Siapa Turun?

6
7:12 PM
"Hari Sabtu ni siapa turun Bukit Jalil?" Soalan diajukan dalam bentuk teks kepada ahli-ahli kumpulan.

Sejam berlalu, senyap...

Masuk jam yang kedua, masih lagi senyap... Tiada balasan daripada ahli-ahli yang lain. Bila disemak pada info, lebih separuh daripada ahli yang berjumlah 34 nombor (orang) dalam Whatsapp dah pun baca soalan aku awalnya tadi.

Celaka apa, takde sambutan pun soalan aku. Selalunya time macam gini, meriah dengan mesej yang masuk. Macam langau menghurung taik, berebut-rebut.

Bila hampir tamat jam yang ketiga, barulah ada jawapan `kelakar' daripada
Gemuk... "Gua turun, tapi duduk belakang gol."

Memang kecewa jugak aku dengan semangat patriotik diorang ni, cuma terkinja-kinja bila ada anak harimau yang baru lahir dari selatan beraksi di final je. Tapi bila yang beraksi di final tu bapak harimau yang diancam kepupusan spesisnya, jenis rare, masing-masing macam tak nak peduli.

Cis, hampeh betul la....

Gambar hiasan, final Piala Malaysia 2014. JDT lawan Pahang. Kononnya malam tu ada gajah terberak tengok harimau mengaum.


*Semua ahli kumpulan ini dari selatan tanah air.
*Kurang sejam lagi, aksi kedua final Piala AFF antara Malaysia dengan Thailand. All the best...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. macam biasa..tgk kat tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam biasa, final tunggu orang belanja. hehehe...

      Delete
  2. tak turun lah tu endingnya?samalah kita..kawan tak minat nak sesak-sesak agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kalau ada orang belanja, minat je.

      Delete
  3. tak tengok pun sebab dah ramal Malaysia kalah.

    menjahit manik saje...

    haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah menang belakang kira. Tiket harga rm50, memang harap kawan2 payung je...

      Delete