Semoga Bertemu Jodoh, Sara...

12
10:20 AM

Pernah buat macam ni? Tulis nama sendiri, menurunkan tanda tangan ringkas (initial), meletakkan nombor tertentu atau singkatan yang mewakili makna tersendiri: di atas sekeping duit kertas. Dengan harapan? Entah la. Mungkin kebanyakannya buat benda ni secara suka-suka je kot.

Mungkin...

Petang semalam bila aku terjumpa sekeping duit seringgit yang tertulis nama seseorang berserta dengan tulisan jawi dan angka yang aku sendiri tak faham maksudnya, aku terbayangkan kata-kata...

"Jodoh kita ni memang dah tertulis sejak azali lagi. Dengan siapa, di mana akan bertemu dan bila kita akan dipertemukan. Jadi, sentiasalah yakin kepadaNya. Jangan cepat berputus asa, sentiasa berdoa dan terus berusaha tanpa sekali pun mengalah..."

Lebih kurang macam tu la. Kat mana aku dengar atau baca tak pulak aku ingat. Kalau bukan dalam buku, dari dialog filem tertentu pun mungkin juga.

Seolah macam orang yang nama Sara ni sengaja menulis nama sendiri atas sekeping duit kertas (atau mungkin ada lagi beberapa keping) sambil berharap satu hari nanti duit itu akan kembali semula kepada dirinya.

Jadi, aku pun berharap dia akan bertemu semula dengan jodoh yang tertulis ni, akhirnya. Tak kira berapa lama dia perlu menunggu, dan berapa halus harapan yang tinggal. Dan yang paling penting, berusahalah...

~Sesiapa yang kenal orang nama Sara ni tolong bagitau dia, duit dia ni aku tolong simpankan. Hehehee...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Nak buat jugaklah.. Mana tahu dapat tambah jodoh lagi satu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, cukup la tu brader...

      Delete
  2. Ada ek aktiviti gini? :D

    Duit dah kena conteng gini tak sah diperlakukan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sah lagi sebab bukan koyak pada bahagian penting...

      Delete
  3. salah satu cara cari jodoh tu...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la. Suka2 je kot. Nak tengok duit tu datang balik ke tidak...

      Delete
  4. Tak pernah dengar lagi cara cari jodoh begitu. Untuk orang seperti saya yang mungkin beberapa tahun lagi bergelar atuk pun boleh cuba buat jugak ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini cuma permainan je bang. Kalau nak cari jodoh, kat facebook lagi senang kan. Hahaha...

      Delete
  5. kalo dh jodoh tak ke mane... hihihi

    Recent Post by MananQayyim : Minum Air Sebelum Makan, Bantu Menurunkan Berat Badan.

    ReplyDelete
  6. Biasa lelaki yang suka buat macam ni. Dulu keje pam minyak, ada akak cashier yang cun selalu ada mamat-mamat yang tinggalkan no phone. Kat atas duit kertas pun pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awek pondok tol pun mesti biasa dapat jugak kan?

      Delete