Yang Manis Di Kota Bharu

11
8:48 AM
*****

Eh, patut la macam ada je benda yang tak kena seminggu dua ni. Mandi tak lena, tidur tak kenyang, makan tak basah badan. Yang basah cuma tekak dengan pinggan je sebab aku memang suka makan benda-benda berkuah. Harap-harap takde la orang yang jauh atau dekat yang rindu kecuali mak aku je. Hehehee...

Belek punya belek beberapa entri sebelum ni, baru la aku perasan rupa-rupanya aku ada hutang sesuatu masa baca entri kat Kota Bharu tempohari (klik sini).

Cuma kali ni aku nak cerita serba ringkas je. Macam tak berapa selera pulak nak taip panjang-panjang sekarang ni.

Apa pun, benda yang manis masa aku stay kat Kota Bharu dulu ada dua iaitu yang pertama...



...aku dapat satu port menginap yang memang cara abis la! Aku anggap terbaik sebab sebelumnya aku ada menginap di dua buah homestay di Balok, Kuantan dan Manir, Kuala Terengganu yang mana ada beberapa isu yang aku kurang puas hati. Tapi takpe la, bukan benda besar mana pun. Kecik punya hal...

Tapi bila tiba je kat Wakaf Che Yeh ni, aku memang betul-betul kagum jugak dengan homestay yang aku dapat ni. Memang terbaik la.

Walau pun rasa teruja ni timbul agak lewat sedikit iaitu sebaik je kaki melangkah masuk ke dalam rumah, tapi serba-serbi memang puas hati. Bermula dari layanan pemiliknya yang agak ramah dan berbudi bahasa, keselesaan di segenap ruang rumah yang disediakan hinggalah jarak dan suasana sekitar yang tak terlalu sibuk. Senang nak ke mana-mana.

Janji temu dibuat antara kami dengan pemilik homestay pada petang ketibaan kami di stesen minyak Shell Wakaf Che Yeh, dalam cuaca yang kurang baik. Hujan lebat. Dan tiba di homestay pun hujan masih lagi belum teduh sepenuhnya.

Bila sampai je di depan rumah... Alamak, macam nak terkena je. Rumah dua tingkat yang macam tak siap dengan timbunan pasir di depan rumah, seperti masih belum sedia untuk menerima tetamu. Kalau tak best, memang masak la. Time cuti sekolah bukannya senang nak cari port lain kat sekitar Kota Bharu, on the spot pulak tu! Tapi semua kebimbangan tu terpadam dengan sekali petik jari je.

Masuk-masuk je, jantung aku terus tercengang, pankreas terkejut dan paru-paru melonjak kepuasan bila melihatkan interior rumah ni. Ah, tulis banyak pun tak guna, korang tengok la sendiri gambar kat bawah ni...

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Bilik kedua, kalah masterbedroom kat rumah aku. 

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Ni bilik kedua punya bilik air. Untuk pengetahuan, dua bilik tidur siap ada bilik air sendiri. Maaf, aku tak snap mangkuk tandas yang ada kat penjuru kiri sana. Takkan tu pun nak tunjuk!

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Dapur yang luas dan sesuai untuk bermain ping-pong. Nak buat rewang untuk kenduri kahwin pun boleh.

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Ini ruang makan kat dapur, sebenarnya ada satu lagi ruang makan bersebelahan dengan main hall. 

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Ruang tamu yang dihiasi dengan perabot jati (agaknya). Tapi yang si gemuk botak tu bukan tetamu, abaikan. Saje je dia nak menyelit.

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Ha, belakang rumah pun siap ada bench! Mana la tau tiba-tiba datang isim, nak hirup udara belakang rumah ke. Sama je kot rasanya... 

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Kat sini ada disediakan mesin basuh dengan kekuatan 650 kuasa kuda, mampu menyaingi putaran puting beliung skala sederhana. Jadi tuan rumah yang baik hati pun sediakan la jugak ampaian. Eh, ada sesetengah homestay takde ampaian tau! 

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Ini adalah stor (bawah tangga). Tuan rumah ni punya baik, sampaikan stor ni pun dia tunjukkan... 

ashraff guesthouse homestay menarik di wakaf che yeh kota bharu
Abaikan jugak mamat berseluar pendek tu. Dia tak hensem, kereta pun tak laju.

Sebenarnya yang kat atas tu asalnya adalah satu rumah yang berasingan, disewakan kepada penghuni lain secara tetap. Tapi pada masa tu sedang diubahsuai untuk dijadikan satu lagi homestay. Sebab tu la nampak macam tak senonoh dari luar.

*****

Nak bagitau sikit, tuan rumah ni sebenarnya adalah seorang pesara. Sebelum ni beliau pernah berkhidmat di Johor Bahru sebagai pengajar. Jadi, bila dah balik ke kampung halaman, dia pun bukak la homestay sebagai aktiviti nak penuhkan masa lapang, dengan kerja-kerja housekeeping katanya... Selain tu, beliau suami isteri pun gemar membela kucing-kucing jalanan yang terbiar dan takde siapa peduli, mentang-mentang tak comel dan comot. Dan hasil duit sewaan homestay ni kebanyakannya digunakan sebagai kos memelihara kucing-kucing tu. Kisahnya la...

Berdasarkan cerita lagi, dia ni ada satu lagi homestay yang lebih kurang macam ni, Aliff Guesthousekalau tak silap. Manakala rumah yang aku tumpang bermalam ni namanya pulak Ashraff Guesthouse (kalau tak silap jugak).

Ohye, bagi mereka yang datang ke Kota Bharu ni atas tujuan bekerja sehari dua dan bukan pulak dalam kumpulan yang ramai, beliau pun ada sediakan tempat menginap yang berkonsepkan studio. Cara tak? Cara siot...

*****

Kat sini aku bagi sekali contact number beliau, mana la tau kot-kot ada orang yang percaya 99.76% dengan apa yang aku ceritakan ni, boleh la cuba. Cuti sekolah kan tak lama lagi. Tapi, sila buat tempahan awal. Aku taknak korang menyesal sebab tak ikut nasihat aku ni.

Encik Mohd Raime Ahmad
013-9296442
atau pun boleh usha kat sini ---> Ashraff Guesthouse

*****

Jadi, apa lagi benda manis yang aku jumpa kat Kota Bharu ni selain daripada awek-awek dia yang bisa membuatkan buah pinggang menggigil? Ha, ini la dia bendanya.


Sebenarnya ada lagi, tapi dua jenis ni la yang agak rare. Yang rare tu aku jumpa sebijik Kenmeri dengan dua biji Morris Mini, selain beberapa model yang aku minat. Sebiji Morris Mini aku dah jual. Jadi dalam simpanan aku sekarang tinggal dua je (termasuk loose yang lama aku dapat sebelum ni). Mana tak rare kalau dalam satu case 72 biji, nak dapat sebiji pun susah. Tu yang bila aku dapat tiga biji sekaligus, terus senyum sampai belakang telinga, dari tempat hunting sampai la ke rumah!

Dua biji ni aku rasa sayang pulak nak bukak. Yela, aku bukannya beli dari collector, tapi aku dapat hasil usaha sendiri memburu kat sana. Hehehee.... Tengok la kalau aku dah dapat model lain yang lebih rare, mungkin aku akan `loose'kan.


~Sekian assalamu 'alaikum. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis dan kena tipu serentak. Awal tadi aku janji nak taip sikit je, tapi macam dah jadi berjela pulak.

~Maaf kalau ada terkasar bahasa atau pun typo. Well, sekarang ni kan musim typo. Aku pun malas nak semak apa yang aku taip kat atas!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. orait..noted!syok ni kalau gi bercuti ngan family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau call encik raime ni, sebut nama aku memang tak dapat diskaun. Sebab bukan dia ingat pun. Hehehee...

      Delete
  2. Aku pasan, ko asyik cite psl KB eh? Mmmm...puji melangit ni. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab aku dapat barang bagus kat sini. Eh, ada jugak yang aku tak puji macam entri sebelum ni...

      Delete
  3. Gadis-gadis KB pun boleh tahan manis jugek. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur gua dah berpunya bai. hahahaa...!

      Delete
  4. Selain dari gadis-gadis Kelantan yg secara semula jadinya manis, masakan di sana juga banyak yang manis-manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. part masakan tu, saya setuju...

      Delete
  5. Aku kalau ke Kelantan pergi tido rumah kenalan je kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya kenalan setakat setiu je. yang orang kelantan dah takde kat kelantan. heheee...

      Delete
  6. hmm..mne tau satu hri nnt dtg klntan..kot2 laaa....
    duduk homestay lg jimat ek dari hotel?
    tolong jual koleksi tu bro.! walaupun gue bukan collector...tapi gue jeles tgk barang2 tu..haha

    ReplyDelete