Murtabak Lencongan Culvert

11
9:59 AM
Masih awal lagi rasanya kalau kami nak terus check-in ke hotel. Jadi, sebaik selesai separuh daripada kerja yang diperuntukkan untuk siap sepanjang dua hari, kami merayau seketika di bandar Kuantan. Dan idea untuk singgah bersantap di sana tercetus secara tiba-tiba apabila dia terpandang sebuah warung tepi jalan, yang tiada kaitan dengan perjalanan kali ini.

Cuma masalahnya, kawan aku ni langsung tak tau kat mana tempat santapan tu. Jangankan lokasi yang tepat, landmark sekeliling pun haram dia nak ingat. Sudahnya, aku terpaksa dapatkan bantuan melalui talian hayat.

...tuuttt! Panggilan dimatikan. Berdasarkan perbualan beberapa minit tu, aku langsung tak faham arahan lisan yang diberikan. Kalau aku dah beberapa bulan menetap kat sini, mungkin aku dapat tangkap separuh daripada arahan tersebut.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk mencari lokasinya berdasarkan kata kunci East Coast Mall. Aku jangkakan perjalanan tu lebih mudah memandangkan aku dah biasa gunakan GPS ni. Tapi...

"Eh, berhenti. Berhenti. Jalan tutup, ada orang tengah korek jalan kat depan. Kau ikut je kereta Wira kat depan tu. Mungkin dia pun nak keluar ke jalan besar kot. Follow je..." aku memberikan arahan, selaku co-pilot tak bertauliah.

Hampir lima minit berlegar-legar di dalam kawasan perumahan semata-mata mahu mencari laluan keluar ke jalan utama, tanpa mempedulikan suara perempuan dari telefon bijak aku. Apa tidaknya, perempuan ni tak habis-habis nak suruh ikut jalan yang dah tutup tu. Takpe, aku tak marah pun sebab bukannya dia tau pun ada orang korek jalan.

Aku rasa, mungkin pekerja-pekerja tu tengah buat kerja-kerja nak gantikan culvert yang melintangi jalan. Lantak la, sekurang-kurangnya perempuan GPS ni dah tunjuk separuh jalan. Kami cuma perlu keluar ke jalan besar je sebab lokasi shopping tu berada di seberang jalan sana.

Sebaik tiba di simpang jalan...

"Ha, tu dia! Tu dia...! Cantik, memang ngam-ngam sampai depan kedai dia. Itu la tempatnya." kata Romi sambil menunjuk ke arah beberapa buah kedai makan. Mujur jumpa, dan kebetulan jugak kami datang dari arah yang betul iaitu sebelum sampai ke kampus UiTM.

~sebenarnya, kalau tak silap aku UiTM yang kat sebelah kedai makan ni adalah kolej kediaman, bukan kampus tempat awek-awek UiTM belajar~

**********

Si Romi ni pernah makan sekali kat sini, dan sebagai seorang yang cerewet dalam pemilihan makanan, aku akur dengan saranan dia petang tu. Kalau sedap pada dia, ganda dua pulah tiga la sedapnya pada aku.

Duduk sambil menghirup air sirap bandung dan teh o limau, kami memesan sekeping murtabak daging special, cukup untuk kami berdua. Perbezaan murtabak special dengan murtabak biasa adalah, special ni mempunyai tiga lapisan dan dibalut dengan telur berempah; mengikut apa yang diberitahu oleh pelayan kedai ni.

Ok, aku terima penjelasan dia sambil menunggu dengan penuh sabar dan kacaknya.

Pada aku, semenjak menjadi pemastautin tetap di Lembah Klang, aku tak pernah jumpa murtabak yang layak dipanggil murtabak. Sama ada dari segi saiz, kuantiti bahan utama (ayam atau daging) dan jugak pencecahnya. Memang tak boleh blah langsung aku dengan murtabak yang dimakan dengan hirisan bawang, dan bukannya kuah kari atau dhal seperti mana yang biasa aku makan ketika waktu membesar dulu.

Ohye, lupa nak bagitau. Murtabak kat Johor mempunyai saiz yang lebih tebal seakan tilam spring dan dimakan dengan kuah, jauh berbeza dengan murtabak KL. Mungkin sebab rata-rata peniaga murtabak ni berasal dari pantai timur, jadi mereka pun ikut je la stail yang biasa dengan selera dari sana.

Baeeekkk la, tanpa membuang masa, di sini aku hidangkan murtabak daging special untuk santapan mata kalian.

murtabak mengkasar kuantan bukit sekilau
Namanya Murtabak Mengkasar. Pakcik ni aku tak nampak kat situ. Mungkin tengah meeting kat UK kot, nak luaskan kuasa ke sana pulak.

murtabak mengkasar kuantan bukit sekilau
Mula-mula diletakkan kepingan seperti roti canai berbentuk segi empat, sebelum lapisan demi lapisan murtabak disusun dan dimasak. Kemudian barulah disalut dengan telur berempah. Proses menyalut tu aku tak snap, takut kena lempang dengan kuali panas. Kacau je orang nak buat kerja.

murtabak mengkasar kuantan bukit sekilau
Yang ni dah siap. Tak payah nak deco bagai, tetap jugak menarik. Dan yang penting sedap!

murtabak mengkasar kuantan bukit sekilau
Sedia untuk dimakan. Lagi cantik daripada muka Kak Ton. Dan yang paling win pada aku, sebab ada kuah sekali. Agak rare jugak la kat pantai timur ni. Beberapa saat lepas gambar ni diambil, telefon bijak aku jatuh betul-betul atas murtabak ni. Ciss...!

Secara keseluruhannya, misi kali ini boleh dianggap berjaya sebab dah lama aku tak rasa murtabak yang macam ni punya sedap. Sambil memerhati beberapa orang awek-awek UiTM yang melintasi di sebelah aku berjanji pada diri sendiri akan repeat lagi jika ada kesempatan.

~Rating, tiga bintang ganda dua puluh empat... Gedegang!!! (bunyi petir)

~Koordinate GPS, Latitud : 3.822933, Longitud : 103.322279. Atau cari dengan keyword Surau an-Nur (Jalan Bukit Sekilau)

~Sorry, aku malas nak screenshot Google Map dengan Waze macam selalu. Hehehee...

~Scheduled entry lagi, siap ditaip tepat jam 4:00 pagi.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. rating kau tu ala-ala carta apa entah kat sinar fm kan? aku pun pernah makan murtabak ni.memang sedap!tak dapatnya kat KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ikutkan qpq aku baca kat atas tu, diorang ada cawangan kat setapak. Boleh cuba cari. Gedegang!

      Delete
  2. makan handphone kuah murtabak ye? hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau handphone ni lagi sedap, boleh la jugak. Gedegang!

      Delete
  3. Tak reti nak komen sebab saya dari dulu tak suka murtabak kerana selalu teringat suatu peristiwa memualkan masa kecik melibatkan penjual murtabak di kampung saya... hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, macam kisah ngeri je bang. Gedegang!

      Delete
  4. sedapnyer..tajuk entry sama tapi isi lain lain hahaha...

    ReplyDelete
  5. bukit sekilau. tang mana ni,, pahang ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kat kuantan ni... Gedebuk!

      Delete
  6. hahahaha. memang laa pakcik tu takda, kau bukan vvip pun dia nak mengadap muka kau time kau datang. Dah nama orang dah lanjut usia, serah kat anak2 laa pulak buat.

    ReplyDelete