Julie Yang Bijak

12
8:05 AM
Bijak yang macamana pulak si Julie ni, bijak yang sama tahap macam aku masa sekolah rendah dulu ke? Tahap yang boleh baca sifir 19 sambil tengok Dunia Jam 10?

Bukan, bukan bijak atau genius taraf budak sekolah macam tu. Tapi yang macam ni ha... Perhati elok-elok.

produk baru biskut julie's

produk baru biskut julie's

Ha, nampak tak permainan dia kat situ? Maksudnya
si Julie ni dah perbaiki produk dia ke satu level yang baru selepas mengkaji perlakuan atau tabiat orang kita bila makan biskut. Salah seorang "orang kita" tu adalah aku.

Memang dah jadi tebiat aku, kalau makan biskut mesti nak pekena air panas sekali. Tak kira la air apa perasa pun, janji panas. Dan bila aku dah jumpa satu produk yang tak buatkan meja pantri aku bersepah serta memberikan potongan yang `clean' bak daging rusa dilibas tukang sembelih, rasa lebih bersemangat nak membiskut waktu petang.

Terima kasih Cik Julie yang cantik menawan. Indah di mata, lazat di celah gigi.

Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Sama la memang stress kalau serbuk biskut berterabur masa dipatahkan.nanti nk try biskut Julie gak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 10 kali membiskut, serpihan yang jatuh tu bila dikumpul dapat sekeping lagi biskut. rugi woo...

      Delete
  2. aku mampu beskut cap pingpong je. yg hup seng tu. beli setin zaman dulu murah sikit. lepastu kalau kepakkan pun mesti akan patah dua walaupun senget benget. apapun, bagus Julie mengambil pendekatan macamni. memudahkan urusan. well done, Julie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila biskut tu cantik je dipatahkan, rasa berseni pulak masa makan...

      Delete
  3. Hah.... macam tau-tau jer... IM tengah makan biskut cap ping pong celup dalam Ali teh tarik....

    feveret IM makan pagi.... macam Ha Md juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat teh o panas pun kira terbaik jugak...

      Delete
  4. mmg bijak! Bagus R&D dia ni..menyelesaikan masalah SM dan rama lagi..termasuk saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa pasti sama ada julie's ni yang pertama sekali buat, atau ada brand lain yang dah mulakan dulu...

      Delete
  5. Ok. Klu dah inprove, boleh aku beli pas ni sbb aku dah boikot biskut dr Mondelez (Jacob & Tiger)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak kisah pun apa2 brand, sebab rasa semua lebih kurang. tapi aku beli biskut ni sebab murah, kat kedai borong cuma rm2.90 je...

      Delete
  6. Aku prnh bhntu dgn produk julie. biskut coklat die...

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tu, terus je la. sedap apa julie's ni...

      Delete