Edisi Terkantoinya Seorang Lelaki

16
9:29 AM
Minggu lalu ketika sesi curi tulang di pantri, waktu petang selepas waktu asar, diceritakan kepada aku... Lebih kurang begini,

***

"Time tu aku dah toleh kiri kanan dah. Nampak macam line clear, takde siapa yang duduk dekat. Semua buat hal masing-masing. So, kat ruang tamu tu tinggal aku sorang je. Aku pun ambik la aku punya stok lama yang tak pernah bukak. Dalam kad lagi. Memang dah lama mengidam nak layan stim dia tu.

Benda pun bukan stok yang rare sangat. Biasa-biasa je.

Dah confirm line clear, aku bukak sikit dia punya pek tu. Kat bucu bahagian bawah. Sikit je aku bukak, tak bukak abis. Asalkan ada udara boleh keluar masuk sikit.

Slow-slow aku bukak, sambil tu aku dekatkan hidung aku kat celah yang dah terbukak sikit tu. Sekali aku sedut... Pergh! Memang layan abis la dia punya bau painting tu. Memang kalah bau kasut baru kat kedai. Tiba-tiba,
ada orang sergah aku dari belakang... "Hah, buat apa tu Ad?"

Terkejut gila siak. Rupa-rupanya mak mertua aku dok usha je apa aku buat dari tadi. Cilake, malu siot. Terus aku cepat-cepat simpan balik, buat-buat takde apa berlaku."

***

Masa aku dengar dia cerita tu pun memang tergelak besar aku, kaki hentak lantai, tangan pulak rasa macam nak karate meja. Apa punya bengap la perangai lagu tu. Kot ye pun nak layan bau, confirmkan dulu line tu betul-betul clear.

Kau tengok macamana otai kepala botak buat...

hotwheels subaru impreza wrx

Nampak tak? Kita bukak slow-slow sambil cium bau dia. Kasi layan sampai bau tu hilang betul-betul masuk dalam kepala. Hahahahaaa....!

Ohye, masih ada lagi ke yang tak tau apa benda yang aku dok cium ni? Ini ha bendanya...

hotwheels subaru impreza wrx

Hehehehee... Benda ni selain daripada jadi mengasyikkan kalau disentuh, dibelek dalam-dalam dan ditolak-tolak atas meja sambil tengok roda dia berputar dengan pergerakan badannya yang sangat anggun, aktiviti mencium bau painting yang baru dibukak dari card pun boleh membuatkan aku (kami sebenarnya) agak ketagih.

Sebab tu aku lebih suka kumpul kereta-kereta kecil di dalam keadaan loose. Cuma, bila aku dapat stok yang betul-betul rare, baru la aku simpan lama sikit dalam card.

Macam ni...

hotwheels nissan skyline 200gt-r bmw no. 9 orange

Skyline (atau disebut Kenmeri) ni adalah antara yang paling rare selain Datsun 510 dan Datsun Wagon. Dan bagi aku pulak, sebagai seorang penggemar model kereta klasik, BMW no. 9 tu pun antara yang aku sayang.

Berbalik kepada kawan aku tadi tu, petang tu memang kena bantai gelak kaw-kaw punya. Sebab dia punya rasa bersalah bila kantoi dengan mak mertua serupa macam kantoi simpan rokok dalam beg sekolah!

Hahahahaa... Tandas duduk betul la.

~Kedua-dua BMW dan Impreza yang aku dapat ni adalah sebagai pelengkap atau pasangan kepada model yang sedia ada tapi berlainan warna. Macam kes carikan jodoh la kiranya...

~Ini adalah `scheduled entry'.

~Entri berkaitan:
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. bagi org yg tak tau hargai dialognya mcmni kepada Botak.
    "Apalah yg bestnya kete ni, Botak. Aku tak dapat hadam"
    ;p. Watak yg bertanya, adalah aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah agak mesti kau tak tau punya. kalau kau nak tau, ini adalah satu hasil seni. hehehee...

      Delete
  2. pergh, hobi kumpul kereta rupanya kau..

    p/s: aku ingat kantoi apa tadi.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kereta betul, takpe kot...

      Delete
  3. Benda-benda baru beli memang ada satu macam aroma yang meruntun deria bau. Masa sekolah dulu saya suka bau buku teks yang baru dibeli di kedai. Sekarang buku teks dah tak ada baunya, sebab ia buku lama yang pernah orang lain pakai, bukan lagi buku baru.. Tapi yang paling indah dalam hidup tentulah bila pertama kali terbau aroma isteri di malam pertama, hehehehe....

    ReplyDelete
  4. KAU TAK BOLEH JADI PENGHIDU GAM.. SENANG KANTOI.. NASIB BAIK STIM HIDU HOTWHEEL.. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kantoi tu kawan aku. tapi kalau aku, selamba je hidu depan orang...

      Delete
  5. Hot Wheels ni memang membangkitkan nostalgia aku. Ingat nak cekau jugak barang satu dua. Guna alasan belikan untuk anak, padahal si bapaknya nak layan hobi zaman kanak-kanak dulu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekau, jangan tak cekau. selain hotwheels, ada lagi yang bagus kalau nak kumpul...

      Delete
  6. saya lebih suka bau wang kertas baru..yg betul2 baru sampai dari bank negara :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau duit baru (polimer) sekarang ni tak best, tak macam yang sebelum ni...

      Delete
  7. JR,
    bau isteri malam pertama memang lah... aummmm.... tapi kalau dah lepas sepuluh tahun macam IM ni?... he..he.. tidur jauh-jauh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang makin kuat, bau hati budinya...

      Delete
  8. Kat rumah akak melambak hot wheels ni tp ntah mana2 dia dok bersepah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa yang rare atau klasik, saya nak...

      Delete