Yang Masin Di Kota Bharu

12
2:00 AM
Sedikit pengalaman masin sepanjang aku berada di tiga buah ibu negeri, di pantai timur semenanjung minggu lalu terutamanya di Kota Bharu adalah ketika berhadapan dengan para peniaga. Agak kecewa jugak la sebab kebanyakan peniaga yang aku jumpa mengamalkan sikap keras dan ada jugak segelintir daripada mereka yang kurang sopan.

Kecewa gua... Ada tu, harap je muka cun. Tapi bila nak buat tawar-menawar harga barang, terus aku tengok kurang cantik. Nasib baik la manis tu ada lagi. Hehehee.

Contohnya malam terakhir aku kat sana. Sempat la jugak jalan-jalan kat Pasar Wakaf Che Yeh yang terkenal tu. Ada satu baju yang harga asalnya RM15, tapi cuma dapat dikurangkan kepada RM14 je. Alahai, seringgit je dik? Nak minum teh O pun tak lepas. Dah la gitu, cakap pun macam nak tak nak je layannya.

Selain tu, akak aku pun siap kena sound lagi dengan sorang peniaga buah tu.

Siang sebelumnya, akak aku ada pergi Tak Bai
(aku tak ikut, sebab sibuk memburu barang lain) dan ada la tengok harga sekilogram buah mata kucing cuma RM6 je. Tapi bila mintak tawar harga yang sama kat pasar tu dari harga asal RM7, boleh pulak peniaga tu perli-perli dengan nada yang agak kasar. Ceh, tak patut betul la.

Aku sebagai adik turut rasa kecik hati tau. Tak boleh blah kalau ada orang sound akak aku macam tu. Cis, lagi sekali. Takpe, ada ubi ada batas. Lain kali aku datang lagi, aku tawar sampai pengsan!

pasar malam wakaf che yeh
Walau pun aku tak suka tempat sesak, tapi dapat tengok-tengok tempat orang pun cara jugak.
pasar malam wakaf che yeh
Lelong! Lelong...!

Pergh, sekali ada main lelong barang pulak. Nasib baik la aku dah letih. Tak larat nak tunggu lama-lama lagi dah. Kalau tak, memang syok jugak layan satu peniaga tu lelong barang. Mana tak syoknya, kalau iPhone6 pun dia boleh lelong sampai RM500 lebih. Apa, iPhone6?

Ya, serious shit. Aku tak tipu. Kat Wakaf Che Yeh ni dah ada jual iPhone6. Jadi kepada iFags yang dah tak sabar nak merasa produk baru ni, cuba la ke sini. Dijamin murah punya.

Ok, setakat ni je benda yang aku kurang puas hati sepanjang family travel ke pantai timur ni. Lepas ni aku nak cerita benda yang manis-manis pulak. Ada la beberapa perkara, berkaitan dengan minat aku.

Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. nak dapat murah kena cakap loghat kelate kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, tak reti la boh... Nanti bunyi siam pulak.

      Delete
  2. Sebenarnya, yang masin itulah bila dikenang menjadi manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kemam bagi habis rasa masin tu dulu...

      Delete
  3. Kadang2 nasib kita tak baik, minta tawar satu sen pun tak dapat. Kadang2 nasib baik, belum tawar dia dah turunkan harga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka saya tak cukup kacak kot...

      Delete
  4. aku tak cakap ke, Wakaf Che Yeh memang mahal..?

    Baiklah kau shopping kat Rantau Panjang. Sana(Rantau Panjang), kau cakap siam pun still dapat kurang sbb dorg pun kelantan siam.

    Pendapat aku, kan, kalau beli kat pasar biasa di pekan2 kecil (tumpat/pengkalan kubor/pasir mas/wakaf baru) lagi murah dari wakaf che yeh tu. mungkin sbb tempat tu komersial jadi, mmg akan rasa KL lagi murah dari situ.. kekeke..

    Aku memang pernah kena dgn penjual kat wakaf che yeh ni. macam sombong sikit.

    bagi pihak orang kelantan,
    aku minta maaf pada kau sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengkalan kubor (khabarnya) masih ok lagi. tapi rantau panjang aku pergi sebelum ni, sama jugak. lagi mahal dan tak boleh tawar pulak tu.

      eh, apa ada hal. pada aku ada banyak lagi benda yang best kat kota bharu ni, contohnya... nanti la aku cerita!

      Delete
  5. ooo..tu mesti tgh ramai org. Tu penjual berlagak. Kalau time takde org, mmg syok kita mintak tawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya hampir setiap hari ramai orang kot...

      Delete
  6. NASIB BAIK DIA TAK BAGITAU "NAK MURAH, JUAL SENDIRI" HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meleleh siot air mata aku kalau macam tu. Hehehee...

      Delete