Azam Disember

18
8:12 AM
Toleh kiri, kosong. Toleh kanan, kosong. Bila aku mendongak ke atas, nasib baik ada susunan kepingan siling yang membentuk grid segi empat sama. Di antaranya terdapat casing lampu pendarflour berselang setiap tiga keping siling. Dan di sepanjang laluan pulak ada dilengkapi `down light' dengan cahaya menyorot ke atas karpet.

Apa benda aku nak buat ni?

Nak tidur, mata tak mengantuk. Nak sambung buat kerja, rasa macam fed up pulak mengadap lama-lama. Nyaris-nyaris nak muntah.

Entah macamana, tanpa sengaja aku `tertengok' beberapa keping kad Hotwheels yang belum aku buang di penjuru meja. Sebahagian kecil daripada koleksi. Yang lain-lain dah selamat aku buang.

Dan secara tiba-tiba pulak aku dapat satu idea macamana aku nak setelkan benda ni.

Jadi berbekalkan otak genius dan tangan mulus kurniaan Tuhan, aku pun memulakan kerja-kerja pengubahsuaian untuk menghasilkan benda yang aku tak terlintas sebelum ni.

Step by step...


Sebahagian kecil yang tinggal.


Daripada yang tinggal tu, tiga ni aku pilih berdasarkan kriteria tertentu seperti tahap `rare'nya barang ni nak dapat.


Potong mengikut bentuk kereta, dengan penuh berhati-hati dan kesabaran tinggi.


Ok, siap. Sebenarnya apa tujuan aku potong benda ni?

Hah, ini la dia...




Namanya penanda buku!

Jadi secara tak langsung dengan adanya penanda buku yang baru ni, aku dah buat satu azam penghujung tahun iaitu nak menghabiskan sekurang-kurang separuh buku-buku yang belum habis baca lagi. Gila, bila aku semak balik, ada banyak rupanya buku yang aku tak khatam. Ada yang baru baca sikit je aku dah tinggal. Ada jugak yang tinggal lagi 3 milimeter nak selesai.

Aku harap, azam aku kali ni akan terlaksana.

Sekian, assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. semoga gigih menghabiskan bacaan... saya pon ada dekat sedozen buku2 yang dibeli tapi tak baca lagi... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time membeli tu dah macam orang gila, tapi bila dah dicampur komitmen lain-lain, terus kurang selera.

      Delete
  2. Teruskan usaha demi melaksanakan azam Disember ini...

    ReplyDelete
  3. Azam saya pada setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, setiap dekad cuma untuk menjadi manusia yang mendekati kesempurnaan. Malangnya sampai sekarang menghampiri kesempurnaan pun sangat sukar, apa lagi kesempurnaan hakiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan menghampiri kesempurnaan itu yang sepatutnya, sebab kesempurnaan total tu bukan milik manusia...

      Delete
  4. Moga azam tercapai bro..
    Banyak jugak kau beli mainan Hot Wheels tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah kira semalam, ada 130 biji kot. Brand campur-campur. Tapi collectors lain lagi gila diorang punya koleksi.

      Delete
  5. buku yg mula-mula tu akak tak khatam lagi. chicken soup kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, sup ayam untuk jiwa. Aku beli awal tahun hari tu. Baca sikit-sikit bila ada masa.

      Delete
    2. asal aku bahasakan diri akak ni?
      geli. kekekeke..
      typo tu rasanya.

      Delete
    3. Abis tu, ingat kau sorang je geli? Jangan sampai aku pantun. Ceh...

      Delete
  6. Peh! Pengunpul HW tegar ni. Ade beli trek dia ke? Sila show off koleksi ko kt dlm blog ni. Tak yah introvert sgtlah. Heheheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek, collector yang power kena rendah diri...

      Delete
  7. salam kenal sm ...

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih singgah...

      Delete
  8. Botaknye.... bulan dis kan byk org cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti? itu cikgu sekolah je kot...

      Delete