Udang Itu Adalah Rezeki

10
3:44 PM
"Aik, kenapa tak makan udang tu? Tak suka ke?" Aku bertanya, dahi berkerut dengan sedikit kejanggalan yang berlaku di depan mata. Agak mustahil jugak orang yang membesar berdekatan dengan laut tapi tak lalu dengan udang. Tambahan pulak udang bersaiz hampir menyamai ibu jari lelaki dewasa tu adalah penghuni di dalam mangkuk mee bandung. Mee bandung yang aku kira antara paling sedap pernah aku makan setakat ini.

"Huh, tak heran dah udang macam ni. Dah biasa makan udang yang lagi besar, lagi fresh daripada ni..." Mulutnya seakan mencebik ke arah mangkuk mee bandung, yang masih tersisa dengan kuah, beberapa ekor udang dan bahan-bahan lain. Lantas menolak mangkuk mee bandung itu ke tengah meja.

Tergamam jugak aku dengar. Seolah-olah memperlekehkan rezeki yang Tuhan kirimkan kepada kami petang tu. Rasa gamam yang berbaur dengan sedikit kecewa bukan sahaja setelah melihat masih ada lagi makanan terbazir dengan begitu sahaja, tapi juga sedih apabila aku berhadapan dengan seseorang yang kurang bersyukur.

Sesungguhnya membesar dalam keluarga nelayan, dilimpahi dengan pelbagai jenis hasil sumber laut jauh berbeza dengan mereka yang berada di tengah darat tidak sepatutnya mengubah mereka menjadi orang yang agak riak. Memperlekehkan makanan, walau pun hanya beberapa ekor udang. Susah aku nak terima sebenarnya.

Sekali lagi nak bagitau, aku cukup tak berkenan dengan mereka yang gagal menghabiskan makanan di atas pinggan. Sama ada yang berharga ratusan ringgit dari restoran berbintang-bintang, gerai tepi jalan atau pun percuma diperolehi di masjid-masjid. Serius, aku kurang berkenan...

...dan tak perlu memperkecilkan rezeki daripada Tuhan!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. udang tu ingatkan aku tentang kuey teow Mali's. malam ni nak singgahlah. Grr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa, makan kasi habis! Grrr...

      Delete
    2. Eh, nasi selalu habis yer aku makan. Air je takhabis. Selalu habis. Time kau je takhabis.😌
      Err.. Kentang pun takhabis juga.😭

      Delete
    3. Naaahh... Apa menarik kat Mali's tu? Sesekali buat la review sikit.

      Delete
  2. orag ado2...kalau ye pun dah muak makan..jgn hina makanan...taji kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku hantar kau je la, taji mamat ni...

      Delete
  3. Mungkin dia ada penyakit apa-apa kot, tapi tak nak cerita? Bulan lepas saya jumpa seorang lelaki berusia 30an di hospital yang kaki tangannya bengkak-bengkak kerana penyakit gout. Bila tanya mengapa jadi begitu? Katanya dia nelayan hari-hari makan makanan laut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi, takde sebarang alahan. Cuma cerewet sikit dengan makanan laut ni.

      Delete
  4. bro tolonglah abiskan udang tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang lain, boleh je abiskan. Tapi takpe la, sebab sikap dia tu...

      Delete