Selimut Malam

14
11:47 PM
Bukankah sepatutnya rintik-rintik hujan halus di tengah malam ini bisa membuatkan tubuh kita berdua kedinginan, lantas merangsangkan liang-liang roma yang sebelum ini terbaring kemalasan.

Namun mengapa pula aku begitu kaget merasakan angin gelap ini semakin lama semakin membahang, memanggang kulit aku sendiri. Seiring dengan lelehan cecair hangat di pipi engkau waktu ini.

Teruskanlah berbaring, peluklah bantal engkau itu erat-erat, biarkannya basah dibanjiri air mata kesayuan dan maaf kerana aku tidak mampu hadir menjadi selimut malam engkau, buat menggantikan air mata yang saban malam menemani wajah pudar engkau itu.

Selamat malam, kawan...

*****

~Ucapan selamat malam untuk mereka yang masih berjaga. Kalau tak dapat lena kerana masalah dunia, tenangkanlah b*nt*t anda...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Selamat beradu. IM masih di depan pc menyelusuri alam maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata kalau kurang tidur, badan jadi susut. Betul ke?

      Delete
  2. Selamat pagi...salam hujung minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berbakti...

      Delete
  3. harapnya pagi ahad ni kembali buat kau rasa ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, ngeteh kat kinrara! Restoran Risyadh...

      Delete
  4. Ketika saya tulis komen ini tak boleh berselimut lagi kerana dah dekat asar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya balas komen ini pada waktu tengah malam...

      Delete
  5. pukul 10 ja mata dh berat...utara musim hujan skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim hujan takpe, jangan musim banjir sudah. susah budak2 nak ambik exam...

      Delete
  6. cubalah sekali sekala jadi lelaki dalam drama wlaupun aku taktau hujung pangkal. Pujuklah beliau. Yakin boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh, ini takde kaitan dengan sape2 pun. nampak tak? tak nampak kannnn..... hehehee...

      Delete
  7. baca entry ni di opis, terus menguap..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. balas komen ni, tak mengantuk...

      Delete