Masalah Berkahwin Pada Usia Muda

10
4:37 PM
Berkahwin pada usia yang `terlalu muda' iaitu belasan tahun? Rilek la, jangan kecoh-kecoh. Apa ada hal, benda elok. Bukan berzina pun. Bukan berbogel atas pentas rancangan tv pun. Dan bukan curi duit anak yatim secara legal pun.

Pada aku, takde salahnya dengan apa yang mereka (pasangan pengantin muda dan keluarga) tu buat. Dan sepatutnya tak sepatutnya timbul sebarang pertikaian. Sebab kemampuan untuk memikul tanggungjawab tu tak tertakluk pada faktor usia semata-mata.

Bila dia dah berkahwin pada umur 15 tahun, dengan sendirinya dia akan belajar menjadi seorang lelaki. Bertindak sebagai seorang ketua keluarga, berusaha memenuhi keperluan orang lain (iaitu isteri) dan jugak menyediakan keselesaan hidup pada keluarga sendiri (isteri dan anak-anak). Yang si perempuan pun macam tu jugak. Dengan syarat perlu adanya peluang dan sokongan yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Tak kisah la dari segi sokongan moral atau material.

Apa masalahnya? Takde...

Cuma yang menjadi pembawa masalah ada orang-orang di sekeliling mereka. Itu sahaja.

Just give them a fucking chance...

Assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. orang kita ni kan banyak "pantang larang" kononnya.... kawen muda x boleh kawen lewat dikeji... serba x kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara biasa. Setiap sesuatu tindakan tu mesti ada yang bantah, ada yang setuju. Apa pun, sama2 la kita bagi peluang.

      Delete
  2. kalau keluarga mampu memberi sokongan kewangan dan nasihat mmg takkan ada masalah sehinggalah si oasangan mampu mencari punca pendapatan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, masalahnya belum nak melangkah dah kena tackle dari belakang. memang tersungkur la budak tu.

      kemon, support!

      Delete
  3. Memang ironi kan bro..
    Satu Malaysia nak sentap bila ada yg kahwin muda, tapi satu Malaysia tak sentap bila ramai budak2 belasan tahun ngandung luar nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada yang sentap dengan remaja mengandung luar nikah, tapi tak ramai. segilintir kita je. tapi bila kes remaja bernikah muda ni, dah macam buat salah besar pulak. aduyai, donia...

      Delete
  4. tulah, bernikah salah..tengok bebudak berzina sesuka hati tak rasa apa pulak.doakan yang terbaik dahla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang, berikanlah peluang. Bantu, berilah bantuan... Bukan menghentam.

      Delete
  5. walaikumsalam...

    dulu nenek kite pun kawen umur 16 tahun. tak reti membaca lagi.

    anak die semua sekolah je sampai universiti.

    bagi aku ape yang penting ialah didikan untuk jadi manusia yang bertanggungjawab.

    kawen tua pun, taknak tggjawab pun same je.

    kbai. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, pokoknya kesediaan kita nak pikul tanggungjawab. Zaman sekarang umur tu mungkin faktor kecik je...

      Delete