Engkau dan Kamu

10
1:44 AM
Seupayanya aku telah cuba
memenangkan engkau dalam hati aku
dan meletakkan kamu di dalam bingkai kristal yang paling cantik.

Setelah hilang lelah
akan aku cuba pula membangkitkan engkau
di bahu kanan aku
sementara aku tetap akan menatang kamu di bahu kiri aku.

Begitulah beratnya imbangan yang cuba aku gagahi
kerana seringkali juga tubuh aku hampir-hampir terjelupuk
di atas kaki sendiri.

Semua ini oleh kerana engkau dan kamu berdua...

10 nasihat berguna:

Maxis Merdu

16
5:08 PM
"Selain daripada itu, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu encik?" Soalan dari hujung talian sana kedengaran sangat merdu. Sehinggakan bunyi kenderaan yang lalu-lalang beberapa meter dari tempat aku duduk gagal mengganggu perhatian aku. Arghh, pagi yang awalnya agak `panas' kini kembali dingin. Mungkin juga roti banjir berkuahkan kari, di bawah bumbung warung tepi jalan ni sangat sesuai dengan suara yang menjentik gegendang telinga aku ketika tu.

"Ok, tak ada apa lagi. Cuma saya nak tanya satu perkara." Jawab aku ringkas. Walau pun suara aku tidak la semacho dj radio lewat 80-an, tapi tetap jugak berbunyi seperti lelaki sejati. Tiada sengau pondan. Aku pasti.

Dan kemudiannya, aku menyambung semula bicara. "Lagu yang saya dengar masa tengah on hold tadi tak best langsung la, Entah apa-apa. Kalau saya tengah marah, boleh tambah baran tau. Lain kali, cari lagu yang sedap-sedap sikit eh..." Jawapan aku itu seterusnya disusuli dengan ketawa kecil. Berlarutan hingga beberapa saat.

Oh, tuhan. Aku boleh hidup sepanjang hari cuma dengan mendengar suara ni sahaja. Nampaknya strategi Maxis dengan meletakkan operator yang bersuara merdu jelas dah berjaya. Berjaya mencairkan hati aku yang sebelumnya agak suam. Hahahahaa...!!!

Nursery Rhyme of Innocence and Experience, Natalie Merchant

~Aku tengah kemaruk dengar lagu-lagu Natalie Merchant sekarang. Lirik-liriknya puitis tapi mudah difahami. Bunyi gesekan cello, petikan gitar dan kadang-kala ketukan mata piano pulak memang sama sedapnya macam minum kopi o tengah-tengah malam!

16 nasihat berguna:

Ghost, Grave and Shit

8
3:57 PM
Andainya aku ini adalah hantu yang seringkali membayangi langkahmu, engkau pula adalah nyawa yang sepatutnya membaluti jasad sejuk aku ini.
Andainya aku ini adalah kuburan ngeri yang bakal engkau lewati sebelum tibanya dinihari, engkau pula adalah titipan doa-doa yang selalunya datang tiap kali aku hampir tersesat.
Kemudiannya, izinkan sahaja aku menjadi ciciran najis-najis yang engkau ingin jauhi, sementara engkau kekal menjadi rembesan haruman syurga yang selama ini meresap ke dalam aroma hanyir aku ini...
Ohya, tangan aku kini telah kudung untuk engkau pimpin aku pergi!
Jadi, eloklah engkau pergi sendirian kerana ada banyak lagi najis-najis wangi yang bakal menjadi peneman di sana.

Ayat-ayat yang asal...

If I am your ghost, you are probably my live.
If I am your grave, you are probably my pray.
So just let me be your shit, and you are still my heaven.

Hari ini adalah hari Rabu yang santai...
Tears In Heaven, Eric Clapton

8 nasihat berguna:

Hidup campak dalam hutan

14
8:15 AM

Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan.
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan...

Betul? Ya. Kalau tanya aku, mesti aku jawab betul. Tapi bergantung pada keadaan. Keadaan tu aku maksudkan pada keadaan `kelelakian' orang yang dicampak dalam hutan.

Kalau lelaki ni spesis Bobo rasanya susah sikit nak cerita. Mungkin tempoh paling lama pun dia dapat bertahan cuma 48 jam je. Tu pun dengan bantuan khemah, sebuku roti Gardenia, dua tin tuna bersos tomato ketchup dan beberapa peralatan perkhemahan yang lain.

Woi woi, jangan kutuk lelaki lembut la abang Botak! Heheheee, masa dengar bait lirik lagu ni, tiba-tiba aku teringat kat seseorang...

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Aku dah beli sajak-sajak kau semalam...

16
12:19 AM
Cinta Kawan
Masih tetap mahu di sini,
memasak kaki, menyembah bumi,
masih gagah bersama di sini,
memancang kudrat, mengharung duniawi,
kawan itu ada ramai, sayang,
kamu ambillah dan lambung-lambungkan,
dan andai dilempar ke langit seberang,
aku pungutkan dan aku timang-timangkan.
Kawan sampai mati,
ini satu janji.
Selasa, 22 April 2008

Barisan panjang yang menjalar melintasi segmen yang menempatkan karya-karya cinta kontemporari (aku sendiri tak faham maksud frasa ni) dan juga susunan majalah Solusi sehingga tamat betul-betul di hadapan pentas persembahan, membuatkan aku sedikit kaget. Masing-masing tersangkut beg tercetak logo MPH pada bahu mereka. Ada yang hingga menyengetkan badan dek kerana beban yang terkandung di dalam beg, ada yang gagah menjinjing dengan kedua-dua belah tangan, dan ada jugak yang sekadar mengepit beberapa buah buku ke dada.

Aku? Ah, tiba-tiba pulak aku teringat yang aku belum menyauk apa-apa bahan pun. Hampir tiga suku dewan aku dah jelajah, tapi had perbelanjaan yang aku letak cuma RM50 untuk diri sendiri tu buatkan aku menjadi lebih cerewet dalam memilih. Bukan takde, ada banyak. Bukan beratus, tapi mungkin jugak jumlahnya mencecah angka ribu. Masalah jugak ni, dah dekat dua jam tapi takde apa-apa hasil. Tiba-tiba...

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Thagaraaru

8
5:47 PM
(gambar rembat dari Google)

Mungkin filem ni dah habis ditayangkan, tapi dalam kesibukan mengejar kekayaan duniawi baru-baru ni sempat jugak aku layan filem ni sebanyak dua kali.

Dulu, aku ingatkan warning minuman keras dan rokok macam yang pernah aku ceritakan kat sini keluar bila watak filem ni teguk minuman keras atau tengah mengepam rokok. Rupa-rupanya, tidak...

Ada sekali tu, dalam shot tak sampai 10 saat keluar amaran yang sama. Tapi dalam babak tu takde pulak aktiviti-aktiviti haram tu. Cuma yang ditunjukkan, pelakon utama ni berbaring atas kerusi panjang, kepala berbantalkan lengan, muka mendongak ke langit. Tak puas hati, aku perhatikan lagi sekali bila aku tonton filem ni untuk kali kedua...

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Dia yang maha memiliki

8
4:14 PM
...sedang mendengar lagu dari Youtube, God Speed Your Love yang diterbitkan tahun berapa aku tak ingat, tapi album (kompilasi) yang ada lagu ni pernah aku miliki lebih kurang 10 tahun dulu. Bersekali dengan lagu Sama Antara Sesama (brader Meor). Tiba-tiba, Stan yang stesen kerjanya terletak di hadapan aku menjulurkan kepalanya melepasi ketinggian partition. Dengan wajah bersahaja dan separa tersengih, aku dapat melihatnya mulutnya terkumat-kamit seolah sedang membacakan ayat-ayat suci.

Ah, tak mungkin dia sedang mendoakan kesejahteraan aku tanpa diminta. Kecuali la kalau dia berhajatkan sebatang rokok daripada aku.

"Apa dia?" tanya aku setelah menanggalkan sebelah earphone yang melekap di cuping telinga kiri.

"Siapa yang jaga projek kat Kuala Terengganu, minggu depan ada inspection la..." jawapan dan soalan yang diadun di dalam satu ayat. Hanya terpisah dengan satu koma, mungkin. Yela, mungkin. Takkan la dalam perbualan kita nak sebut sekali koma tu kan? Selalunya secara oralnya tanda koma ni dipisahkan dengan sela masa yang sebentar, tidak terlalu lama atau mempunyai nada yang berbeza. Tau? Tak tau, takpe.

Mendengarkan kata-kata Stan yang memerlukan jawapan segera itu, aku lantas menanggalkan sebelah lagi earphone dan bangun. Tegak mengadap wajahnya sambil jari telunjuk mengarah ke atas. Perlahan-lahan aku memejamkan mata dan mendongak. Dahi aku semakin berkerut, mungkin kerana sedang memerahkan jawapan yang muktamad juga sedangkan apa yang ada dalam kepala aku ketika itu hanyalah sesuatu yang tidak pasti. Tiada kepastian.

Beberapa saat berlalu, aku pun menjawab...

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Lesen PB

19
7:57 AM

Cilakak, mentang-mentang aku tengah sibuk sekarang. Boleh pulak dia bakar line, sengaja bikin panas! Hari kerja pulak tu... Takpe bai, hari pembalasan tetap akan tiba...

-Gila punya sibuk, cari kekayaan dunia...

19 nasihat berguna:

Ulat Gonggok Kepala Berasap (entri banyak gambar berturut)

14
2:38 PM
SUV yang kami berempat naiki membelok ke kiri, keluar dari jalan utama Kota Kinabalu - Papar. Beberapa depa di hadapan, melintang sebatang jaluran landasan yang dipisahkan oleh palang yang aku kira telah beberapa minit lalu diturunkan. Brek tangan ditarik, dan pemandu kami menghembus nafas dalam lantas melepaskan genggaman tangan kanannya dari steering wheel.

"Kenapa, kita memang kena lalu jalan ni ke?" Tanya Bani yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

"Bukan lalu sini, tapi kita kena pick-up Encik Naz dulu kat rumah mak mertua dia. Tapi sebelum tunggu, kita tengok dulu apa yang akan datang. Kejap lagi sampai la tu." Jawab Reza, lelaki awal 30-an yang berasal dari Muar.

Kali pertama kenal 5 tahun dulu susuk badannya langsung tak ubah seperti pemain badminton. Tapi sekarang, dengan aksesori tambahan di bahagian perut, dada, lengan dan peha membuatkan dia kelihatan agak chubby. Dan sekali-sekala aku memanggil dia bohsia, lebih-lebih lagi bila dia keluar dengan hanya berseluar pendek!

"Hah, tu dia. Dah datang dah. Cepat ambik gambar. Bukan selalu korang dapat tengok benda ni!"
Continue reading →

14 nasihat berguna:

21 nasihat berguna:

8 nasihat berguna:

You, Not A Random Pictures Of You...

16
12:13 PM
Sebenarnya aku dah lama tau macamana cara `you' beranak, sebab dulu aku pernah tengok satu dokumentari kat saluran televisyen berbayar. Cuma bezanya dalam dokumentari tu `you' melahirkan anak dalam air, tapi kali ni aku tengok depan mata macamana dengan sadisnya anak `you' dikeluarkan bukan dengan kaedah semulajadi. Atau yang kita semua biasa dengar sebagai caesarean...

Dan apa yang lebih memeritkan, semua empat anak-anak `you' itu diberanakkan di atas meja sembelihan...! Oh, mujur aku sempat merakamkan beberapa keping gambar buat tatapan dunia demi menunjukkan betapa kami semua tidak kisah berlaku kejam semata-mata memenuhi naluri pemangsa yang tersembunyi...
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Menghalau Penceroboh

16
11:23 AM
Nak halau penceroboh yang macamana tu? Kalau penceroboh `berkepala hitam' tu ada la beberapa cara. Terpulang la nak guna cara keras macam bagi terajang barang sedas dua kat perut dia, atau buat persediaan awal dengan pasang pendinding kat rumah. Pendinding ni berkesan (insya-Allah) jugak untuk yang boleh dilihat dengan mata kasar atau mata halus.

Kalau aku, aku guna yang simple iaitu garam kasar dengan bacaan ayat kursi. Macamana kaedahnya tu, nanti-nanti la aku sembangkan. Aku ada banyak kerja ni, tak sempat nak perincikan satu-persatu. Lagi pun, korang semua mesti dah tau. Alhamdulillah, setakat ni berkesan dan hati pun tenang sikit bila tidur malam.

Ohye, aku sebenarnya nak bagitau kaedah nak menghalang penceroboh yang lagi satu jenis ni. Jenis yang kalau dah berdengung kat sebelah telinga, boleh baran sampai ke pagi. Ada orang bagitau, kalau guna kaedah macam ni dapat elakkan atau kurangkan gerombolan yang menyelinap masuk rumah. Tengok gambar kat bawah ni...
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Selimut Kapas di Kinabalu

17
11:43 AM
Sebelum ni, aku cuma pernah sekali je melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Jarak dekat yang aku maksudkan bukanlah dapat ditekap dengan tapak tangan, dipijak dengan tapak kasut atau menghirup udara nipis secara langsung kat atas sana. Tapi sekadaar bergambar dari sebatang jalan dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu dengan berlatarbelakangkan puncaknya.

Sebab masa tu (dua tahun lepas kot) aku di dalam percutian keluarga. Mana mungkin aku nak bawak diorang panjat gunung semua tu. Dapat jalan-jalan kat kaki gunung lepas tu habiskan duit dengan beli cendera mata kat situ pun kira ok la tu. Boleh la lepaskan gian. Sebelum tu, cuma tengok gambar atau dengar orang lain cerita je.

Tapi minggu lepas, sedang aku dalam perjalanan ke Sandakan selepas beberapa minit melewati Labuan (aku nampak pulau tu dari tingkap kapal terbang), aku betul-betul terpesona. Terasa sangat-sangat dekat. Dan secara jujurnya, walau pun dah beberapa kali aku berkunjung ke Sandakan atas urusan kerja, ini adalah kali pertama aku dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas macam ni.

Sebab dalam perjalanan sebelumnya, aku lebih suka duduk di seat bahagian dalam, supaya mudah nak tengok awek pramugari yang lalu-lalang macam watak animasi Sailormoon tu.

Yang tambah cantiknya, puncak gunung tu kelihatan seperti muncul dari hamparan selimut kapar yang seluas mata memandang. Kalau tak percaya, sila layan gambar-gambar kat bawah ni.

Continue reading →

17 nasihat berguna: