Aku Korbankan Sebuah Bilik

16
10:07 PM
Cuti tiga hari ni tak banyak aktiviti luar yang aku buat selain daripada tumpang sekaki dengan majlis korban kat tempat aku (lima ekor lembu dan dua ekor kambing) tahun ni. Selebihnya lebih banyak diisi dengan kerja-kerja rombakan secara besar-besaran di dalam rumah.

Dengan mengemaskini semua barang-barang yang selama ni bersarang dalam dua stor berasingan (stor dalam rumah dan luar rumah) untuk menjadikan hanya satu stor yang digunakan, seterusnya memulihara stor dalam rumah untuk dijadikan markas peribadi aku.

Sememangnya markas peribadi aku sebelum ini memang selesa dengan ruang yang agak luas (bilik bersaiz 10'x10') hingga berkeupayaan menampung seseorang yang melakukan aksi balik kuang secara berirama, tetapi terpaksa dikorban untuk kegunaan lain yang lebih murni (klik sini).

Takpela, ini la yang dikatakan pengorbanan. Markas yang lebih kecil tak semestinya membuatkan aktiviti aku di depan monitor menjadi makin terbatas. Lagi pun kerja-kerja aku selama ni cuma bermain dengan tetikus dan papan kekunci je. Bukan nak buat kerja kraftangan pun sampai terpaksa memerlukan ruang yang luas...

Dan di bawah ini adalah progress yang berlaku terhadap stor kecil (bersaiz 8'x6') ini sepanjang tiga hari.
Pergh, lamanya sampai tiga hari nak setelkan bilik kecik ni. Memang la weh, aku bukan buat bilik kecik ni je. Habis satu rumah aku rombak! Termasuk susunatur perabot dalam ruang tamu aku (klik sini)...









Memang nampak selekeh sikit dinding tu sebab aku punya barang-barang tukang (termasuk tangga) banyak tertinggal dalam kedai kawan aku. Kedai yang dah berbulan-bulan lepas aku tolong cat, tapi sampai sekarang tak ambik lagi.

Leceh jugak la kan kalau kat rumah ni takde barang-barang pertukangan macam tu, sampaikan nak tukar starter pun naik malas. Mengecat dinding bilik ni pun aku buat ala kadar je, tak daya nak bersungguh sangat. Kikis je mana yang nampak teruk sangat, yang boleh kawtim tu tutup sebelah mata je.

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. IM punya stor masih banyak dengan barang walaupun dah beberapa kali buat operasi 5S..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau makin banyak (atau besar) stor, makin banyak jugak la sampah yang tersimpan...

      Delete
  2. bilik kecik mudah nak kemas.

    ReplyDelete
  3. Dapat cat dinding, best gak kan? Huhuhuhu! Aku dah lama mengdiam nak ruang sendiri tapi apakan daya. Rumah sekangkang kera gituhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah aku sekangkang siput je. Tu pun mujur ada lagi lebihan ruang...

      Delete
  4. kalau ruangan untuk bekerja/main game/sewaktu dengannya, saya lebih suka ruangan yg kecik, dan tersembunyi.. hehee.. tapi kalau sekali dengan bilik tidur markasnya, ruang kecik sangat tak memadai... hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terfikir nak letak tv dengan dvd player. Tapi hampeh, tak muat!

      Delete
  5. Tikar tu menarik.. Boleh buat main dam aji.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nak lawan? Aku tiap2 hari tengok orang main dam...

      Delete
  6. 1. semua lelaki patut ada bilik markas. hehe..

    2. ada unsur freemason dalam bilik tu. kehkehkeh (sila baca dengan nada bergurau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah, jangan tuduh gua ni ejen freemason pulak. Gua ni ejen tupperware je la...

      Delete
  7. kat tingkap tu kalau pasang lansir mesti lagi cun hehe...ruang yg sempit..pilih warna2 yg ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kak, sebalik tingkap tu la stor yang lagi satu. Perlu tutup sebab tak berfungsi, lagipun nak letak rak buku kat situ.

      Delete
  8. aku nak komen freemason tu tapi ada orang dah komen dulu..hahahaha.aku rasa tulah corak tikar getah paling sempoi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang target nak cari corak yang macam ni pun...

      Delete