Kenapa pergi tak ajak aku?

10
5:51 PM
"Berapa total yang bulan lepas punya?" suara yang mencucuk berupa soalan kilat di sebelah kiri aku betul-betul buatkan aku sedikit terkejut. Fon kepala yang menekup kedua-dua belah telinga aku ternyata gagal mengasingkan aku dengan dunia luar, lantas kerja-kerja `menyambung garisan' di atas skrin hitam ketika itu aku hentikan.

"Yang baru kira tadi tu ke? Dalam RM530 kot. Apasal?" soal aku kembali.

"Bawak keluar RM50. Ada anak yatim tu mintak bantuan. Sampaikan dah takde makanan lagi dah..." dan seterusnya penerangan ringkas yang Romi berikan tu seolah berbunyi bla bla bla je pada telinga aku. Antara dengar dan tidak. Semuanya kerana ungkapan `takde makanan' tu...

Sesudah memberikan sekeping not RM50 dan dua keping lagi tambahan not berwarna berlainan, dia pun berlalu. Aku yang masih blur, tiba-tiba terasa macam sebak. Entah kenapa.

Aku cuba membayangkan keadaan `takde makanan' yang berlaku terhadap anak-anak kecil bergelar anak yatim.

Hmm, damn...!

*****

Kisahnya
yang aku dengar dari mulut Ujang keesokan paginya (semalam), si mereka berdua ada pergi ke satu rumah anak yatim persendirian di Semenyih. Pemergian secara tergesa-gesa petang sebelumnya itu dibuat selepas dia mendapat kiriman Whatsapp berkenaan bantuan segera yang diperlukan oleh seramai 120 orang anak yatim, oleh penjaga mereka. Ketika sampai, mereka diberitahu oleh si penjaga bahawa mereka ketika itu sedang dalam kesempitan dan terlalu memerlukan bantuan. Tersangat-sangat.

Hinggakan bekalan makanan (seperti beras dan barang masakan) hanya cukup untuk menampung mereka selama dua hari sahaja!

Tak dapat aku bayangkan.

Anak-anak kecil berusia empat hingga 12 tahun terpaksa melalui kesempitan hidup yang sebegitu. Memang malang jugak bila difikirkan yang mereka itu hidup di dalam tempat perlindungan yang tidak didaftarkan (persendirian) hingga terpinggir daripada perhatian kita semua. Usah peduli sangat dengan pihak berkuasa, mereka ni kalau letak tahi depan mata pun tetap tak perasan.

Dalam sayu mendengar cerita pagi tu, terbit jugak rasa tak puas hati.

Tak puas hati atas bantuan yang terpilih daripada kita semua dan jugak tak puas hati atas satu lagi perkara...

...kenapa korang pergi tak ajak aku!

*pembetulan, lokasinya adalah di Sepang, bukan Semenyih. Thanks buddy...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Tak berdaftar mesti ada sebabnya. Agensi yang bertanggung jawab mendaftar selalu lepas tangan, kalau masuk paper baru buka mata. Biasalah... ini kan Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2, ada jugak benda yang dalam paper ni kita percaya.

      Delete
  2. ko bertanggungjawab buat fasiliti untuk diorang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku langsung takde kaitan. Tapi kalau ada, best jugak...

      Delete
  3. Sama-samalah kita membantu apabila melihat orang dalam kesusahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Berkongsi untuk kebaikan...

      Delete
  4. Aduhai, mmg sedihlah kalo sampai takde mknn. Sepang dah tak jauh mana dari rmh saya. Kalau boleh tau alamat, Insya Allah boleh bantu seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumh anak yatim Baitul Barokah, Lot 979 Jln Burhan Kg Giching, Salak, 43900 Sepang. Pn Norlida Rasidi 03 87063221, 0105307313, 0122275393, Pn Noorzilah Idris 013785972. Baitul Barokah@gmail.com
      No account 562834614558 Maybank atas nama baitulbarokah.

      Seeloknya kita datang sendiri. copy & paste.

      Delete
  5. bagi nama tempat, alamat nya..
    kita tgk apa yg boleh di buat / bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc minat tshirt hitam? ada satu page yang contribute jugak... Smiley Crow

      Delete