Atas Lebuhraya

10
8:44 AM
Biasanya sebelum ni, bila tiba waktu balik kampung semasa cuti Hari Raya (terutamanya), selalu jugak kita panas hati bila tersangkut dalam traffic jam. Berjam-jam lamanya duduk menakung atas highway. Tambah panas hati bila tengok kereta kat sebelah.

What? Kau pun sibuk nak balik kampung jugak ke? Apa jadahnya nak menyemak atas jalan ni. Yang berayanya aku, bukan korang. Hampas kelapa betul la...

Agak jaki jugak la tengok orang-orang yang takde kaitan dengan raya ni pun ikut sibuk jugak. Pergh...!

Tapi tu dulu. Dulu punya cerita la. Sekarang aku dah steady. Tak kira la Raya Puasa ke, Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke, asalkan boleh sambung cuti sampai ke hari minggu je, aku mesti standby berkira-kira budget nak balik kampung. Budget masa dan kewangan.

Oleh itu,
demi memenuhi kerukunan dan menambahkan kemeriahan cuti hari Krismas minggu ni, aku ambik keputusan nak balik kampung jugak. Memang la aku tak sambut raya ni, tapi aku rasa teringin nak tengok ahli baru dalam keluarga Odah United sana.

Jalan sesak atau tak, itu belakang kira. Dan kat sini aku nak mintak maaf pada mereka yang sambut hari Krismas ni dan terpaksa tunda-menunda dengan aku kat atas highway nanti. Salam satoooooooo Malaysia!

Hehehehee... Assalamu 'alaikum.

*Eh, ada yang dapat bonus tak hujung tahun ni? Kasi payung la teh tarik satu kali...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. ala kat Malaysia ni, perayaan apa pun, semua bangsa sama naik penuhkan highway..selamat bercuti, botak!

    ReplyDelete
  2. syiok ler bercuti panjang... huuhuhhu...
    ***sebut pasal bonus, sedeyhhhhhh.......

    ReplyDelete
  3. Aku takda bonus. Dah bertahun tahun takde bonus.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, janji ada income...

      Delete
  4. saya pun nak sesakkan jalanraya khamis ni. Tapi balik semula Isnin, konon nak elak jem..harapnya betul lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau isnin, line clear la kot...

      Delete
  5. saya balik kampung isteri..tapi confirm x sesak sebab melawan arus... kg isteri kat KL... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung kalau balik raya macam ni...

      Delete