Kalau Aku Mati Ngeri...

12
10:37 AM
...aku harap tidak ada sesiapa yang berhenti bukan sekadar membantu mengutip cebisan anggota badan aku atau untuk menutupi mayat aku yang hancur berkecai diseret kenderaan berkali ganda lebih besar, tapi lebih kepada menjadi wartawan lokasi. Mengambil gambar dari pelbagai sudut, fokus kepada anggota badan tertentu terutama yang mampu mendatangkan gerun kepada para penatapnya.

Menekan butang `save' dan kemudian butang `share' ke beberapa aplikasi sosial, supaya mereka menerima pujian kerana menjadi orang pertama melaporkan.

Bangga bukan?

Dan rasa bangga itu pun turut dikongsi oleh mereka yang menerima kiriman gambar secara berkumpulan, lantas meneruskan kerja-kerja menekan butang `share' buat tatapan kenalan yang lain. Berlumba-lumba, terkejar-kejar menjadi hero dalam menyampaikan berita.

Kalau aku mati ngeri...

...dan ada yang melakukan sebegini, aku akan cuba kembali ke dunia mereka dengan menyerupai susuk lembaga menakutkan, menganggu kehidupan mereka semua ketika waktu tidur atau jaga sehingga akhirnya mereka sedar; kematian ngeri seseorang itu bukannya untuk diraikan, dikongsi rasa tragisnya, atau dijadikan bahan gurauan...

F*cker...!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Saya berlapang dada terhadap mereka yang begitu. Asalkan jangan di susuli dengan andaian bagaimana kematian saya kelak.

    Andaian yang negatif.

    Mungkin ada yang kirim fatihah, bagus juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua terhindar daripada sebarang keaiban...

      Delete
  2. nauzubillah...nasib baik yan bukan jenis begitu..kalau tidak mesti sm datang cari yannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk kawan2, datang dalam bentuk kad raya. Hehehe...

      Delete
  3. Kegemaran manusia zaman sekarang, berlumba lumba share gambar/ video yang mengerikan/menjelikkan/menjatuh maruah orang lain...semacam kepuasan di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 dulu rasa curious jugak dengan benda2 macam ni, tapi sekarang rasa tak selesa pulak.

      Delete
  4. nak sangat tarik perhatian sampaikan sensitiviti di tolak tepi.... saya ni jenis lemah semangat skit, skit je la.....so klu pic ngeri ngeri ni mmg skip terus..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap2 boleh bawak mimpi tu...

      Delete
  5. saya mmg tak download (kat wasap) kalau ada yg share pics kemalangan ni. tak selesa la nak tengok2. Dan tak faham apesal la diorang sibuk share. Cerita jelah ada accident, tak payah bg gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, cerita tanpa gambar pun dah cukup kan...

      Delete
  6. Ngeri gambar accident kena share satu hal, nanti kang ada ramai yang bajet macam watak Tok Adi dalam drama Tanah Kubur pun satu lagi bala. Ntah apa dosa la yang akan dikaitkan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tu gambar lain, cerita lain. siap tokok-tambah lagi...

      Delete