuk entri ni aku tak tujukan pada lelaki malang yang dilanggar tu, tapi sebaliknya aku tujukan pada pemandu kereta putih yang berambus macam tu je tanpa rasa bersalah.

Macam biasa, aku selalu harapkan sesuatu tiap kali bertembung dengan pemandu kurang ajar atas jalan setiap hari iaitu... "Aku harap kau eksiden tapi selamat dan tak mati, cukup sekadar luka-luka kecil serta mendapat mimpi ngeri setiap malam..."

*****

Tiada gambar untuk entri kali ini. Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. semoga mangsa cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya.

    langgar lari adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab tetapi siapa kita nak menghukum manusia tanpa mendengar cerita dari kedua dua belah pihak.

    takut2 nnt terkena kat kita pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya berhenti, salam tangan dan bagitau... "maaf, saya nak cepat. ada emergency ni". tak sampai seminit.

      di sini menunjukkan pemandu kita dah makin kurang rasa tanggungjawab, patut berhenti walau apa pun alasannya.

      :-)

      Delete
  2. Mustahil yg langgar tu xperasan kan? Mgkin dia ingt tak sapa nampak so boleh blah mcm tu je..takpelah... Balasan ttp ada tggu jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, agak mustahil. apa pun, aku harap pemandu macam tu cepat2 sedar. kesian kat orang2 macam ni. mungkin dia tak salah 100%. kalau tengah panik, apa2 je boleh berlaku...

      Delete