Sebelum...

21
6:30 PM
(1)

Lebih kurang sejam selepas tengah malam, aku terjaga disebabkan cuaca yang agak panas. Peluh pada badan aku membuatkan aku rasa tak selesa, tambahan pulak kipas siling yang hampir berusia 5 tahun dah gagal menjalankan tugasnya. Gila babun punya slow. Berpusing macam arpon menari pakai terompah.

Aku capai telefon bijak di atas meja kopi, menghidupkan fungsi wifi lalu terus menyemak semua pesanan dan notifikasi yang menderu masuk. Sengaja aku matikan sambungan internet, malas nak melayan group yang tengah rancak berborak sejak sebelum masuk waktu maghrib lagi.

Skrol punya skrol garis masa kat Facebook, tanpa sengaja aku terbaca kemaskini daripada satu portal berita.

"...MH192 that departed from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 10.09pm bound to Bangalore has made an air turn back towards Kuala Lumpur."

Alamak, apahal pulak ni... Dah la esok aku nak berangkat.

Continue reading →

21 nasihat berguna:

AK5104

14
6:01 PM

"Berikutan keadaan yang berawan, diminta kepada para penumpang supaya dapat kembali ke tempat duduk dan memakai tali pinggang anda. Penggunaan tandas pada ketika ini adalah di atas risiko sendiri..."

Demmit...! Time aku tengah memerut la dia nak bergoncang. Kapten ni pun cari la laluan lain, biar tenang sikit aku punya urusan.

-tengahari tadi punya cerita

14 nasihat berguna:

Menjadi Ketua Yang Disayangi

11
4:11 PM
Dulu... Tak berapa sedikit masa dulu aku pernah jugak berpeluang menjadi ketua. Ketua kepada dua orang pekerja site yang jauh lebih muda daripada aku. Bermula jam 6:30 pagi sampai la petang, mereka la yang akan menjadi peneman aku ketika meredah hutan paya, semak belukar atau meranduk air separas pinggang. Kalau bernasib lebih baik, mungkin kami tak perlu merintis terlalu banyak sangat dalam perjalanan ke stesen terakhir, cuma menumpanh denai yang menjadi laluan `kereta kebal' atau `orang kuat'.

Nak dikatakan aku ni ketua yang baik dan lemah lembut tu, takde la sangat. Setiap hari, budak dua orang tu memang dah biasa makan aku punya maki, marah atau kena tengking. Dah macam makanan ruji pulak.

Tapi kalau nak dikatakan aku ni terlalu garang pun, tak betul jugak. Setiap pagi sarapan diorang aku jugak yang payung. Perbelanjaan duit makan sepanjang hari tu aku cuma potong separuh je daripada elaun makan yang diorang dapat. Kira yang separuh lagi tu aku belanja la.

Oh ya, mungkin sebab...

Continue reading →

11 nasihat berguna:

Nilai

20
11:10 AM
Assalamu 'alaikum...

Bagus kau Botak, jarang mulakan entri dengan bagi salam. Tebiat kot. Hehehee... Sebenarnya aku nak temberang sikit pasal NILAI hari ni. Bukan Nilai nama tempat tu, sebaliknya berkenaan perbezaan nilai yang kita berikan kepada satu-satu barang yang sama. Cuma yang membuatkan nilainya berbeza adalah...

*****

Dua (atau tiga, aku tak ingat) minggu lepas, aku ada berkata kepada Stan lebih kurang macam ni.

"Benda ni aku memang takkan keluarkan dari kad. Sebab benda susah dapat, dah kira rare. Dapat pulak harga yang agak murah cuma RM12.50 sen je. Tu pun sebab aku ada angkat sekali dengan sebiji S2000. Kalau tengok harga market orang letak mencecah RM20 sebiji." Ketika aku menayangkan dua biji kereta kecil yang dibeli hari sebelumnya. Bangga sangat tu takde la, tapi perasaan riak tu mungkin ada sedikit. Yela, benda susah dapat, ramai orang nak. Dan sepanjang ingatan aku, baru la sekali aku jumpa. Tu yang terus sambar tu. Kebetulan, Stan pun baru jumpa sebiji Datsun pick-up dalam kad dengan harga lebih dua kali ganda berbanding aku punya, walau pun aku punya pick-up tu aku dapat yang loose. Bukan dalam kad.

"Tapi..." Aku menyambung lagi.

Continue reading →

20 nasihat berguna:

Vespaku Lari Gagah Berani...!

21
1:17 PM
mini karnival vespa lambretta tampin kereta motosikal klasik 2014

Sesiapa tak minat barang lama (a.k.a. klasik), dia memang budak tadika... Hahahahaa...!

Saje je nak tolong promosikan untuk kawan-kawan ni. Kalau minat, datang. Yang tak minat tapi menggatal jugak nak datang, silakan. Mak aku tak marah.

Tapi jangan lupa siap-siap solat subuh kat rumah!

Sekian, assalamu 'alaikum...

21 nasihat berguna:

Jari II

13
4:12 PM
Lebih kurang jam 2:15 petang. Macam biasa, seperti yang aku dapat jangka. Pasti akan ada muka-muka sama melepak kat ruang pantri yang menempatkan tiga buah meja panjang siap dengan kerusi. Beberapa lelaki sejati yang menjadi ahli tetap berlumba-lumba menghembuskan nafas berapi ke udara. Berkepul-kepul, bergulung-gulung memenuhi segenap inci ruang atmosfera setempat.

Aku yang duduk di antara mereka, cuma memerhati dengan mata yang semakin pedih.

"Jang, kau tengok jari aku ni. Betul ke sesuai nak jadi pemain gitar?" Soalan ringkas itu aku tujukan kepada salah seorang mereka. Duduk di sebelah kiri aku. Dengan kepala botak kurniaan Tuhan, tubuh kurus kering dan tinggi kurang setengah jengkal daripada aku, matanya segera dialihkan ke kedua-dua belah tangan aku.

"Tak kisah sebenarnya, yang penting bakat. Tapi aku tengok jari kau ni sesuai buat satu benda je." Jawab dia perlahan.

Continue reading →

13 nasihat berguna:

Jari

20
11:41 PM

Pernah suatu ketika dulu, housemate aku bagitau yang jari-jari aku ni sesuai untuk menjadi pemain gitar. Benar atau tidak, tak terlintas pulak masa tu nak tanya lebih lanjut. Tentang ciri-ciri fizikal jari aku yang membuatkannya sesuai untuk menjadi sehebat Kirk Hammet, atau sekurang-kurangnya boleh bermain sebaik brader surau hampir nak runtuh tempoh hari.

Ah, rasanya tak salah kalau aku cuba belajar semula sekarang. Never get too old, bro! Rick, you're my inspiration.

Tapi kalau dia mula mendapat semangat belajar main gitar lepas dapat peluang menyanyi sepentas dengan vokalis The Who, aku pulak nak kena tunggu berduet dengan siapa? Takkan dengan Agnes Monica kot. Heheheee...

~Beberapa minit memejamkan mata, menghayati masa bersendirian sambil mendengar muzik dari radio kecil ni betul-betul mengimbau kenangan zaman muda dulu...

~Minggu pertama bulan April yang amat sibuk...

20 nasihat berguna:

Cacat Otak

18
6:59 PM
"Ha, kat situ ada kosong. Masuk la..." Kata dia sambil menuding jari ke arah sebuah kereta yang sedang mengundur keluar dari petak parking. Sebelah lagi petak masih lagi terisi. Aku sedikit mendengus.

"Hush, mana boleh parking situ...! Tak nampak ke signage OKU tu."

"Ala, kereta tu boleh je." Jawabnya selamba.

"Memang la boleh, sebab dia pun orang cacat jugak. Tak nampak ke?" Tanya aku lagi...

"Cacat apa, tak nampak pun stiker OKU kat kereta dia." Pertanyaan aku dibalas dengan satu lagi pertanyaan.

"Cacat otak kot..."

Lokasi, berhampiran Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru.
Continue reading →

18 nasihat berguna:

Zurin : Last Seen At...

12
4:36 PM
Saat ini telah genap dua minggu tiada sebarang nada deringan, beep halus atau getaran ringkas yang sepatutnya disebabkan oleh dia. Entah kenapa, mungkin cuma dia yang tahu sebab-sebabnya. Dan selama itu juga  telefon pintar aku seakan menunjukkan nada-nada kebosanan. Semua deringan yang berirama mempunyai nada yang sama, menandakan semua panggilan atau pesanan teks itu datangnya dari group yang sama. `Work'  atau `family'. Tiada sekali pun gelombang telekomunikasi itu berpunca daripada dia.

Di dalam kehairanan itu, sesekali kepala botak aku dikunjungi dengan idea-idea kebuntuan. Buntu dan keliru memikirkan apakah sebenarnya yang membuatkan dia enggan membalas pesanan teks yang aku kirimkan selama ini. Bukan sekali, bukan dua kali. Malah hampir setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Sehingga akhirnya menjadi rutin yang automatik akan aku lakukan pada waktu-waktu tertentu.

`Salam, si wangi. Apa cerita pagi ni?' pada pagi ini mungkin akan aku gubah sedikit pada keesokan harinya menjadi `Assalamu alaikum penghuni peti besi di hati, ada tak apa-apa yang istimewa nak kita kongsi petang ni?'.  Namun semua usaha itu nampaknya gagal juga menjentik hati dia untuk membalas.

Continue reading →

12 nasihat berguna: