DIM, Yang Tak Berapa Nak Siap

14
7:03 AM
Beberapa minggu lepas, aku ada usha satu display rack untuk memuatkan 72 biji koleksi kereta aku. Cantik, harga pun boleh tahan. Tapi memandangkan masa tu aku belum gaji dan harga untuk sebuah display rack tu bersamaan dengan seratus biji (lebih kurang) kereta lagi, aku pun batalkan niat untuk meneruskan urusniaga.

Apa barang beli, buat sendiri la baru cara...!

Kata diri aku yang satu lagi, sementara diri aku yang ketiga masih mendiamkan diri. Entahkan mahu, entahkan malas. Sebab kadang-kadang diri aku yang ketiga ni dia punya malas memang dah tahap susah nak buat apa, tau nak membuta je.

Mujur, minggu ni (semalam dan hari ni) diri aku yang kedua berjaya mengerahkan kami bersama-sama mengembeling tenaga untuk menjayakan projek kecil ni. Belum sampai tahap display rack lagi, cuma nak test power buat frame je. Cukup untuk memuatkan 6 biji kereta setiap frame.

Berikut adalah langkah demi langkah:


1. Pergi kedai hardware yang jaraknya cuma beberapa puluh meter je dari rumah, demi mendapatkan bekalan kayu siling. Entah apa nama kayu ni tak tau pulak, aku cuma sebut kayu siling je. Murah je bang, cuma RM3 je sebatang. Yang aku ambik ni panjangnya lebih kurang 12 kaki. Potong dua, baru boleh bawak naik moto.

Sebelum sampai rumah, buat lencongan sikit. Dah lama tak pekena air durian belanda ni.


2. Inilah dia bahan-bahan dan alatan yang diperlukan. Pensel jumpa celah laci, gergaji yang dah lama beli tapi jarang guna, tukul ringan (kalau ada hajat nak pecah batu, baru pakai yang heavy duty tu), paku (baru beli sebab aku malas nak cari paku yang dulu-dulu punya), kikir mata sederhana, kertas pasir nombor 240, measuring tape yang legend dan dah banyak berjasa, kayu siling, air durian belanda dan Marlboro Light (tapi kotak Winston) seludup dari negara seberang.


3. Potong kayu mengikut ukuran seperti di dalam rekaan.

Sebenarnya ukuran ni aku takde buat sketch langsung pun, cuma imagine dalam kepala hotak je. Ala, benda kecik je pun. Agak-agak je sudah.

Dan pada aku, kerja-kerja memotong ni adalah proses yang paling susah memandangkan aku ni bukannya seorang tukang kayu yang berkemahiran tinggi. Bukannya apa, setakat nak potong kayu tu macam makan kacang je, tapi masalahnya nak dapatkan potongan yang betul-betul tegak dan kemas tu yang susah. Lepas tu kayu siling ni jenis yang senang sangat nak pecah.

Ada la jugak yang aku reject sebab dah berserpih kat bucunya bila aku potong. Langsung tak menepati piawaian orang Amerika. Cis...! Rugi betul.


4. Dah siap potong, kikis hujung kayu dengan kikir dan gosok permukaannya dengan kertas pasir. Yang ni baru test power je. Sebab baru nak dapatkan tune. Maklum la, dah lama tak bertukang.

Kalau tadi, kerja memotong adalah proses yang paling susah, sekarang kerja menggosok pulak adalah proses yang paling leceh. Makan masa. Aku ni pulak jenis yang kurang sabar dengan benda-benda macam ni, jadi aku gosok ala kadar je la.

Nak cepat.


5. Pakukan kayu yang dah dipotong tu macam gambar kat atas. Ha, cantik tak? Macam muka Kak Ton kan? Tak pun macam muka Bobo yang bapuk tu.

6. Orait, mock-up unit dah siap.

Lepas puas hati dengan skill yang aku miliki ni hampir menyamai Tim Allen dalam Home Improvement, aku pun teruskan kerja-kerja memotong, mengikis, menggosok dan memaku mengikut saiz frame yang berlainan pada baki kayu siling pulak.

Hasilnya, macam gambar kat bawah ni. Ohye, ini adalah hari kedua iaitu hari Ahad.


7. Amacam, power tak? Ini baru buat guna tangan. Belum aku guna kuasa kaki cagu lagi. Kalau aku bersungguh-sungguh buat dan tak gopoh, confirm boleh jual kat pusat kraftangan. Lepas tu, designer kat IKEA pun boleh tumpang cemburu.


8. Tak sabar punya pasal, aku terus susun kereta-kereta kesayangan dalam frame ni. Amacam, cantik tak? Pada aku, frame ni lagi cantik kalau aku gantung dan susun dalam bilik pertapaan aku ni. Takpe, tunggu la bila dah betul-betul siap karang.

Kalau perasan, ada macam defect sikit kat sambungan kayu tu. Ada gap. Mungkin sebab aku potong tak berapa nak tepat kot. Jadi untuk menyembunyikan kecacatan tu, aku bercadang nak tutup dengan filler. Lepas tu cat warna putih. Setel masalah...


Ahaaa, sebenarnya ada setengah kotak lagi koleksi kereta aku yang perlu di`frame'kan atau pun lebih elok aku letak dalam rak. Macam perancangan awalnya...


Dan inilah gambaran display rack buatan sendiri yang aku design. Aku render guna Sketch Up 5.0 je. Nak guna software yang canggih-canggih tak reti pulak.

Hehehe, ok Botak. Ini adalah next project.

Kemon, you can do it...!

*DIM - Do It Myself

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. saya adalah kagum. betul. sebab saya tadak koleksi sebegitu, apatah lagi skill nk memikir buat frame, mahupun skill untuk bertukang! hahaha... terbaik bro

    ReplyDelete
  2. Perghhhh..cantik bro..terbaik..kau mmg ada skill...kalau aku, sah sah aku beli aja frame macam tu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi lagi ni. kalau doc ada buah fikiran macamana nak bagi elok lag, boleh share....

      Delete
  3. come on, come on..jangan dengar cakap orang ketiga tu.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi biasanya aku nombor tiga tu pandai pujuk...

      Delete
  4. Sesekali buat kerja-kerja kerastangan macam kelas kemahiran hidup dulu best jugak kan bro. Seronok rasanya bila dapat buat sesuatu dari tangan sendiri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu seronok jugak. Tapi nampak selekeh pulak tengok dari dekat. Tak kemas...

      Delete
  5. meh nak bagi sebakul TAHNIAH! Kecik ati designer Ikea tengok hasil keras tgn SM nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya dah ada designer kat IKEA yang dah tukar bidang...

      Delete
  6. cantik2..kagum..
    nanti lepas cat mesti lagi cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak order? rm150 siap gantung kat dinding...

      Delete
  7. hahahaha.

    awat ko tak varnish... baru lah mengancam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau varnish, boleh nampak kesan filler tu...

      Delete