Tungggu Aku...!

4
11:21 PM
Engkau kini telah separuh perjalanan terbang menuju ke syurga,
Dengan berkelengkapan sepasang sayap cahaya,
Pantas membelah udara gelap,
Meninggalkan puluhan kawanan kunang-kunang di belakang.

Sedang aku masih lagi tercari-cari sepatu lusuh,
Yang selalunya aku simpan di celah pohon renek,
Di sebelah pintu,
Agar mudah kaki kudung aku beralas ketika melangkah keluar laman.

Hilang,
Sepasang sepatu lusuh aku hilang,
Entah bila, entah ke mana,
Kini tinggal hanya bau pekat najis anjing,
Yang aku pijak semalam.

Tunggu!
Jangan pergi terlalu jauh,
Kerana aku takut tersesat dalam mencari laluan terhampir,
Untuk ke simpang syurga sana,
Dan takut dianggap seperti pocong tua,
Terlompat-lompat di tengah malam,
Sambil mendongak ke langit...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Saya pulak selalu terpijak tahi kucing depan laman rumah yang busuknya lebih kurang sama dengan tahi anjing. Mujurlah tak terpijak tahi orang kerana tahi manusia 20 kali lebih busuk dari tahi kucing dan tahi anjing, hehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! jangan. ni bukan zaman tandas kat luar...

      Delete
  2. Heheheheh! Beli baru jelah. Tak payah mengharap yg lama. Korbankan sentimental value tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut dah selesa sebab ikut bentuk kaki. Lagi pun orang lelaki (selalunya) kalau pakai barang memang sampai lunyai...

      Delete