Nakal betul la korang ni...

8
9:45 AM
Oh, harga minyak naik lagi ke? Hehehee... Rilek-rilek sudah. Ini semua donia. Kalau nak dilayankan sangat, tak ke mana pun. Paling jauh pun sampai traffic light depan sana je.

Ni ha, sempena hari mulia ni, mari la kita sama-sama banyakkan amalan. Yang ni pulak memang boleh pergi jauh, tiada had, infiniti.

Untuk ingatan diri sendiri, semalam aku dah isi minyak yang harganya berbeza 20 sen bagi setiap liter. Takde pun rasa marah, takde pun rasa kecik hati dengan pemerintah, dan takde pulak rasa nak memprotes (aku tipu) secara berjemaah. Sebab tu semua useless. Takde efek pun sebab memang dah perangai kita semua, marahnya sekejap je. Sayangnya lama. Mana tak sayang kalau dah lebih 50 tahun cium bau ketiak orang yang sama. Cukup masa, pangkah atas muka orang yang itu jugak. Hahahaa...

Cuma semalam aku ada rasa sedikit kelakar pasal satu isu rentetan kenaikan harga minyak iaitu:



azmin ali nafikan selangor turunkan harga minyak

Hahahaa, nampak tak permainannya kat situ? Entah malaon mana la yang nak pedajal time orang ramai tengah gelabah. Agak-agak la nak melawak pun.

Dan tak pasti pulak adakah secara kebetulan atau tidak, aku baru je hari tu buat cadangan yang sama (rujuk sini) sejurus selepas negeri yang menjadi tempat aku bermastautin ni mendapat Menteri Besar yang baru. Sebabnya masa aku naikkan entri tu takde terdengar langsung ura-ura pasal harga minyak.

Ataupun adakah ini menunjukkan bahawa aku mempunyai deria ketujuh yang melayakkan aku memegang jawatan Menteri Cap Ayam? Hehehehee...

Sekian, salam Jumaat semua. Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Tulaaaa...lmbat sgt la ko jd memtoriii.. Kebulur anak cucu denn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau la lambat sangat nak undi aku...

      Delete
  2. PRU lambat lagi, buatlah apa pun kat kita nanti kita lupakan semuanya. Kan seperti kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa? Jadi sementara kita selalu terlupa ni, buatlah apa yang patut. Lagi pun seperti kata seorang ulamak kenaikan itu sudah ketentauan Allah, kita manusia tak boleh buat apa-apa, walaupun kita dikorbankan 3 hari sebelum hari raya korban....

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat lirik lagu "berkorban apa saja, harta atau pun nyawa..."

      Delete
  3. Melawak tak agak-agak punya diorang ni. Tapi, kalau betul idea tu dilaksanakan, kira bagus jugak sebenarnya. Ada la nampak effort ke arah meringankan beban rakyat dari sibuk memburukkan pihak lawan satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik berlumba memenangi hati rakyat dengan cara yang betul berbanding berlumba nak memburukkan parti lawan...

      Delete
  4. nak dekat PRU nnt minyak turun skit kot....adalah dlm 0.01 sen

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun 0.01 sen sebanyak 50 kali, baru la terasa..

      Delete