Protes senyap, melawan sistem...

12
12:24 AM

punch card

Punch card aku untuk bulan lepas... What, kosong?

Rilek brader, brader rilek. Jangan gelabah tahi kuda. Semua ruangan tu kosong bukan bermakna aku langsung tak datang kerja, atau bukan jugak disebab kerosakan mesin perakam tu. Tetapi ini adalah sesuatu yang disengajakan.

Sebenarnya, dalam tempoh setengah tahun pertama ni, jabatan aku dah beberapa kali terima memo. Edaran pekeliling dan ntah apa ke jadah lagi. Semua tu semata-mata nak memberitahu yang rekod kedatangan dan keluar/masuk pekerja tidak lagi menggunakan kad perakam yang dah jadi legend ni. Ini sebab kaedah zaman Pak Pandir ni akan digantikan dengan sistem yang lebih canggih (kononnya) yang dinamakan Time Attendance Management System (TAMS).

Tapi tak lama kemudian, penggunaan TAMS ni terpaksa dibatalkan atas alasan masalah teknikal. Katanya sistem yang baru ni tak cukup nak menampung staff yang sedia ada. Jadi penggunaan punch card akan diteruskan semula.

Eh, lepas tu tak jadi pulak! TAMS ni akan digunakan bersama-sama dengan kaedah yang lama. Bermakna setiap pagi dan petang kami perlu mengetik kad masing-masing dan pada masa yang sama perlu mengimbas kad bio yang baru.

Dan yang paling haru dan terkini, jabatan-jabatan teknikal sahaja yang perlu menggunakan kedua-dua kaedah. Yang lain-lain tu cuma perlu gunakan sistem yang baru sahaja.

Tandas duduk betul la. Nak menyusahkan orang memang pandai. Meh sini, biar aku pulak yang menyusahkan orang-orang kat HR tu. Start bulan lepas, aku nak mogok. Aku takkan gunakan lagi kad zaman Jepun baru belajar pegang raifal ni. Nak tengok apa diorang punya komen bila dapat punch card aku ni. Kalau banyak songeh, aku pun dah sediakan jawapan dengan enam muka surat penuh.

Lantak la! Hahahahaa...

~Masa proses semakan, baru la aku tau cuma aku sorang je yang buat macam ni kat ofis...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Ingtkan senyap protes xnk tulih blog. Cettt.
    HR demam kekura ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. update blog ikut mood dengan masa, busy cari duit sekarang ni. persediaan untuk april tahun depan...

      Delete
  2. Buat protes ramai-ramai la, baru HR celik mata sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang semua jenis marah sekejap lepas tu senyap. Ntah hape2...

      Delete
  3. kau sorg je der?
    camne tu. nape dorg tak join boikot.
    boleh tatatertib kot,

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggapan diorang, punch card tu sebagai back up kepada TAMS dan vice versa. tapi aku pulak cuma guna TAMS je. sama macam jabatan non-technical. mana boleh ada double standard kat situ kan...

      Delete
  4. adakah masa nak protes tu beramai2 dan al hasilnya hanya dikau sa-orang? hihihi... tak pe. sorang po x pe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah, sembang je lebat... Aduyai!

      Delete
  5. Erk? TAMS kena pki manpower gak ke? IT eh? Huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem yang diorang develop ni masih tak mampu nak tampung jumlah staf yang ramai. Buat perabih duit je...

      Delete
  6. Ini kad zaman Dr Mahathir jadi PM dulu, sistem punch kad zaman pak kadok yg agensi di ulu Kedah pun dah tak pakai dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu kalau orang lain nampak. Hehehee...

      Delete