Duri Di Bawah Jambatan

12
6:17 PM
*****

Di Kuala Terengganu.

Hari ketiga percutian. Waktu petang, lebih kurang jam 5.30, aku pun ajak si Danish pergi usha line lagi sekali di sekitar Kampung Teluk Pasu memandangkan tengahari semalamnya (hari kami sampai ke sini) kami gagal mendapatkan spot yang sesuai untuk melabuhkan umpan. Jeti kecil berhampiran tempat tinggal kami nampak gaya memang tak sesuai. Tambahan lagi macam kurang selamat untuk budak macam Danish ni. Jadi kami pun menjalankan misi serampang tiga mata iaitu:

~Mencari port yang sesuai dan lebih dekat memandangkan misi akan dijalankan pada waktu tengah malam. Mengikut pembacaan aku, air akan mula pasang lebih kurang jam 11:00 malam hingga 12:00 tengah malam.

~Mendapatkan umpan. Menurut si Zamri, kat sekitar sini ada dijual umpan hidup. Takpe, kita cuba try test dulu. Kalau tak jumpa jugak, ke Giant la kita.

~Aku perasan ada beberapa buah bundle sepanjang jalan dari pusat bandar ke Manir. Hah, memang bikin aku geram ni! Apa lagi,
serbu la...

*****

Keluar dari bundle kedua (nanti aku cerita, tolong ingatkan aku), langit dah mula gelap bukan disebabkan waktu petang yang semakin lewat. Angin bertiup lebih daripada kebiasaan. Danish yang duduk di sebelah aku sambil memegang jaket merah (dia pau aku tu...) bertanya, "Kita nak ke mana ni uncle?"

"Giant, cari (beli) umpan." Jawab aku ringkas.

Rasanya dengan cuaca yang akan bertukar hujan tidak memungkinkan kami untuk teruskan pencarian di luar. Karang kalau demam budak ni, letih jugak aku nak menjawab dengan mak dia. Akhirnya, udang Giant jugak yang bakal aku pertaruhkan malam tu.

Manakala lokasi tepi laut (atas batu, sebelah jeti) berhampiran lapangan terbang terpaksa aku lupakan. Aku tak mahu merisikokan nyawa dengan mengail kat tempat tu, selepas hujan pulak tu (harap hujan berhenti sebelum tengah malam)...

*****

Hujan berhenti lebih kurang jam 9:30 malam. Setelah selesai sesi mengeteh dengan seorang kenalan lama di Losong, aku pun bulatkan tekad. Apa pun, niat nak melabuhkan umpan di Pantai Timur ni mesti aku tunaikan jugak, walau pun si Danish tak dapat ikut akibat gagal `menyalakan lampu hijau' daripada akak aku. Hehehee... Ok la tu, dah tengah malam. Tak elok budak-budak keluar rumah.

Sasaran aku malam tu adalah di Riverfront (kalau tak silap namanya). Sebab dulu aku pernah tengok ada orang naikkan ikan tanda sebesar tapak tangan. Kira ok la tu kan...

*****

Sebaik membelok kiri melalui jambatan dari Kampung Teluk Pasu menuju ke bandar, aku tengok... Eh?!!!

Ada pulak tiga pemanciing tengah bersidai atas jambatan, dari kedudukan mereka yang agak hampir dengan tebing dan saiz joran yang digunakan, aku pasti diorang ni tengah mengail udang. Kenapa la selama ni aku tak terfikir nak cuba nasib kat sini? Bukan jauh pun, tak sampai 5 minit dari tempat kami menginap.

Ok, apa lagi. Bila aku siap parking kereta di tepi jalan penghujung jambatan, dengan cergas aku mengeluarkan segala kelengkapan yang awal-awal lagi aku dah siapkan. Masa tu jarum jam kat tangan aku dah melepasi angka 11 malam. Ya, timing cantik. Agaknya air pun baru nak masuk ni...

memancing di atas jambatan manir kuala terengganu

Selesai menemui port yang sesuai dan mencampakkan umpan dari dua batang joran, aku pun menunggu...

*****

...dan terus menunggu selama sejam lagi. Memang ada ketikan halus di hujung muncung joran, menandakan umpan udang Giant yang aku tawarkan mendapat sambutan. Tapi semuanya berlalu macam tu je. Seolah-olah ikan-ikan yang datang tu cuma nak kemam je umpan aku, tanpa mahu menelan atau mencangkukkan pada mulut masing-masing.

Takpe, rilek. Tukar strategi, aku tukar kepada batu ladung yang lebih besar. Mungkin arus air laut yang mula masuk dah membuatkan batu ladung aku tak sampai ke dasar.

Ok, tunggu lagi. Aku beri masa sampai pukul 1:30 pagi memandangkan esoknya aku perlu memandu ke Kota Bharu pulak.

memancing di atas jambatan manir kuala terengganu

Selama lebih dua jam aku duduk mencangkung, melunjurkan kaki dan kadang-kadang bertenggek di atas palang besi penghadang, aku rasa macam nyawa aku cuma berjarak beberapa jengkal  je dari menemui penamat. Mana tidaknya, pemandu yang melalui jambatan ni walau pun jarang-jarang, tapi semuanya mempunyai jiwa seorang pelumba F1.

Gila betul, nak laju saje. Mentang-mentang tengah malam, kenderaan tak banyak, jalan lurus pulak tu. Main henjut semacam je diorang ni. Respek la sikit ikan-ikan yang ada kat bawah sana. Bergegar je rasa kaki aku ni. Ceh.

Ohya, kita teruskan menunggu...

memancing di atas jambatan manir kuala terengganu

Dan menunggu...

Dan menunggu lagi sambil berusaha melihat-lihat umpan yang tinggal.

Tap! Ok, dah pukul 1:30 pagi. Bermakna aku perlu mengemas barang dan balik rumah la, apa lagi.

Sedang aku mengemas barang-barang dan membuka perambut dari main line, tiba-tiba hujung joran aku yang lagi satu melentur dengan kadar lenturan yang mengghairahkan.

Hah, ni mesti ikan besar ni. Sampai macam tu sekali dia punya melentur! Aku pun apa lagi, cepat-cepat menyambar batang joran di sebelah kiri aku dan mula beraksi seperti seorang juara pertandingan memancing kategori laut dalam. Dan sebaik ikan tu muncul di permukaan air dan dinaikkan sedikit...

Kreekkk... Kreekkk...!

Ah, sudah... Sekali ikan duri da. Dengar bunyi sekali pun aku dah dapat agak ikan apa. Boleh tahan kuat ikan ni menjerit. Sampai atas jambatan pun boleh dengar. Hehehee...

memancing ikan duri di atas jambatan manir kuala terengganu

"Awak telah ditahan. Tunjukkan dokumen pengenalan diri untuk proses pengesahan...!"

Saiz macam ni kalau buat asam pedas pun kira ok jugak. Nampaknya strategi aku tukar batu ladung menjadi, tapi apa yang menjadi penghalang aku adalah esoknya aku perlu menempuhi perjalanan jauh.

Jadi, kesimpulannya ikan ni selamat dan mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Damailah engkau di dalam air sana. Sampai jumpa lagi...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. sedapnya ikan duri masak asam pedas.
    eh,
    tak jadi asam pedasnya ?
    laaa..baru nk berangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi. Kalau esoknya aku tak ke mana, memang sampai subuh aku jadi penunggu jambatan. Air cantik, mesti macam2 jenis ikan boleh dapat.

      Delete
  2. Bro ni kaki pancing juga ye...? Tapi tak pe lah, jadi kaki pancing ikan tak ada sesiapa yg marah, kalu jadi kaki pancing pompuan itu yg masalah...
    Selama hobi memancing tak pernah mengalami cerita misteri ke? Kawan-kawan saya yang kaki pancing selalu bercerita tentang pengalaman misteri dan seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak bang JR, jangan panggil bro. Segan pulak... Pancing ikan ni modal tak banyak, jiwa pulak tenang je. Kalau pancing perempuan cuma dapat bala je.

      Kisah misteri tu tak pernah alami lagi sebab saya ni belum tahap tegar lagi, kawan2 lain yang lagi tegar tu banyak la dengar. Tapi dulu masa kerja masuk hutan pernah la.

      Delete
  3. ada pengalaman seram tak ketika aktiviti memancing...akak suka dengar cerita2 seram kena sakat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, yang kena sakat tu kami. Memang tak best la kalau kena. Mujur tak pernah lagi...

      Delete
  4. Perghh.. Terbaik.. Buat masak lada lagi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pandai masak ke apai? Boleh la update nanti...

      Delete
  5. Kat tempat IM ni, tepi parit (air hitam ) pun ada makcik makcik memancing. Depa pakai pancing tali 1-2 meter je. dapat le sepat, puyu, agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya tinggal sana, petang2 balik kerja mesti dah tertonggok tepi parit tu. Hehehe...

      Delete
  6. baca tajk tak dapat nak tangkap..tapi lepas baca 2-3 perenggan tajuk tu macam make sense dah..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada peluang, mengail la kita...

      Delete