Intai

8
12:21 AM

Ada ketikanya, aku rasa macam nak sangat tau apa khabar dia sekarang. Macamana keadaan hidup dia, adakah gembira, adakah tenang, atau adakah masih lagi juga teringat seorang yang pernah dia kecewakan dulu...

Oh ye, bukan begitu. Sebenarnya dia yang kecewa terlebih dahulu, sebab itu dia memutuskan untuk berkongsi betapa pahitnya rasa kecewa itu bersama aku dengan meleraikan satu-persatu simpulan harapan.

Aku? Aku sekarang biasa-biasa je. Walau pun luka dah sembuh, tapi parut kenangan masih lagi terasa. Terutama sekali bila dj radio masih lagi memainkan lagu-lagu yang kami pernah sama-sama minati dulu. Sama-sama humming di dalam kereta ketika menuju ke port makan kegemaran, atau ketika sama-sama membuang masa di tepi laut dengan berlatarbelakangkan paya bakau dan binaan industri negara jiran.

Hmm, maaf kerana kadang-kala aku masih lagi mengintai engkau di ruang muka berwarna biru ini. Bukan kerana masih rindu, bukan juga kerana masih tersisa rasa sayang, atau masih meletakkan butir-butir harapan, tapi entah kerana apa aku masih tak pasti.

Entah la...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. memang makan masa untuk melupakan seseorang.... klu kat FB tu, klu ada kekuatan, unfriend kan sahaja...manalah tahu boleh membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah friend pun. saje je intai2. hahaha...

      Delete
  2. He..he.. same ler kiter...

    tempat jatuh lagi di kenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...ini kan pulak tempat jatuh tersembam!

      Delete
  3. Ok....monolog di pagi hari. Mmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah malam, pagi sibuk sikit....

      Delete
  4. ku pernah melalui saat2 seperti itu.... gigih menjejak semula. tapi sembunyi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi2, kaki sokdeng jugak ni! hehehee...

      Delete