Kalau Aku Jadi Menteri Besar

16
5:07 AM
Kalau, ini cuma kalau. Bukannya barangkali, pasti jauh sekali. Cuma aku ada dengar satu pendapat yang cukup baik jugak lepas je negeri Selangor ni dapat Menteri Besar yang baru. Apa-apa pun, ini cuma pendapat. Pendapat yang keluar dari orang yang sedang mengunyah megi kari, tengahari semalam...

Sebenarnya nak ambik hati rakyat ni takde la susah mana, senang je. Asalkan kita faham apa yang rakyat nak, apa yang rakyat hadapi dan jugak apa dan siapa yang menjadi perantara antara pemerintah dengan rakyat. Kadang-kadang pemerintah faham betul dengan masalah rakyat, cukup masak. Tapi malangnya rakyat tetap jugak hidup susah (tak semua, ada jugak yang kaya nak pengsan!) walaupun dah banyak benda yang pemerintah cuba lakukan. Betul tak?

Dan kalau la aku ni diletakkan di atas kerusi Menteri Besar, perkara pertama yang aku akan buat adalah ambik hati mereka melalui satu perkara yang agak sensitif dan penting pada mereka. Tak kira kaya, miskin, hensem, cantik atau pun muka tak berapa kacak macam aku ni... iaitu
harga minyak.

Apa kata kalau harga minyak yang dijual di seluruh negeri Selangor dikurangkan menjadi RM2.00 seliter untuk jenis RON95.

Ada yang kata mustahil, tak masuk akal atau mengarut. Atas macam-macam sebab la. Harga kawalan la, pemerintah negeri takde kuasa la, tertakluk pada pemerintah pusat la, terikat pada harga dunia la, ntah macam-macam lagi la...

Ah, kalau nak berbillion cara. Kalau tak nak, satu alasan je dah cukup untuk membuatkan kita gagal. Bukannya susah pun. Macam ni...

Pengusaha stesen minyak tetap akan jual minyak RON95 pada harga RM2.10 seliter, tapi pengguna cuma perlu membayar RM2.00 sahaja seliter. Baki 10 sen tu ke mana pulak hilang?

Tak hilang, cuma baki 10 sen seliter tu akan ditanggung oleh pemerintah negeri secara kumulatif (bulanan) dan dibayar secara tunai atau potongan cukai atau apa-apa sahaja. Agak-agaknya berapa juta ringgit yang pemerintah negeri terpaksa tanggung dan ada berapa ratus pulak stesen minyak dalam negeri Selangor ni? Ah, korang yang pakar statistik ni kira la sendiri.

Apa yang aku yakin, benda ni takkan merugikan pemerintah negeri pun sebab mereka ni ada banyak sumber kewangan. Bukan setakat cukai je atau pelaburan dari luar je, syarikat-syarikat milik pemerintah negeri pun kemain besar lagi dengan aset yang bukan seringgit dua. Lagi pun nak takut apa, benda ni seolah macam serampang banyak mata. Ada kesannya.

Kesan yang kedua, bila harga dah turun, mesti la ramai orang nak isi minyak kat Selangor. Orang bagan Datoh akan pergi ke Sabak Bernam, yang tinggal kat Nilai akan pergi ke Kajang, dan orang Bentong pun tak kisah isi minyak kat Gombak. Pergerakan keluar masuk ni bukan semata-mata nak penuhkan tangki minyak kenderaan, malahan mungkin jugak akan membuatkan kawasan pinggir bandar boleh berkembang lebih baik berbanding KL itu sendiri. Jadi pilihan semakin banyak, tak payah lagi semua orang berebut nak berhijrah ke KL sana.

Kesan yang ketiga pulak, harga barang. Yang ni aku sangat pasti, harga barang akan turun sedikit atau sekurang-kurang takde peningkatan mendadak dalam tempoh beberapa tahun. Inflasi pun terkawal. Benda ni bukan berkesan pada harga barang makanan, tapi jugak bagi efek pada harga rumah (kalau kena caranya). Matematik mudah, korang kira la sendiri macamana.

Dan kesan yang pertama dan paling penting pulak, persepsi rakyat akan jadi positif kepada Menteri Besar yang baru. Masuk-masuk je terus bagi impak pada poket rakyat, macana la rakyat tak respek kan? Yang berbeza pandangan politik pun akan turut hormat jugak.

Macamana, ada berani ke Menteri Besar baru ni nak buat? Bukan setakat minyak je, banyak lagi isu-isu kritikal kat Selangor ni yang boleh dia gunakan untuk menarik hati rakyat. Dan yang penting itu semua bukan cadangan atas kertas yang dibuat bahan sembang semata-mata. Buat sampai jadi, lakukan sampai nampak kesan positif.

Alamak, dah pukul 5 pagi... Aku lupa pulak nak tido. Sebenarnya ada lagi beberapa cadangan, lain kali la aku bagitau. Tu pun kalau tak malas... Dan kalau ada apa-apa cadangan, komen atau pembetulan, sila la bagitau. Jangan segan, aku takkan caj apa-apa pun.

Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Tgk tu...baru 'kalau'...dah tido kul 5 pagi. Belom Btl2 lg..haaahaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul2, jangankan tido, nak buang air pun tak sempat!

      Delete
  2. semoga mb selangor baru lebih baik dan baik dan baik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah...
      *ex-MB yang doktor dulu pernah belanja aku nasi lemak sedap.

      Delete
  3. Kalau macam ni ideanya.. Jom ramai-ramai kita vote SM Botak untuk jadi next MB Selangor... Orang Melaka akan turun Selangor bak beli minyak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi sangat tu, jadi ketua kampung pun dah ok sangat...

      Delete
  4. Sekarang jawatan Penasihat Ekonomi kerajaan Selangor dah kosong. Kalau ada pertandingan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, saya akan vote SM!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk ofis, meeting atau majlis rasmi boleh pakai selipar, jeans dengan tshirt tak? Kalau boleh, takde hal punya...

      Delete
  5. sejurus berita MB yang baru tersebar, aku berangan semoga MB baru dapat subsidikan GST sebagaimana kejayaan kerajaan Selangor sebelum ni, subsidikan air.. Namun begitu semuanya terletak pada kebijaksaan mengurus wang Selangor..

    Selamat menjalankan tugas, MB baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tapi aku lupa.

      tentulah dia hanya meneruskan manifesto yang masih belum selesai saja kan?
      mana ada sebut subsidi GST.
      lagipun, GST boleh disubsidi ke? entahlah. aku pun tak tau.

      Delete
    2. Kau ni jangan la mention pasal GST tu, rasa macam dengar cerita hantu pulak. Meremang rambut kat kepala...

      Manifesto tu nak teruskan, tambah atau ubah terpulang pada dia. Sedangkan kementerian kat Malaysia ni pun selalu bertukar dasar tiap kali dapat menteri baru, walau pun dalam tempoh kurang dari 5 tahun. Apa ada hal...

      Hehehehee...

      Delete
  6. ni yg nak cadangkan SM jadi MB ni! :D
    tapi mmg betul, harga minyak banyak memberi kesan kpd perbelanjaan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak oh minyak. Boleh naik minyak jadinya...

      Delete
  7. Bagus cadangan tu....minyak ni la ibu kepada masalah dan ibu kepada penyelesaian masalah.....

    lee5201.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu bapak kepada masalah adalah sikap tamak dalam diri kita...

      Delete