Home

10
10:58 AM

Ya. Bagi aku pulak, `home' itu adalah sesuatu yang memiliki diri kita. Maksudnya bila kita pergi mendekati sesuatu tempat atau seseorang tu, kita akan mempunyai satu perasaan dimiliki. Seiring dengan datangnya rasa ketenangan dalam jiwa.

Damn, kenapa tiba-tiba aku rasa rindu nak letakkan kepala atas riba mak aku sekarang ni...

*****

biji getah

Ambil dari kebun getah belakang rumah arwah nenek aku semasa kepulangan aku pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Tinggal tiga biji sekarang, yang aku letakkan atas meja. Selebihnya hilang (mungkin dah terbuang) masa aku hantar kereta ke carwash dulu.

Seorang lagi yang aku tengah rindukan sekarang ni...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Biji getah! Memang nostalgik teringatkannya. Seperti teringat guli, main kotak.. masa lalu yg telah hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kena cari balik mana2 yang hilang tu...

      Delete
  2. geramlah tgk buah getah tu. Rasa nak main ketuk2. nanti balik kampung, bawa balik byk2 ya..? kita lawan ketuk-ketuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek, kau punya pasal, apa ada hal. Nak pokok getah pun aku boleh setelkan...

      Delete
  3. Sejarah hidup IM masa kecil dulu memang berlatar belakangkan pokok getah.

    Hinggakan cerita Sitora Harimau Jadian pun boleh mengimbau kenangan IM masa menolong mak mengankit susu getah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah baca novel tajuk "Harimau Lembah Pahit" kalau tak silap. Kisah yang asal dari seberang...

      Delete
  4. Ada orang makan buah getah.. Pernah terbaca.. Tak tau pulak buah getah boleh dimakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, cuma cara nak proses penyediaan tu kena betul2 la. kalau silap, boleh masuk serumah wo...

      Delete
  5. kenangan betul biji getah ni..teringat zaman-zaman Muar ada banyak pokok getah.dah besar-besar ni bila lalu kat kilang getah, bau busuk tu yang buat aku nostalgic...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau ojol, best tu. Memang menusuk...

      Delete