Cahaya Dalam Permata

12
10:56 PM
"Aku tengok kebanyakan design bangunan zaman sekarang ni semuanya banyak gunakan panel kaca. Kaca sana, kaca sini. Ni pun jadi salah satu sebab kenapa suhu sekarang makin meningkat" seakan pakar kaji purba yang cuba nak mengupas kaedah mengangani masalah kebocoran kertas peperiksaan lagaknya aku tengahari tu. Idea perbualan ni tercetus bila aku melihat bangunan yang baru siap di seberang sana.

Duduk makan di tepi tasik buatan, di bawah teduhan `shading' bangunan dengan dibantu hembusan angin ke arah kami berdua, tambah membuatkan selera makan aku makin kencang. Maklum la, ini je masanya aku nak lari sekejap dari kerja-kerja pejabat dan `kerja-kerja tepi' yang tak putus-putus datang. Makan sambil bersembang, minum sambil bersembang, duduk bersandar untuk melepaskan lelah juga tak putus dengan sembang.

Dia pulak aku perasan lebih banyak merenung permukaan air tasik dan tertarik dengan gelagat pekerja senggaraan yang asyik menyembur permukaan dek kayu dengan `water jet spray'. Tengok muka macam ada masalah, tapi masa pulak macam tak cukup, kalau aku tanya karang silap-silap mau sampai pukul tiga kat situ. Takpe, lain kali je. Kita layan dulu `fries' (sori, rojak takde) dengan nasi goreng cendawan.

Manakala sesekali aku pula mengeliat kemalasan membetulkan susunan urat pinggang, satu perlakuan yang cinta hati aku larang terutama bila perut tengah kenyang. Entah kenapa, takut pertalian antara urat perut dengan urat kentut terbelit agaknya...

"Alamak!
Masa dah time, aku dah lambat ni. Kau tunggu kat ofis aku boleh? Lepas tu aku hantar kau balik..." dia sedikit gelabah, macam selalu. Dan aku tetap tersengih, macam selalu jugak.

Hahahaha, apa ada hal. Bukannya aku tak biasa kat sini, lagi pun aku dah lama teringin nak tengok keadaan dalam bangunan ofis kawan aku ni. Bila pandang dari luar, tersangat la tak lawa disebabkan bentuknya yang agak janggal. Kalau diterbalikkan, memang tak ubah macam kapal angkasa! Tambahan lagi, hampir 90% bahagian luaran bangunan ni dilapisi dengan panel kaca. Sesuatu yang aku kurang berkenan.

Melangkah keluar dari perut lif menuju ke ruangan lobi, satu kelainan yang aku harapkan memang betul-betul berada di depan mata. Ada beberapa perkara yang aku suka bila berada di dalam bangunan ni iaitu...

~Suhu yang tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas hingga membasahkan ketiak. Sebenarnya walau pun aku ni bekerja dalam pejabat, tapi aku tak suka dengan suhu dari `air-con' yang sejuk. Aku lebih suka gunakan kipas angin macam tempat kerja lama kat Puchong dulu. Dan suhu dalam lobi bangunan ni sesuai dengan kulit aku yang nipis tanpa lepisan lemak. Satu bintang ganda dua puluh lima... Gedegang!

<Aku ada snap gambar dalam lobi ni, tapi tak jadi nak upload sebab...>

~Pencahayaan memang perfect. Rupa-rupanya arkitek yang design ni memang bijak gunakan bentuk luaran bangunan ni yang seakan permata, tirus di bawah dan keluasan yang bertambah di bahagian atasnya. Ini membuatkan dia boleh membuat satu bukaan luas untuk membolehkan cahaya matahari masuk secara terus ke dalam bangunan. Satu masalah penjimatan tenaga telah berjaya diselesaikan. Tak perlu menyalakan lampu lagi dah. Dan mungkin juga jumlah cahaya yang banyak ni dah membantu menstabilkan suhu di dalam (tak terlalu sejuk). Satu bintang ganda dua puluh enam... Gedegang!

bumbung bangunan suruhanjaya tenaga putrajaya
Nampak tu, nampak? Gambar ni aku snap masa matahari betul-betul atas kepala. Jangan pelik bila kita boleh tengok matahari atas kepala walaupun di dalam bangunan pejabat.

~Kewujudan air yang menjadi elemen penting dalam menyeimbangkan suhu panas, sebaik sahaja aku melangkah keluar melalui `main entrance', memang superb. Laluan dari `main entrance' ke `walkway' di hadapan jalan besar ditutupi dengan panel kaca di bahagian atas dan tepi, memang perit sikit nak gunakan terutama bila waktu tengahari dan cuaca panas. Tapi itu dapat diselamatkan dengan pancuran air yang membasahi panel-panel ni dari luar. Sekaligus memberikan kesan emosi kepada orang ramai, termasuk aku yang pertama kali datang. Satu lagi bintang ganda dua puluh tujuh... Gedegang!

bangunan suruhanjaya tenaga putrajaya
Hujan di tengah panas?

bangunan suruhanjaya tenaga putrajaya
Aku memang cukup suka dengan unsur-unsur yang melibatkan air ni. Aku rasa kalau hari tu makan tepi parit pun jadi berselera jugak kot!

~Sekali lagi rekabentuk asas yang tirus ke bawah dah menyelamatkan umat-umat gelandangan sementara macam aku ni. Bila waktu tengahari (matahari tegak atas kepala), akan wujud satu zon teduh di sekeliling bangunan. Sekeliling, bukan sesetengah tempat je. Kat sini baru la aku sedar yang teduhan tu bukan je boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah `overhang' ataupun `slab', tapi jugak dinding yang dibina secara condong. Bijak kan otak pereka yang Tuhan pinjamkan ni. Bintang ke-empat yang diganda dua puluh lapan... Gedegang!

bangunan suruhanjaya tenaga putrajaya
Takat ni je aku berani angkat gambar, sebab pak guard kat hujung sana tu dah usha lain macam je. Dia ingat aku ni pelancong sesat kot...
Aku ni puji, puji jugak. Tapi aku tetap tak setuju dengan konsep panel kaca ni. Kita boleh buat apa-apa sahaja konsep untuk membuatkan bangunan kita nampak hebat luar dan dalam, tapi pada masa yang sama jangan la sampai efek negatif daripada kehebatan yang terhasil tu dirasai oleh benda-benda di sekeliling. Memang la kesan untuk satu bangunan tu sikit je, tapi bayangkan kalau hampir semua bangunan mengadaptasikan konsep yang sama?

bangunan suruhanjaya tenaga putrajaya
Contohnya macam ni. Mungkin cantik dan hebat luar dalam, tapi kesannya yang terasa adalah orang-orang macam aku ni. Panas berdenting!

Ok, itu sahaja yang sempat aku sembangkan kali ni, lagi pun kena tido awal. Memandangkan esok aku dah nak berangkat, ada beberapa lagi kerja yang aku mesti setelkan, mahu atau tidak... Assalamu alaikum!

Gambar sesat, tumpang sebelah kaki. Sementara tunggu kawan aku yang lagi sorang datang angkat...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Mmg cantik klu balkoni apartment guna panel kaca tapi Selalunya tuan Rumah guna buat sidai kain.... mencacatkan pemandangan betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh, sayangnya. Rumah dah cantik, tapi mentaliti je kurang cerdik.

      Delete
  2. eh, Asyik kerja saje. Bila masa nak cuti.?? Panel cermin tu tinted sbb tu nampak panas kan?
    btw...makanan kucing yg bro tu beli..pesen mcam yg aku beli jugak..tak mahal tak murah..dan...dari borak2 dengan abg petshop tu ckp...dia bela kucing biasa saja......huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sanggup berhabis tu...

      Delete
  3. Setuju - saya juga tak suka dgn konsep bangunan kaca yg menyumbang kepanasan global. Banyak lagi perkara yg boleh dibuat utk menjadikan sesuatu bangunan itu dikagumi, ambil contoh piramid, beribu tahun orang masih berbincang tentang bagaimana manusia zaman itu mampu menciptanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bangunan ni bentuk piramid terbalik...

      Delete
  4. cantiknya gambar first tu. bangunan apa tu eh? tak perasan pula di area mana eh?

    melihatkan gayanya, aku rasa mesti bangunan ini dapat anugerah platinum cekap tenaga ASEAN sebab menggunakan teknologi hijau dan mesra alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, aku setuju. Memang layak kalau dapat anugerah. Patut jadi contoh pada bangunan sekelilingnya...

      Delete
  5. Bangunan kerajaan kat Putrajaya tu eh? Saya suka gak tengok sbb unik. Kalau tak silap tu kategori bgnn jimat tenaga.
    Lg satu suka tengok, panel kaca yg ada air mengalir..cam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sejuk je walaupun cuaca panas...

      Delete
  6. AKU TERINGIN NAK BUAT RUMAH PAKAI KACA... HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak boleh datang, nanti silau kat kepala...

      Delete