Kunjungan Tuan Tidak Diperlukan

8
8:22 PM
...kembali ke kisah dalam negara setelah hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat Air Asia penerbangan QZ8501.

Beberapa hari ni, aku punya tuan Perdana Menteri boleh tahan teruk jugak kena tibai apabila rakyat kebanyakan kat sini tengah sibuk randuk air banjir separas dada, dia dan jugak beberapa menteri kitchen cabinet langsung tak nampak batang betis. Buat yang belum tau, tuan Perdana Menteri ni tengah bercuti kat seberang laut sambil-sambil layan golf barang seround dua dengan presiden negara yang dia lawati tu (tapi sekarang dah balik pun).

Sebenarnya, aku tak berapa kisah sangat kalau beliau tak melibatkan diri secara langsung dengan usaha menyelamat mangsa banjir kat pantai timur dan sebahagian lagi negeri utara semenanjung ni. Dan lagi elok jugak kalau beliau tak berada langsung di tempat bencana. Benda ni aku terfikir sejak dua hari lepas,
sebaik aku menonton siaran Buletin Utama...

Woi, aku tengok Buletin Utama tu masa bermalam kat rumah baru adik aku la. Dia buat kenduri doa selamat, sempena pindah rumah. Nak harap rumah aku sendiri tekan butang 103 kat remote Asstro, tak payah la. Hehehe...

...berkenaan bantuan untuk mangsa banjir oleh satu sayap parti politik utama negara. Kelakar, memang kelakar. Kalau tak kelakar, memang lawak gila. Kalau tak lawak, cepat-cepat la cari Panadol. Telan sepapan terus dengan satu nafas je.

Apa tak lawaknya, orang-orang yang bertudung merah dalam tv tu dok sibuk cerita pasal bantuan itu, bantuan ini, bla bla bla... Yang bercakapnya sorang, tapi yang jadi *back-up dancers dah berdozen-dozen. Naik rimas pulak aku tengok walau pun laporan berkaitan tu tak sampai pun lima minit.

Lepas tu, bila aku congak jumlah kampit beras dan jugak bekalan makanan lain, tak sampai pun separuh daripada jumlah orang-orang yang menyemak kat dalam tv tu. Korang sibuk berposing sebelah kampit beras tu buat, setan... Menyampah tau tak? Orangnya lagi ramai daripada barang bantuan...

Dan cuba la bayangkan kalau tuan Perdana Menteri aku ni yang berada kat situ. Mungkin akan turun la dua buah kontena pengikut-pengikut (bukannya bekalan makanan atau peralatan!) untuk menjadi *back-up dancers. Untuk itu, terpaksa la rakyat-rakyat yang terhimpit ni memberi laluan supaya para pengikut ni mendapat ruang yang cukup, di tengah-tengah kekalutan dan kesibukan dalam menangani bencana.

Aku rasa (rasa je, sebab aku tak pernah alami sendiri) bukannya senang nak menguruskan hal-hal berkaitan makanan, air bersih, pakaian, selimut, lampin budak dan ruang tidur untuk sejumlah orang yang padat memenuhi sebuah dewan. Lepas tu tiba-tiba terpaksa bagi tumpuan dan buat persediaan menerima kunjungan pemimpin besar yang datang semata-mata nak bercakap beberapa patah perkataan depan tv, menghulurkan sekampit beras pada orang bertuah sebagai simbolik agihan bantuan dan jugak mengiringi dia jalan-jalan keliling kampung. Kalau dia sanggup jalan kaki dengan air separas pinggang. Kalau tak, terpaksa sediakan bot lengkap dengan jaket keselamatan.

Korang ingat dia nak ke randuk air separas pinggang lepas tu nampak pulak taik manusia melintas depan mata? Kah kah kah...! Dah la terpaksa bersilat menepis `kayu balak hanyut' tu ke tepi, lepas tu kena pulak menahan kecut sebab spender basah. Hehehee...

Oleh itu, aku setuju sangat kalau tuan Perdana Menteri terus kekal berada di pejabat dia je. Dengan hanya menggerakkan mulut dan jari, tanpa perlu mengangkat punggung dari kerusi. Serta atas kedudukan dia sebagai pemimpin nombor satu, dia boleh mengarahkan sesiapa sahaja, melakukan apa sahaja demi memberikan bantuan. Asalkan bantuan tu tidak tersasar daripada diterima mangsa banjir atau tidak hanyut di pertengahan jalan.

Dan segala bantuan yang berkesan atau terlaksana hasil Perdana Menteri sebagai tuan yang empunya perancangan dan arahan, pasti akan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada rakyat-rakyat terhimpit yang serba memerlukan ni.

Ok la, dah nak masuk waktu ni. Aku nak blah dulu, ada temujanji main bowling dengan pak imam. Assalamu 'alaikum!

Nota Kaki Cagu : Aku tak setuju dia turut menyemak di lokasi bencana, tak bermakna aku suka kalau dia tak berada di negara ni ketika kita semua tengah berduka. Setakat main golf tu, anytime boleh cancel ma...

*back-up dancers - orang-orang yang menunjukkan muka setiap kali ada pemimpian atau orang-orang penting yang sedang bercakap/ditemuramah oleh wartawan tv. Paling jahanam, siap beratur lagi tu. Dah macam ahli kumpulan nasyid! Aku paling tak suka orang-orang macam ni. Pffttt....!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. saya pun kurang setuju dengan kes PM tidak segera pulang apabila banjir makin kritikal tetapi untuk Perihal bantuan untuk mangsa banjir di beberapa negeri yg terputus hubungan darat tu saya 'no komen'.... its always easier said than done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul tu. bak kata pepatah: berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

      Delete
    2. aku memang setuju dengan ape yang ko cube sampaikan. tak bagus la, even negeri tu di bawah parti lain, tapi...

      hurm, malas nak sambung.

      haha.

      Delete
    3. Aku tak kisah sangat pasal parti politik yang nak expose bantuan diorang tu. Cuma bab kaki bodek yang suka menyemak ni je buat aku rimas.

      Delete
  2. Hahaha.. ia seperti kisah rumah terbakar tapi si-bapa yang jadi ketua keluarga sedang bersantai di tepi pantai, tinggallah anak bini terkantoi-kantoi bertarung nyawa melawan api... lawak betoi....

    Saya salute dgn Sultan Kelantan yg datang senyap-senyap bantu mangsa banjir tanpa ramai orang mengenalinya. Begitu merendah diri, bawa kereta sendiri tanpa escort keliling pinggang macam encik PM kita, harungi banjir berkaki ayam, tolong warga tua dalam hujan lebat. Kalaulah ada menteri-menteri kita begitu, amanlah Malaysia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ssaya percaya ada lagi (walau pun tak ramai) menteri/pemimpin yang macam ni. cuma kurang didedahkan, low profile...

      Delete
  3. Kadang tengok Buletin Utama ni memang boleh buat keras perut aku tahan gelak. Kalau aku ni stand-up comedian, memang aku boleh gunakan Buletin Utama ni sebagai bahan untuk cari ilham melawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, boleh. Tapi lepas tu kau cuma dapat show kat kenduri kahwin atau fun fair je la sebab dah kena ban dengan media mainstream.

      Delete