Tunda dan Ikat

15
11:58 PM
Lebih kurang jam 6:45 petang, tapi suasana dah gelap. Langit tak lagi menyimpan cahaya. Yang membantu penglihatan masa tu cuma limpahan lampu-lampu yang tersusun sepanjang lebuhraya dan juga pancaran dari kenderaan yang lalu lalang, kecil dan besar, dari empat roda hingga ke berbelas roda dengan saiz yang tidak seragam.

Sebaik memasuki semula lorong utama untuk sama-sama bersaing dengan kenderaan yang berkali ganda lebih besar, aku tengok di kejauhan sana terdapat satu cahaya merah kecil seakan-akan tak bergerak. Bila diamati betul-betul, ternyata cahaya tu sedikit berhayun ke kiri dan ke kanan. Seakan tidak stabil macam lampu suluh yang dipegang seorang lelaki mabuk. Nampak gayanya macam ada motosikal yang ditimpa masalah je tu. Hari tu, laluan motosikal bermula susur masuk dari Sri Petaling ditutup entah atas sebab apa, lebih jauh berbanding hari-hari sebelumnya yang ditutup hanya di belakang stesen minyak Shell. Nak kata sebab banjir, mustahil pulak sebab sungai besar memang terletak betul-betul di sebelah dan sepanjang yang aku ingat, air sungai tu tak pernah melimpah walau selebat mana pun hujan yang turun.

Hujan renyai sedikit-sebanyak membataskan penglihatan aku untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku. Betul-betul di hadapan motosikal tu, tersergam papan tanda besar tertulis "Kawasan Rehat Awan Besar 500m".

Menghampiri lelaki yang sedang bertungkus-lumus `mengayuh' motosikal dalam curahan hujan renyai tu, ibu jari kiri aku pun memainkan tugasnya...

Pin, pin..!

"Kenapa ni? Nak tolak ke?" Suara macho aku separuh menjerit, bimbang pulak kalau dia tak dengar. Nak sergah lebih-lebih kang, terkujat pulak mamat ni...

"Minyak habis. Ha, boleh jugak..." Jawab beliau.

Jadi, aku pun menukarkan cengkaman enjin aku kepada gear dua serentak menghulurkan kaki kiri ke arah `foot rest' belakang motosikal beliau. Bersedia... Memang dah lama aku tak buat kerja tunda-menunda ni.

Zaass...! Zaasss....! Kenderaan yang lebih besar di sebelah kanan aku masih lagi tidak memperlahankan kenderaan walaupun tinggal beberapa ratus meter je lagi nak sampai ke susur masuk ke kawasan rehat. Cilakak! Respek la sikit siak!

"Takpe ke?" Tanya beliau tanpa dapat aku melihat wajahnya. "Ok, ok. Takpe." Jawab aku.

Jarak lebih kurang seratus meter kami lalui dengan penuh tabah. Kaki kiri aku dah rasa lain macam. Namun begitu, sesekali mamat motosikal LC ni gagal menstabilkan kedudukannya membuatkan kami kadang-kala ke kiri, dan kadang-kala ke kanan. Agak rapat dengan kenderaan besar yang lain. Masa tu aku perasan ada satu van warna terang yang hampir menghimpit aku. Agaknya kalau aku kangkangkan kaki kanan, memang kena sebat kot. Mangkuk!

Kemudian, lama-kelamaan kami sudah mula dapat memainkan rentak yang sepatutnya. Kelajuan motosikal kami nampaknya bergerak seiring dan seirama sambil dalam hati aku menyanyi lagu duet antara Uji Rashid dengan Hail Amir. Tiba-tiba, prap! Alamak...

Sengal pulak kaki kiri aku ni, berhampiran sendi di pinggul. Aduyai. Jadi, aku pun membuat keputusan yang drastik dan berharap mamat motosikal LC ni tak berkecil hati. Lagi pun, separuh perjalanan yang kami lalui sejak tadi menuju ke stesen minyak Petronas dapat ditempuhi tanpa sebarang musibah memandangkan kenderaan yang lalu di sebelah kanan aku nampaknya macam tak reti bahasa, macam tak sekolah pulak pemandunya. Kalau sekolah pun, jenis bodoh tak bertempat. Tambahan pulak, ruang untuk dua buah motosikal bergerak seiring semakin mengecil apabila kami semakin menghampiri susur masuk.

Dengan sekali henjut, aku pun melepaskan cengkaman kasut pasar malam aku dari `foot rest' belakang motosikal beliau sambil mengangkat tangan. "Ok bro...!"

"Ok, ok. terima kasih!" Laung beliau.

Sori der, tiba-tiba kaki gua rasa sengal pulak. Gua tinggalkan lu kat situ sambil berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Minyak habis tu perkara biasa, sebab kita sebagai marhaenis ni dah selalu sangat ikat perut... Ikat poket, ikat tangki minyak...

Tunggu masa je nak ikat leher dan gantung dari tiang lampu!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. Pahala besar tu menolong orang, bertambah besar pahalanya bila sampai kaki sengal-sengal. Korban jiwa raga dan nyawa untuk seseorang yang tak dikenali sangat besar pahalanya, kalau menteri2 mesti mereka dah isytiharkan apa yg SM buat itu sebagai 'jihad'....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Bro, share minyak la pulak lepas ni kalau jumpa kes camni lagi. Sikit sama di rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jauh lagi, mungkin boleh la kot. Tapi ni 500m je, tunda je la...

      Delete
  3. Alhamdulillah, tak dapat tolong banyak...tolong sikit pun jadilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 500 meter! Hehehe...

      Delete
  4. wah..dah jarang jumpa orang nak tolong strangers zaman sekarang ni!salute!! oh by the way aku tukar url blog blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kami bukan strangers sebab sama2 naik moto...

      Delete
  5. Hari ini awak tlg saya, esok lusa saya tlg awak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tepi sikit, tolong tepi sikit... Macam tajuk lagu tu.

      Delete
  6. Terbaik bro..
    Syabas..
    Moga Allah balas sebaik mungkin apa yg kamu buat..
    Selalu tgk jugak motor ditunda ni..dan mmg sedih +marah tgk sikap pemandu kereta/lori yg takde timbangrasa himpit org naik motor ( walaupun ada juga mamat motor yg mmg mintak di himpit sebab merempit mencelah tak kira masa! )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki rempit macam tu? Sesama moto pun diorang nak mencelah jugak. Cis!

      Delete
  7. Menunda motor di jalan yang sibuk memang bahaya. tapi Im selut la penunda ni yang kekadang tak kenal pun sesama mereka tapi kerana nak tolong...

    ReplyDelete
  8. mula2 baca tajuk..ingtkn kisah sm pergi kelaut main pukat tunda..haduiii...apalah boleh terfikir mcm tu

    ReplyDelete