Lencana Butang

14
3:48 AM
button badge family day hari keluarga

Because we have set the first foot prints ever on where you sleep tonight.

Tak pasti dari mana benda ni dapat nama. Lencana tu aku boleh faham, tapi mana butangnya? Apa pun, rasa macam tak sabar pulak nak sembang sampai mabuk dengan geng-geng lama. Ada yang dah dekat 10 tahun tak jumpa!

Untuk pengetahuan, kelas aku dulu semuanya lelaki. Kalau ada perempuan, boleh la jugak aku bandingkan dengan lelaki ni. Sebab ramai geng lama yang lelaki tu kekal macho dan tegap walau pun dah kahwin. Hahahaa...!

~Maaf, ada info pada button badge ni yang tak perlu aku dedahkan.
~Bangga sebab ada orang puji hasil kerja aku ni. Heheheee...

14 nasihat berguna:

Menjadi Ketua Yang Disayangi II

14
10:52 AM
Ini adalah cerita lama, ketika perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan Malaysia menentang pasukan dari Jepun tempoh hari. Tapi apa yang aku nak ulang kat sini masih lagi boleh dianggap relevan sampai bila-bila iaitu salah satu cara untuk menjadi ketua (pemimpin) yang disayangi. Tak lain dan tak bukan adalah, `be a part of them'.

Sebenarnya jarang sekali aku nak memuji para pemimpin ni. Lebih-lebih lagi kalau mereka ni dari kalangan menteri. Salah satu pemimpin parti politik yang aku pernah puji dulu adalah Lim Guan Eng semasa beliau berdebat dengan Chua Soi Lek. Itu dulu, sebelum pilihanraya. Sekarang, aku nak puji pulak orang muda ni yang diberi tanggungjawab untuk menjaga orang muda kat Malaysia ni. Memang sesuai la kan.

Kalau dulu, tugas tu diberikan pada orang tua yang kepala dia langsung tak boleh masuk dengan orang muda. Muka toya, badan lembik. Otak pulak lembab. Apa barang kalau setakat berjoget atas pentas je yang dia reti.

Cuba bagi bola rotan sebiji, suruh dia timbang sepuluh kali. Mau masuk ICU sebab kena heart attack...!

Apa yang aku nak puji pasal si Khairy ni adalah

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Pulau Redang, Setahun Yang Lalu

19
3:45 PM
Sebenarnya ini adalah entri  tertangguh. Lama tak lama tu, ada la jugak dalam setahun aku perap dalam peti sejuk. Cuma silap aku tak perap dalam rempah je. Kalau tak, dah boleh buat barbeku hujung minggu karang.

Hari kami bertolak adalah pagi sehari selepas pilihanraya umum yang lepas. Sebab tu la aku agak tergesa-gesa balik dari Johor  tempoh hari. Lepas kerja-kerja memangkah, packing barang, terus gerak! Aku malas nak tersekat dalam traffic jam. Mujur, proses pilihanraya berjalan seperti yang aku `jangka'. Risau jugak kalau pagi hari aku bertolak tu, tiba-tiba airport shut down pulak. Hehehee...

Apa pun, pertama sekali aku nak mengiakan pendapat yang mengatakan bahawa keseronokan bercuti atau melancong tu lebih banyak dirasai ketika perjalanan. Bukan pada tempat yang kita nak tuju tu. Buktinya, untuk sampai ke Pulau Redang ni kami merasai ketiga-tiga jenis pengangkutan yang ada.

Dari rumah ke KL Sentral, macam biasa la. Aku ada driver tak bertauliah iaitu Arab yang sanggup bangun awal pagi walau pun dia ni jenis liat nak bangkit. Tapi dengan syarat dia boleh pakai kereta aku sepanjang aku tak ada. Lantak la, janji jaga elok-elok. Jangan pakai untuk buat jenayah.

Ok, mula dari sini aku kena tunjukkan gambar sambil cerita sikit-sikit. Sebab pada aku gambar-gambar tu lebih menarik berbanding kalau aku cuma bercerita je. Karang bosan pulak. Aku nak taip banyak-banyak idea dah kurang.
Continue reading →

19 nasihat berguna:

Wanita Mistik dan Selipar

14
12:29 AM
Kisahnya macam ni.

Macam yang aku bagitau sebelum ni, aku pernah tolong (jadi pencacai sebenarnya) kawan aku berniaga kat pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pasar malam yang dah jadi legend kat KL ni.

Berniaga tak la sehebat mana, takde la untung sampai berpuluh ribu sebulan. Tapi kalau kena air pasang dalam, sehari tu cecah la jugak untung sampai seribu lebih. Yang mana itu adalah rekod kutipan terbaik kami pernah buat.

Gila kau. Jual selipar je tapi untung cecah seribu. Macam tak percaya memandangkan kami berkongsi tapak bersaiz 8'x8' dengan sorang lagi peniaga stiker dan permainan. Yang mana dia adalah peniaga otai kat situ. Siapa tak kenal dia, memang mintak kena bantai dengan payung.

pasar malam jalan tuanku abdul rahman TAR peniaga jual selipar jalan raja muda musa kampung baru
Tak sangka pulak aku ada lagi simpan gambar ni.
Masa 6:28 petang, tarikh 21 April 2012.

Ada satu minggu tu, kawan aku ni mengadu...

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Berfikir Di Luar Cawan

28
8:30 AM
Sekolah menengah, kalau tak silap Form 3 kot sebab masa tu aku masih lagi belum kelihatan kacak jika dipandang dari jauh. Lokasinya di dalam makmal sains, kami semua siap meletakkan ketulan-ketulan ais ke dalam bikar kaca di hadapan kami. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang pelajar.

Macam biasa, aku selaku pelajar pasif di dalam kelas cuma memerhatikan dari tepi tanpa terlibat dalam apa-apa kerja. Bermula daripada kerja-kerja mengambil ketulan-ketulan ais dari meja cikgu sehinggalah kepada berebut meletakkan ketulan-ketulan ais itu ke dalam bikar kaca berisi air suling. Aku lebih gemar memerhati sahaja gelagat masing-masing yang jelas kelihatan kurang matang. Sebijik macam perangai budak umur 15 tahun!

Ohya, masa tu aku agak pelik jugak kenapa cikgu asyik suruh gunakan air suling je dalam setiap ujikaji makmal. Air paip kan ada, membazir betul la.

Selang beberapa minit,

Continue reading →

28 nasihat berguna:

Kecil Tapi Besar

10
5:50 PM
facebook page penduduk kulai gambar kucing terbiar


Berikanlah sedikit penghargaan untuk lelaki ini.
Usaha yang nampak kecil tapi sebenarnya begitu besar pada aku...

10 nasihat berguna:

Kita yang mengubah dan berubah rupa

14
12:51 AM
Sama ada mereka ini adalah pencuri yang mencuri kerana ingin mencari kekayaan atau sekadar untuk melepaskan rasa lapar yang menjerut hingga ke pangkal leher, atau pembunuh yang mencabut nyawa insan lain hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu amarah atau tanpa sengaja semata-mata mahu mempertahankan diri dan hak orang lain. Sama ada mereka ini terdiri dari kumpulan yang mementingkan diri atau pun segelintir yang mendambakan segalanya untuk membantu insan lain. Mereka semua ini hanya berasal daripada seorang...
Continue reading →

14 nasihat berguna:

Di Bawah Jambatan

2
10:28 PM
utusan malaysia keluarga gelandangan di pasar seni
Sumber gambar dan artikel dari sini.

Sebenarnya, jarang sekali aku baca artikel di akhbar yang terkenal dengan laporan yang serba meragukan ni. Tentu sekali atas dasar menyampah dengan isu politik yang jelas tidak pernah sekali pun aku rasa berpuas hati terhadap laporan mereka ni, tapi hari ini satu laporan tentang keluarga gelandangan betul-betul membuatkan aku hiba. Sedikit sebak, sedih dan agak pilu bila membayangkan ada tubuh-tubuh kecil yang saban malam lena bertilamkan lantai konkrit, berbantalkan lengan kurus dan berselimutkan dingin cuaca dinihari. Sambil sesekali mungkin ada serangga halus datang berkunjung di sisi mereka.

Continue reading →

2 nasihat berguna:

Sayang rasa abang ni hensem tak?

12
10:24 AM
Soalan yang dah lama aku nak tanya dia, tapi tak tau bila masa yang sesuai.

Persoalan pasal hensem atau tidak, cantik atau hodoh ni dah lama bermain dalam kepala kita sejak dulu lagi. Mungkin ada antara kita yang tidak kisah jika Tuhan pasangkan kita dengan mereka yang berwajah kurang menarik, tidak menawan dan tak pandai bergaya. Dah la pergi dating pun pakai selipar jepang je, dengan rambut tak bersikat (bukan sebab botak tapi sebab jenis pemalas) dan ketiak tak bubuh deodoran.

Dan bagi yang mengambil berat akan penampilan menarik, wajah menawan tu, aku tak boleh nak kata apa sebab semuanya datang dari mata. Bukan hati. Sampaikan wujudnya ungkapan `dari mata turun ke hati'. Kalau cantik atau kacak orang tu, maka akan mudah la terjatuh cinta bagi yang melihat. Kalau serupa alien terencat, maka akan ada kebarangkalian untuk mendatangkan rasa menyampah dalam hati. Jadi, kat sini aku nak bagi tabik Lin Dan pada sesiapa yang cintakan pasangan dia berdasarkan `dari hati naik ke mata'.

Contoh paling dekat yang aku selalu nampak adalah...

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Malam di Kota Bharu (entri panjang)

16
12:33 AM
Berada di dua buah ibu negeri dalam satu hari telah mendatangkan satu idea bernas kepada aku. Idea untuk satu projek yang aku tak pasti sama ada dapat ditunaikan atau pun tidak, bergantung sepenuhnya kepada beberapa faktor. Iaitu komitmen masa, kekangan kerja, ukuran kewangan semasa dan jugak semestinya kesihatan. Yela, kalau satu masa Tuhan tak izinkan dengan buatkan aku kena chicken pox (contoh je), nak buat apa pun tak boleh.

Tapi sebelum aku bagitau apa projek tu, layan sekejap gambar yang aku snap masa kat Kota Bharu hari tu...

sultan ismail petra arch kota bharu
Memang dah lama gila aku nak snap gambar kat sini,
serupa orang pregnant mengidam jeruk Pak Ali...!
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Itik Sebelah Masjid

15
9:59 PM
Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lipis yang memakan masa lebih kurang 3 jam nampaknya tidak meletihkan. Jauh tersasarkan daripada jangkaan aku. Apa yang aku sangkakan sebelumnya, laluan yang aku ambil tu bakal menemukan aku dengan sekawan `orang kuat' yang angkuh mengacukan belalai ke udara sambil melenggang kangkung menyeberangi jalan, sergahan `pak belang' ke arah cermin tingkap kereta atau paling kurang pun jelingan manja `tali pinggang' bercorak batik yang sedang berehat di selekoh jalan.

Tak ada, semua itu langsung tak ada. Entah separuh pemandangan yang aku tengok sepanjang perjalanan memang hutan tetapi gagal memberikan feel kepada aku. Mungkin sebab aku telah meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi kot. Gila apa kau. Mana ada binatang yang biasa kita tengok dalam zoo nak bergonjeng kat tepi jalan, siang-siang buta pulak tu. Kalau betul nak adventure, kau lalu la pukul 2 pagi.

Tapi jangan naik kereta, kau cuba naik kau punya belalang tempur tu. Hah! Kalau setakat tak sampai 5 surah yang lancar dalam kepala, tak usah la nak menduga apa yang tersimpan kat celah-celah hutan sana...

Continue reading →

15 nasihat berguna:

Mata di Beijing, kepala di Kenya

6
6:46 PM
Dari Kuala Terengganu, kami terus shoot ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang selama ni sibuk diperkatakan ada terdapatnya awek-awek yang comel, yang mari punya. Melalui Kuala Berang (aku selalu tersilap sebut antara Kuala Berang dengan Marang), Permaisuri, Bachok dan beberapa tempat lagi yang aku malas nak ingat.

Tetapi, atas cadangan si Zamri, aku tak singgah dulu di Kota Bharu (tujuan sebenar) sebaliknya aku terus lajak ke pekan yang terletak betul-betul berhampiran dengan sempadan. Pendek kata, kalau baling batu pun polis negara jiran sana pun boleh kena la, iaitu Rantau Panjang. Apa yang menariknya...

Maaf, takde yang menarik kat Rantau Panjang ni pada aku sebab aku beberapa kali gagal menggunakan kepakaran tawar-menawar harga barang kat sini. Bayangkan la, seringgit pun awek jaga kedai tu tak bagi kurang! Nak guna hikmat kenyit mata kang, takut dia terpikat. Terus nak ikut balik KL. Naya jugak. Tapi, sebelum sampai ke pekan ni aku ada nampak satu bangunan. Bangunan yang kerap disebut oleh Ustaz Ann Wan Seng dalam buku beliau yang aku pernah cerita dulu (entri yang ini).

Jadi untuk mengubat kekecewaan dalam membeli, aku pun terus blah dari pekan tu dan singgah kat Masjid Beijing ni. Memang cantik bak hang...
Continue reading →

6 nasihat berguna:

Nasi Kak Wook Yang Sederhana

16
12:41 AM
Tengahari tadi, beria-ia sungguh aku nak bercerita kat dia pasal makanan yang aku jumpa masa lencongan ke Kota Bharu tempohari, tapi hampeh! Gambar yang aku simpan dalam henpon bodol ni rupa-rupanya dah aku delete. Delete bukan sebab aku ni kedekut tak nak tunjuk kat semua orang, tapi sebab gambar-gambar yang aku dah transfer ni kira penting jugak sebab ada mengandungi beberapa info penting.

Contoh info penting tu macam ni...

nasi kak wook jalan belakang istana kota bharu maahad muhammadi  nor afini batik
(koordinate kedai makan Nasi Kak Wook: Latitud 6⁰07′57.0″, Longitud 102⁰14′20.0″)

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Menjadi Kotor

20
6:38 PM

Heheheee, tau tak kenapa aku suka tonton filem tamil? Gambar kat atas ni boleh memberikan jawapannya.

Moral daripada jenaka simple ni adalah.... Hmm, adalah... Ah, korang fikir la sendiri...

Apa pun, pada aku kekurangan yang kita lihat pada diri sendiri tu sebenarnya satu kelebihan yang tak dimiliki oleh orang lain. Oleh itu, aku bersyukur sangat sebab walau pun berkepala botak, tapi aku masih mengekalkan ketampanan jika dilihat dari jauh.

Dari jauh je la. Kalau tengok dari dekat, Rosnah Mat Aris pun boleh pitam!

~Sumber gambar dari sini.

20 nasihat berguna:

Sederhana Tepi Kubur

12
11:32 AM
"Aku dah lepak sini sejak zaman sekolah lagi. Pekena cendol dia ni. Rasa memang steady punya, dari dulu tak berubah..." kata Zamri. Ya, aku percaya kata dia 99.85% berdasarkan kecekalan dia balik kampung di Kuala Terengganu ni hampir setiap minggu. Kalau dia tak balik tu maknanya dia ada game bola atau pun poket tengah nipis.

Itu hari pertama, semasa kami keluar waktu rehat lebih kurang jam 2 petang. Berada di dalam dewan untuk sesi bengkel selama beberapa jam membuatkan urat-urat aku banyak yang tidur. Selesai makan tengahari, segera aku memberikan isyarat kening kepada dia untuk membawakan aku ke kedai. Tak lain tak bukan, untuk mendapatkan stok Winston Light.

Selesai pekena asap barang sebatang dua kat jeti bawah jambatan, si Zamri ni offer aku merasa cendol pulak. Macam orang mabuk dihulurkan botol todi, aku dengan tangkas bersetuju.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

What The... FAK...?

16
1:09 PM
Awal pagi tadi, makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng dan bersulamkan dengan teh tarik. Sambil tu aku semak email melalui telefon bodol aku. Sekali refresh, aku perasan ada satu email baru masuk di dalam folder `sosial' dari seorang penama yang aku tak kenal. Email tu adalah komen terhadap entri aku bertajuk Babak Cina Buta yang aku poskan hujung tahun lepas.

Tak payah banyak kali baca, sekali baca je aku terus naik hangin. Tengok nasi goreng yang tinggal separuh, perut aku rasa makin lapar. Lapar bukan nak makan nasi, tapi nak makan orang.

Entri yang aku maksudkan tu cumalah sekadar kisah rekaan berkenaan isu kahwin/cerai yang biasa kita dengar, tapi aku cuba sampaikan dengan cara yang santai. Tak bertujuan langsung pun nak mempromosikan apa-apa perkhidmatan, apatah lagi nak menggalakkan orang lelaki mengamalkan poligami atau pasangan yang mahu merujuk kembali dengan kaedah kurang bermoral tu.

Jadi, aku terpaksa delete komen merapu ini...
Continue reading →

16 nasihat berguna: