Tuan Penasihat 50 percent

14
11:59 PM
Assalamu 'alaikum, nak bagitau sikit tentang satu promosi berani di satu premis makanan sedap(1) tak ingat punya. Premis ala San Francissco tetapi penuh dengan ciri keislaman ni terletak di TTDI Jaya, berhampiran Politeknik Shah Alam dan betul-betul di belakang stesen minyak Petronas, tempat aku lepak masa malam Deepavali yang lepas. Suasana tenang, aman dan mampu menghilangkan kegundahan yang bersarang di dalam usus besar kalian dengan sajian ala carte yang ala kadar, sesuai dengan konsep kesederhanaan yang dianjurkan dalam Islam.

Bermula dari entri ini diterbitkan sehingga 31 Disember 2014, harga makanan dan minuman yang perlu dibayar hanyalah sebanyak 50% daripada harga sebenar, pada setiap hari Isnin dari jam 12:00 tengahari hingga 2:00 petang. Memang sesuai untuk golongan pelajar dan juga marhaenis yang sedang mengikat leher.

Tambahan pulak,
lepas makan tu kalau rasa-rasa malas nak balik rumah, sebelah restoran ni pun ada terdapat hotel bajet yang dimiliki oleh tokey yang sama dengan restoran ni. Jadi, apa lagi? Cuba la kalau berani...

Tak percaya? Kalau tak percaya, sila la datang sendiri. Dan kalau tak dapat harga macam yang aku bagitau ni, sila tinggalkan komen dan bukti-bukti sekali. Boleh la aku komplen sikit kat tokey restoran ni. Tapi jangan nak mengada-ngada datang sebab nak dapatkan diskaun sampai 90% sambil sebut nama(2) aku. Memang nak kena siku la jawabnya.

Sekian, selamat menjamu selera dan selamat beristirehat.

Sedikit info tentang harga makanan:
Nasi Goreng Biasa RM4.00
Nasi Bujang RM3.50
Tomyam Biasa RM3.50
Kailan Ikan Masin RM4.50
Sup Ekor RM7.00
Teh Tarik RM1.30
Teh O Ais RM1.50
Air Buah RM3.00

The Betelnut Espresso Coffee
(bersebelahan Redwood Inn Hotel)
No. 6 & 8, Jalan Juruwang A U1/A
Seksyen U1, Laman Glenmarie
TTDI Jaya, Shah Alam
Selangor.

(1) Aku tak sempat rasa sebab masa aku lepak tu dia belum dapat tukang masak lagi.
(2) SMBotak dia tak kenal, tapi kalau nama betul dia tau la.


hotel bajet dan restoran murah di shah alam
Kat sini ada disediakan surau.


hotel bajet dan restoran murah di shah alam
The Betelnut, feeling macam western sikit.


hotel bajet dan restoran murah di shah alam
Apartmen yang letaknya betul-betul kat depan hotel dan restoran.


hotel bajet dan restoran murah di shah alam
Susunatur perabot dan hiasan dalaman yang kemas.

hotel bajet dan restoran murah di shah alam
Lepak luar pun cara jugak!

hotel bajet dan restoran murah di shah alam
Sarapan aku pagi tu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. ni dekat area ani sup utara tu ke? ke area yg ada jual bubur2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak pulak ani sup utara, tam nasi ayam ada la (kat hujung). ini lot kedai yang baru tu, lokasi agak terlindung sikit...

      Delete
  2. Ala, mcm jauh je tp murah. Mane dpt lg nasi grg rege RM4.Aku x familiar dgn TTDI Jaya. Tp aku dgr kt sana ada byk kdi mkn milik Bumiputra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari PJ/Kelana Jaya dalam 20 minit je...

      Delete
  3. IM pernah jumpa somewhere kat sg bakap atau parit buntar... makan pagi cuma RM1,

    Dulu la.... sebelum subsidi petrol dikurangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang paling tinggi pun (mungkin) dalam RM1.50 kot. masih jauh lebih murah...

      Delete
  4. Pilihan bijak.. Kita banyak pilihan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pilihan tu lebih dekat, apa salahnya...

      Delete
  5. Antara tempat di Utara yg termurah ialah kantin Hospital Sultanah Bahiyah, harga teh ais baru RM1.00, nasi goreng ayam, nasi ayam, bihun goreng, nasi pattaya semuanya cuma RM3.00...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat ppum sini terbalik pulak. harga makanan hampir dua kali ganda lebih mahal daripada kat luar...

      Delete
  6. tidak pula saya ke shah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke shah alam, sudi-sudi la singgah...

      Delete
  7. Replies
    1. apa kata kau usha port makan murah macam ni kat JB sana tu...

      Delete