Eh, diorang ni ke Caliph Buskers?

16
12:34 PM
Siapa ada tengok Anugerah Juara Lagu dua malam lepas? Siapa tengok dia memang gila, hahahaa... Aku tengok sikit je, tak sampai lima minit. Tu pun masa Amy Search dah nak abis nyanyi, lepas tu dengar pengacara merapu aku dah rasa lain macam. Dia punya merapu tu dah sampai tahap merepek. Entah apa-apa. Jadi, dengan rasa tak boleh blah, aku pun terus off tv dan sambung buat kerja lain dalam markas peribadi. Lagi banyak faedahnya. Tanpa rasa menyesal.

Tapi semalam bila aku dapat tau ada satu keistimewaan selain promosi gila babun satu produk yang merendah-rendahkan manusia berkulit gelap macam aku ni, ada macam rasa terkilan pulak. Terkilan sebab yang buat kejutan tu kalau tak silap adalah orang yang pernah buat aku terpegun dulu.

Bulan Ramadhan tahun 2013.
Aku cam diorang ni lepas aku tengok balik show diorang kat Youtube semalam. Yang paling buat aku yakin adalah si gitaris tu, dia punya stail pakai sunglasses tetap sama.

Itu yang paling aku cam. Jadi, tak sia-sia aku minat dengan suara diorang ni dulu. Memang mantap... Pow, pow, power siot...!

Dan sekali lagi, aku masih lagi berharap dapat tengok diorang punya show dari jarak beberapa depa. Datang tak makan pun takpe, janji dapat dengar dia nyanyi lagu Keroncong Untuk Ana. Pow, pow, power siooot...!

Sekian, assalamu 'alaikum...

caliph buskers

Gambar lama, satu lagi gambar ada kat entri lama (klik sini kalau berani).

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. rasa mmg penah tengok gambo ni kat entri lama SM. Tapi tak tau la sama ke tak, sbb AJL pun tak tengok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm. Spy yang kerja kat sana dah sahkan...

      Delete
  2. Masa AJL tu saya memang ada di depan TV, bukan sebab saya suka tengok tapi nak buat macam mana dah TV on depan mata. Puan isteri pula minat sangat dengan acara hibur-hibur gila babun macam tu, kalau saya tutup TV jadi perang besarlah, hehehehe.... Yg buat telinga saya macam masuk sampah ialah sikit-sikit bunyi Qu Puteh, Qu Puteh, Qu puteh... saya pun tak reti nak jawab "Qu" tu menatang apa?

    Tapi bila lepas tu ada satu lantunan lagu rock (saya ni masa muda-muda die-hard rocker!!) yg sangat meruntun kalbu mata saya terpukau kepada penyanyi buta itu. Saya dah agak dia akan menang bukan sebab saki baki die-hard rocker masih menempel di jiwa saya tapi kerana dia memang sangat layak menang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca komen kat youtube, siap ada yang menangis. Iyo la tu...

      Delete
  3. Sorry bro, tak tau nak komen apa. Aku tak tgk AJL.
    Umur dah lanjut ni...nafsu nak tgk rancangan2 hiburan macam tu dah makin merudum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah ganyut macam kita ni, jenis hiburan pun kena pilih2 jugak kan...

      Delete
  4. tiba tiba mwletup nama caliph busker ni...mungkin untuk seminggu dua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi dengar radio, dok ulang sebut nama diorang banyak kali...

      Delete
  5. aku tak tgk AJL.

    Tapi pendapat peribadi aku, benda ni mcm win-win situation. ada sudut baik, ada sudut pada aku, ambil kesempatan pada OKU.

    Dimana Mojo takde vokalis yg boleh nyanyikan lagu tu dgn baik lalu terpaksa cari singer lain, aku rasa macam team ni mcm dipergunakan. (aku tak follow pertelingkahan Aweera dan Mojo. Tapi taulah sikit yang singer baru Mojo tak boleh bawa part yg susah)

    dari sudut positif pula, ini sebagai salah satu cara promosi group ni, mana tahu ada syarikat rakaman sudi ambil mereka sebagai artis. Dan juga mungkin selepas ini, rezeki mereka akan bertambah, InsyaAllah.

    apapun, ini pendapat peribadi aku saja. tak perlu ada bangkangan atau sokongan..
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umang aih...

      Eleh, aku tetap nak separuh bangkang, separuh sokong. Aku tak rasa dipergunakan, sebab dalam event berprestij (kononnya) macam ni setiap komposer nak cuba stand out dengan sesuatu yang boleh dikenang. Sebab tu caliph buskers dipilih. Rasanya tak pernah lagi kot penyanyi bukan profesional menyanyi atas pentas AJL ni.

      Aku sokong bab kekurangan upaya mereka ni dipergunakan. Dipergunakan supaya dapat attract perhatian penonton. Emosi kita tersentuh bukan sebab suara atau lagu tu sendiri, tapi mesti ada sikit rasa simpati bila tengok ada orang kurang upaya menyanyi atas pentas.

      Dan aku harap mereka tak perlu jadi profesional, rakam album, posing dalam majalah, jual cerita murahan. Sebab mereka akan hilang keunikan. Nanti tak dapat la aku nak tengok diorang nyanyi dari jarak beberapa depa!

      Umang aih, panjang jugak aku reply kan. Hehehee...

      Delete
  6. sama pendapat macam kak Ha.

    sambil layan ajl, sambil mengait. siap satu barang. haha..

    aku harap pow,pow, power tu, boleh lawan qu puteh punya tagline..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power siot, mengait sambil menonton. Kaitkan kopiah untuk aku...

      Delete
  7. tak tengok sangat..tukar2 channel :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak setia pada chanel yang satu ni...

      Delete
  8. "qu putih" haha...nyampah tgk iklan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. `qu gelap', produk yang paling sesuai untuk saya ni....

      Delete