...dan, lepaskanlah!

20
10:39 AM
"Bang, macamana caranya nak lupakan seseorang tu?" Hampeh, aku lepak luar sebelah kompressor aircon ni ingatkan dapat tenangkan perut. Sambil hirup udara nyaman (masih lagi) sekitar pekan Taiping bersama-sama dengan asap dari Winston Light. Tapi kenapa masalah berkaitan emosi dan perasaan ni pun nak aku setelkan jugak?

"Ada, kalau nak cara yang paling cepat, agak ektrem jugak la. Berani?" Soal aku semula.

"Ha, macamana..." Tanya Arab lagi.

"Sentiasa dekatkan diri dengan benda-benda keras. Contohnya dinding, tiang, pintu solid atau pun batang pokok dengan diameter minimum 1.5 meter. Lepas tu hantukkan kepala sekuat hati dalam keadaan pasrah dan penuh keredhaan sebanyak lima kali sehari. Itu je. Insya Allah, kalau kau tak dapat lupakan orang tu, sekurang-kurangnya kau punya ingatan tu boleh hilang terus!"

*****

Tabah, boleh pulak dia tergamak pergi kenduri kahwin perempuan yang dia minat (kedua-dua tangan bertepuk), siap tengok perempuan tu bersanding dan bergambar sama-sama pulak tu! Kalau aku...

...entah la.

Apa pun, pada pendapat aku, kita tak perlu pun bersusah-payah berusaha melupakan seseorang tu. Jangan paksa diri, jangan cari pil tidur, jangan beli pisau Gilette lepas tu hiris kat lengan. Itu semua bodoh. Buat rilek sudah. Benda ni semua akan berlalu dan menghilang dengan sendiri. Kembali normal seperti sediakala...

Kenapa? Sebab tak penting sebenarnya kalau kau dapat lupakan seseorang tu, tapi apa yang penting cuma macamana caranya nak `neutral'kan semula perasaan kau pada dia. Neutral sama macam sebelum kau kenal dia. Takde feeling, itu yang penting. Seolah-olah macam kau terserempak tiang lampu kat tepi jalan. Kau kenal tiang lampu tu, tapi kau tak kisah pun. Berhenti sekejap, tengok iklan ubat kuat atau iklan bilik sewa, baca sepintas lalu. Lepas tu terus blah. Tak mendatangkan kesan langsung.

Tapi mungkin akan memakan masa yang bukan sedikit pada sesetengah orang. Terpulang pada macamana cara kau nak terima kenyataan. Adakah kau redha? Sakitnya tu cuma mula-mula je kot. Lepas tu bila dah tiap-tiap hari kau `hantukkan kepala kat benda keras sebanyak lima kali', lama-lama ok la.

Contohnya macam aku, skodeng bekas-bekas awek lama tu biasa la. Tapi takde feel. Feel kumpul kereta kecik lagi best, kot...

Sekian, assalamu 'alaikum!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. betul gak tu, nak lupa memang tak boleh, melainkan kau hilang ingatan terus kan..haha.nak neutralkan perasaan tu memang susah tapi lama-lama okay la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lama2 tak boleh jugak, tu yang kena cari tiang tu...

      Delete
  2. Aku sukar melupakan awek lama aku... Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggap la dia seperti tiang lampu...

      Delete
  3. berhenti bercerita tentangnya barulah berjaya terlupa.
    aku buat mcmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah. sebab kadang2 mesti ternampak benda2 yang ada kaitan dengan dia. contohnya kereta yang sama macam dia...

      Delete
    2. sama dugaan mcm bila ke office kau?
      sebelah betul2.

      Delete
    3. hahahaha... kena kental la. kadang tengok bas melintas pun boleh teringat! sebab tu aku kata agak mustahil nak bagi lupa, kasi neutral boleh la.

      Delete
  4. hahahaha...Arab dekati dan soal kau, sebab kau " Doktor Cinta" kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ni kira mentor dia la. hahahaa... ni doktor bagi tambah sakit, mau?

      Delete
  5. Aku pnh dpt wedding invitation dr x bf aku yg aku pnh meroyan kejap masa putus dulu. Wahahahah! Tapi at the end, aku tak dtg pun. Bkn sbb tak sgp tapi sbb aral.

    Aku setuju dgn ko. Tak payah susah pyh nak lupakan org. Just neutralkan je perasaan tu. Tapi mcm ne nak neutralkan perasaan pd org yg ko menyampah sgt smpi rasa mcm nak membunuh? Rasa jelah....takde pun smpi nak buat. Macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok jugak. rasa macam nak bunuh tu kan lebih baik daripada rasa cintan yang berbaki tu...

      Delete
  6. Bersyukurlah pada Tuhan bila seseorang berpisah dengan kita kerana Dia sedang menggantikan dengan orang lain yg lebih baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kenapa tak terfikir nak cakap macam ni kat dia. buatnya dia hantuk betul...

      Delete
  7. mustahil boleh lupakan yang lama melainkan kita dah tua nyanyuk. nak lupakan tak boleh, tapi nak menghilangkan perasaan yang ada padanya suatu ketika dahulu memang boleh.

    sibukkan diri dengan aktiviti dan banyakkan baca quote bermotivasi dan bukannya asyik melayan lagu lagu jiwang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu jiwang... fuuuu, dengar tengah malam...

      Delete
  8. kalau ikutkan tips yang ko bagi ni, sure kojol sel-sel otak kena hentak atas kayu keras. tapi aku akui, itu je satu-satunya cara berkesan untuk lupakan sesuatu. yang lain2 tu, aku tak yakin akan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ektrem? boleh la kalau nak sangat lupakan. hehehee...

      Delete
  9. Replies
    1. Iye la. Abis tu ko ingat apa... Hehehe...

      Delete