Gagal dan Kerja Kilang

14
3:58 AM
Antara isi perbualan aku dengan Nazir hari tu adalah, tentang mendefinisikan perkataan `gagal' bagi anak-anak sekolah. Terutamanya yang masih di peringkat sekolah rendah. Perbualan bermula apabila dia rasa macam tak puas hati dengan perkataan `gagal' yang anak dia perolehi untuk peperiksaan tahun lepas.

Nampak tak macamana dia punya pemikiran. Anak gagal kat sekolah, tapi dia tak salahkan anak. Sebaliknya dia pertikaikan, apa justifikasi sebenar yang membolehkan anak dia itu dikatakan sebagai `gagal'.

Dan sebenarnya ada beberapa perkara yang aku setuju dengan mamat ni. Antaranya berkenaan pemisahan antara akademik dan bukan akademik kat sekolah; pembentukan prestasi anak-anak berdasarkan kecenderungan dan minat; dan jugak sistem peperiksaan yang semacam kurang sistematik. Kalau korang nak tau, dia ni adalah batch pertama yang menjalani sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), pernah dengar? Hehehehee...

Seterusnya,
topik perbualan sedikit terarah kepada pemilihan kerjaya yang patut didedahkan kepada anak-anak ni.

Selalu waktu sekolah rendah dulu, ada beberapa kerja yang kita pilih kalau ditanya tentang cita-cita bila dah besar nanti. Paling koman adalah doktor, polis, jurutera atau cikgu. Dan kalau pemikiran tu advance sikit berbanding kawan-kawan lain, mungkin dia akan pilih angkasawan.

Pernah satu ketika dulu masa sekolah rendah, ada sorang budak perempuan kelas aku bagi jawapan paling rare bila cikgu tanya apa cita-cita bila dah besar. Dia kata, nak kerja kilang.

Time tu memang satu kelas bantai gelak, dengan cikgu pun ikut join sekali. Macam gampang je. Iye la, apa standard kerja kilang. Pada pemikiran kami masa tu, kerja kilang ni cuma keluar rumah pergi kerja naik bas, pakai uniform, cukup bulan dapat gaji yang entah berapa ratus ringgit je tu. Takde mampu nak pakai kereta.

Dulu kat tempat aku masa kecik, orang gaji besar dan kerja sedap je mampu berhutang pakai kereta ni.

Tapi sekarang ni bila difikirkan balik, apa yang tak kena dengan kerja kilang ni? Pada aku budak perempuan tu memang bagus sebab pada umur yang macam tu dia dah nampak sesuatu yang realistik. Satu kerja yang dekat dengan dia, tanpa perlu memilih cita-cita berdasarkan glamour semata-mata. Pada masa yang sama, dia pun takde la berfikiran singkat macam yang lain.

Budak-budak lain tu cuma ingat nak kerja sedap je. Doktor la, cikgu la. Padahal kemampuan diri sendiri pun belum kenal lagi. Kalau kau nak jadi doktor, doktor apa pulak yang lebih spesifik? Doktor haiwan, pakar bius atau pun doktor yang power bab-bab saraf ni?

Sepatutnya, cikgu aku masa tu tak boleh kondem dia dengan cita-cita nak kerja kilang tu. Sebaliknya, dia kena bagi galakan supaya budak tu boleh nampak satu benda dengan lebih jelas lagi. Dalam kilang tu bukan setakat ada operator pengeluaran dengan pak guard je, malahan ada banyak lagi posisi yang mantap. Sampai boleh buat bakal mak mertua kembang hidung.

Nak cari engineer? Kat kilang ada ramai engineer, macam-macam jenis engineer pulak tu. Kawan aku dulu pernah kerja production engineer dengan satu kilang Jepun, kat Johor Jaya sana. Bersembang dengan bos dia yang nama Kahwai bukannya reti cakap Melayu atau speaking. Dua-dua bantai cakap Jepun.

Gaji pun boleh tahan kencang, hampir lima kali ganda gaji aku masa tu. Setakat nak payung makan kat Danga Bay memang selamba sangat.

Masa tu, Danga Bay memang tengah top sebelum didominasi oleh orang luar.

Jadi, nampak tak apa yang aku nak sampaikan? Aku bukan nak cerita pasal kegagalan anak kawan aku tu dalam kelas, bukan jugak pasal kerja kilang pun ada jawatan yang power nakharrom. Tapi aku nak sampaikan yang anak-anak kita ni sepatutnya dibentuk bukan sekadar pandai mengira, membaca, menyelesaikan masalah matematik atau menulis esei 500 patah perkataan je. Malah lebih daripada itu.

Tak kisah kalau mereka masih lemah mengira soalan asas matematik walau pun dah masuk darjah tiga, tak mengapa kalau dah darjah lima pun mereka masih gagal mengeja perkataan dengan betul. Mungkin mereka ni ada kecenderungan yang kalau dapat dikesan, tahapnya melebihi daripada mereka yang dapat nombor satu dalam kelas.

Jarang kita tengok budak dapat nombor satu selalu, jenis yang selalu cikgu sayang dan tolong bawakkan buku dari bilik guru, ada kemampuan untuk membuat kapal terbang kertas dan dilayangkan dari satu blok ke satu blok bilik darjah yang lain. Budak-budak tak pandai ni la yang otaknya lebih kreatif, tau macamana nak setting sayap kapal terbang tu. Hujung sayap dilentikkan sikit, atau digulungkan dengan pensel supaya tidak terbuai-buai. Lebihkan lipatan kertas pada muncung dan bentuk sayap lebih tirus untuk kejituan lebih tinggi kerana daya geseran yang kurang. Atau melebarkan saiz sayap supaya dapat terbang dengan lebih lama dan perlahan di udara (konsep tekanan dan daya angkatan).

Untuk itu, pendapat aku kuat mengatakan yang keputusan dalam peperiksaan ni sepatutnya tidak mempunyai perkataan `gagal' sama sekali untuk menilai prestasi pelajar secara keseluruhannya. Penilaian patut dibuat secara berasingan.

Takkan tak segan kot bila dah besar esok, budak yang selalu `gagal' ni dapat kehidupan berkerjaya yang lebih baik berbanding budak yang tiap-tiap tahun cemerlang. Tak gitu?

Sekian, assalamu 'alaikum... Dah pukul 4 pagi ni, aku nak sambung membuta. Harap dapat mimpi jadi tokey kilang getah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. bila anak keje kilang, si bapa segan nak jawab bila org tanya ' anak keje apa?' . kerana mentaliti mak ayah ni mmg mcm tu... padahal anak dia rileks je sebab gaji lebat giler mengalahkan penjawat awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena tunggu satu generasi lagi, bila kita semua dah jadi mak ayah. baru la kita semua ada persepsi yang lebih baik dengan perkataan `kerja kilang'.

      Delete
  2. aku sokong entry kau ni. betul tu. Kadang, ada budak yg kecenderungannya lebih kepada perkara lain. Contohnya suka menjahit/memasak/repair kereta/bertukang. benda-benda ni boleh pergi ke bahagian kemahiran dan pun masih boleh punya income yg lebih kurang dgn yg berjaya akademik.

    contoh. gagal SPM, masuk pusat kemahiran (IKM/GIAT/IKBN/ADTEC/ILP), ambil sijil kemahiran Penjaga Jentera. Kategori A4 pun dah gaji RM 3,800- 5,000
    Syaratnya tangga gaji yg aku sebut tu, tak terpakai utk gomen. Sebab kalau gomen, dia akan duduk bawah gred R, bawah daripada lulusan Diploma. Kalau kerja swasta,(hotel/shopping complex/kilang) itulah anggaran sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, macam orang HR pulak kau ye. hehehee...

      Delete
  3. kadang2 anak yang kerja kilang yang ingat makbapak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, pandai belajar tak semestinya anak yang baik jugak.

      Delete
  4. Perkataan gagal tu boleh membunuh jiwa..sebenarnya.

    jgn jadi tokey kilang getah..harga tak stabil. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu perkataan `gagal' tak patut diberikan, tulis je `perlu lebih berjaya'...

      Delete
  5. Kita sekarang ada banyak aliran utk dipilih, kalau nak jadi pendakwah boleh masuk sekolah agama, kalau minat lebih ke arah kemahiran teknikal sekarang ada kolej vokasional. Yg payah sekali mereka yg tak ada cita-cita, mereka tak tau ke arah mana nak tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita la yang kena tolong mereka mengesan minat dan kecenderungan masing2...

      Delete
  6. Perspektif. Kadang ibu bapa ni terlampau cepat menilai anak-anak. Orang kita selalu nak ukur ilmu dengan pencapaian akademik dalam pendidikan formal. Padahal, ilmu ni banyak yang kita boleh dapat kat tempat lain.

    Tu yang selalu kita dengar orang cakap, pandai tak semestinya cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan anak yang di`gagal'kan tak semestinya tak boleh berjaya kelak...

      Delete
  7. Masa saya kerja dulu, ada pelerja yang dulunya operator, kemudian naik pangkat hingga ke manager.

    Saya dulu cuma tecnician lulusan sijil MARA boleh naik pangkat hingga jadi engineer.

    Tapi bila saudara mara tanya, kamu kerja apa?

    Saya jawap kerja kilang jer..

    Tak pe ler... asalkan kerja halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, terus bertukar nada yang bertanya tu...

      Delete