Keseronokan Memburu

18
8:47 AM
Kadang-kadang, ada jugak yang bertanya... Apa yang best sangat kumpul kereta kecil ni? Membazir duit, kumpul habuk dan jugak tak ubah macam budak-budak je.

Hehehe, aku tak salahkan yang bertanya tu. Dia tak tau, sebab tu dia tanya. Dia tak faham, sebab tu dia memandang bukan dari sudut yang sama macam kami para pengumpul ni.

Pada aku sebagai pengumpul amatur (belum tahap tegar lagi), ada banyak sebab kenapa aku buat benda ni. Salah satunya mestilah sebab benda ni ada keseronokan yang tersendiri. Rasa seronok tu bukan cuma datang bila kau cium bau (kawan aku pernah kantoi dengan mak mertua dia pasal ni) terutamanya kereta yang baru keluar daripada kad, tetapi juga ketika dalam tempoh penencarian.

Dah macam satu adventure. Lebih-lebih lagi kalau kau ni seorang kaki jalan dan jugak selalu keluar outstation. Bila tiba satu tempat tu, kau akan luangkan sedikit masa untuk mencari benda ni.

Aku amatur lagi, jarang berjalan atau outstation. Jadi, tak banyak la yang aku dapat.

**********

Proses pencarian ni dipanggil hunting. Minggu lepas,
masa aku balik Johor untuk menjenguk baby Raina yang baru lahir dan jugak menyibuk dalam kenduri doa selamat sempena adik aku yang baru pindah rumah, sempat jugak aku menyelinap keluar ke Tesco. Tempat wajib aku singgah setiap kali balik. Kalau tak membeli barang sebiji dua, dapat selak-selak kereta yang tergantung atas peg pun kira orait la.

Entah macamana, nak dijadikan rezeki Tuhan kot, petang hari Krismas tu aku dapat satu hadiah besar.

Sebaik aku melangkah masuk ke dalam pasaraya tu, aku rasa macam tak percaya pulak Tesco ada buat benda ni...

Kuantiti yang sedikit (tak termasuk atas peg, tapi kualiti yang buat aku tersenyum.

Nampak tu? Beli dua percuma satu. Sebelum ni Hotwheels pun ada buat promosi kat Tujuh Sebelas, tapi tak la semurah ni. Cuma beli dua, kereta ketiga pulak dapat separuh harga. Atau pun diskaun RM6.90 berbanding harga asal RM7.90.

Mendekati susunan kereta-kereta kecil ni, mata aku sekali lagi macam tak percaya. Gila ar, ini semua kereta yang baru release. Kedua-dua Case D dan Case E ada kat sini. Fuhlamak...! Tanpa berlengah, tanpa toleh belakang, tanpa menoleh kiri kanan, terus aku capai apa-apa kereta yang aku minat. Semestinya kereta yang rare dan agak susah nak jumpa kat peg. Terutamanya Mini Van dan jugak Honda EF.

Kaut selagi ada, semua yang berkenan sampai la hampir penuh bakul kat tangan aku.

Sekejap! Wait seminit...

Sebiji harga RM7.90, kalau penuh satu bakul ni, berapa ratus ringgit pulak yang aku terpaksa bayar kat kaunter karang. Walau pun dengan promosi yang ada sekarang.

Rilek, sabar, jangan tamak. Ingat orang belakang. Ini semua strategi tokey besar Tesco untuk mempermainkan tahap keimanan aku.

Kira-kira dibuat. Aku cuma ambik 18 biji. Dengan promosi beli dua percuma satu, bermakna aku cuma perlu membayar 12 biji sahaja. Ada beberapa biji Mustang Boss 302, Mini Van dan jugak BMW E36 yang aku letakkan balik. Biar orang lain merasa jugak. Apa yang aku ada dalam tangan sekarang dah lebih daripada mencukupi untuk diri sendiri, selebihnya untuk kawan-kawan yang belum dapat.

Ada lagi Lotus Esprit S1, aku ambik sebiji je. Tapi ramai orang minat kereta James Bond ni.

Ada jugak Burago Volkswagen (harga normal) yang dah lama aku cari. Beetle yang warna-warni tu adalah Treasure Hunt. Tiga biji Mustang Boss 302 dah aku bagi kat anak-anak buah. Hadiah daripada uncle kesayangan. Hehehe...

Seronok ke jumpa kereta-kereta rare yang harga kat market sesama collector boleh mencecah sampai RM20 sebiji ni? Eh, itu sudah semestinya. Tak percaya, cuba la jadi collector...

**********

Kembali dari Johor, aku lepak satu malam kat Port Dickson. Niatnya nak usha-usha sikit port mancing, tapi memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang kurang menginzinkan, petang aku sampai tu aku cuma habiskan masa dengan pusing-pusing bandar dan cuci mata kat Baden Bundle.

Barang kat bundle sini macam kurang memuaskan berbanding kat tempat aku, walau pun sesama Baden. Entah la aku pun tak tau kenapa...

Malamnya, dalam perjalanan nak cari tempat makan, aku singgah sekejap nak isi minyak yang masa tu belum turun harga lagi. Kat Petronas. Dari kaunter luar semasa nak membayar, aku sempat lagi menjengah ke dalam. Alamak, ada permainan! Ini mesti ada, ehem-ehem...

Jangkaan aku tepat. Selesai isi minyak, aku pun habiskan masa beberapa minit menyelak Hotwheels yang nampaknya baru je di`top-up'. Penuh sampaikan susah tangan kurus aku nak seluk.

Hm, kat sini aku cuma jumpa sebiji Treasure Hunt atas kereta Fast Felion. Itu pun sebab kereta ni memang tergantung kat depan sekali. Mungkin orang yang sebelum aku sengaja letak kat situ kot, untuk orang lain merasa jugak. Perkara yang sama aku buat masa kat Tesco sebelumnya.

Fast Felion, ini pun baru release jugak. Sama batch dengan Ferrari 599XX kalau tak silap.

Kira ok la tu. Kereta Treasure Hunt (yang ada logo circle flame) ni pun susah jugak nak jumpa dan ada pengumpul yang tersendiri. Terima kasih kawan...

**********

Ok, esok paginya selepas sarapan, dengan caragas aku pun shoot keluar dari Port Dickson ni. Sebab apa yang aku tau, tempat ni kalau hari minggu memang ramai orang. Confirm jalan pun sesak. Satu keadaan yang cukup aku tak gemar.

Gerak awal tu pun sebab aku nak memenuhi undangan makan percuma kenduri kahwin kawan aku (akhirnya kahwin jugak kau ye!) kat Rawang. Sebelum sampai ke majlis tu, sekali lagi mata aku tertumpu pada satu bangunan putih biru di sebelah kiri jalan yang tertulis Tesco. Yes, mungkin ada lagi rezeki Tuhan kali ni.

Tak salah kalau aku mencuba walau pun aku tau, Lembah Klang ni dah padat sangat dengan hunter.

Selesai makan percuma, aku pun terus gerak ke Tesco dalam cuaca yang sangat baik (hujan lebat). Nasib baik jugak aku dapat parking dalam bangunan, tak kena hujan langsung. Kalau tak, ada harapan la sakit kepala dan selsema aku ni jadi bertambah buruk.

Apa yang aku jumpa kat sini? Ini dia...

Takde yang aku berkenan. Beli pun sebab ada kawan kirim.

Seperti yang aku jangka, jumlah kereta kat Tesco Rawang ni memang menimbun. Berkali ganda lebih banyak berbanding semasa aku balik Johor hari tu. Masa tu, kereta yang disusun tak sampai pun satu lapis. Tapi kat sini, rasa macam nak selongkar pakai penyodok je. Banyak. Cuma sayangnya, kereta-kereta kat sini dah campur antara batch lama dengan yang baru.

Itu pun mujur aku jumpa sebiji Mustang Boss 302 dan jugak Mustang GT. Barang baik yang lain-lain dah kena langgar kot...

Takpe, aku pun dah cukup puas hati dengan hasil pemburuan aku pada hari-hari yang sebelumnya. Hehehe...

Sekian, assalamu 'alaikum.

**********

Eh, belum lagi. Ada lagi nak bagitau. Wagon warna emas yang selama ni aku cari, telah pun ditemui. Aku jumpa dalam timbunan kereta loose, semalam (Ahad). Nak cari yang carded, memang mustahil sebab aku pun tak tau kereta ni tahun berapa dia release.

Pergi Amcorp Mall cuma nak beli barang yang kawan pesan, tapi terjumpa pulak idaman hati ni.

Jadi, lengkap la sudah koleksi 1970 Chevelle SS Wagon aku. Termasuk la $uper Treasure Hunt dan jugak model Zamac.

Gambar dari Instagram.

Alhamdulillah, syukur.

Antara sebahagian kecil koleksi aku yang lain, ada di SINI. Mana yang rajin aku tangkap gambar je la.

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. memang 'berhantu' eh hobi ni.tak kisah la bro,janji tak kacau orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma kacau kawan2 sesama collector je. sebab kami akan tukar2 barang...

      Delete
  2. Org kalau dah minat mmg sanggup buat apa shj untuk fullfil minat dia... yg tak minat mmg pelik lah klu tgk... tp yg x minat tu pun ada minat lain yg diorg sanggup berhabis gak... antara sedar dgn x sedar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kena berpada, kalau tak memang rabak la...

      Delete
  3. Memang best baca entri tuan yang ni. Memang saya tak nafikan, penghobi macam kita memang pada orang lain buang masa dan duit.

    Masa sekolah dulu saya suka simpan setem hingga sanggup pagi-pagi lagu cari dalam tong sampah di hospital ipoh. Juga minat kumpul lencana hingga sanggup beli dari kawan di negeri lain (saya ramai penpall masa tu).

    Kemudian bila kerja minat kumpul key chain tapi tak lah se'gila' zaman sekolah.

    Sekarang saya suka kumpul cd lagu yang saya minati. Bila ada peluang mesti singgah ke rak cd di tokok musik. Kalau betul-betul kira mau ada 200 lebih cd original yang saya kumpul. Kemudian saya saring dan simpan cuma cd yang saya hargai.

    Sekarang, saya tengah cari cd keluaran syarikat OVA Production (syarikat bawah Al Arqam dulu) dan cd-cd penyanyi Ebiet G Ade..

    Memang betul tuan, ianya satu hobi yang sendiri kita tahu...

    Macam orang gila naik motor besar dan konvoi tak kira waktu tu...

    Hem... Selamat memburu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gaya macam lebih adventure lagi. sebab tu bila dah dapat hasil daripada usaha `menyelongkar' tu, rasa berbaloi sangat. puas hati...

      Delete
  4. izinkan saya share entri ini dengan fb famili saya. untuk dikongsi dengan anak saudara saya... pemburu duit syiling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, seronok kongsi pengalaman. saya pun ada kenalan yang suka kumpul duit lama. sanggup beli duit kertas zaman negeri2 selat berharga lebih rm300. koleksi dia sekarang dah bernilai lebih rm40 ribu. fuh...

      orang berduit je yang hobinya beli duit ni. hehehee...

      Delete
  5. Bagi seorang isteri, suaminya gila kumpul apa pun dia tak kisah, sama ada kumpul kereta kecil, kumpul stem, kumpul duit lama. Yang mereka pantang ialah suaminya kumpul isteri dan girl friend...

    ReplyDelete
    Replies
    1. material yang kecik2 tu boleh lagi kot. tapi hobi kumpul kereta betul, memang sampai mak mertua pun boleh masam muka!

      kumpul girlfriend tu nak mati cepat namanya. hahahaha!

      Delete
  6. pergh. boleh tahan koleksi... saya x pernah simpan, tp nmpak macam best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengumpul diecast motosikal pun ada, tapi tak segila yang kereta scale kecik ni.

      Delete
  7. kalau dah hobi, takde istilah membazir/rugi. Yang penting masih dlm kemampuan kita dan kita happy bila belek benda tu. Lain org lain hobi/kegilaannya.

    btw, mmg cute kereta2 tu. Suka gak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula dari suka tengok la, lama-lama terus suka kumpul...

      Delete
  8. Botak... kalo kereta betul ko boleh beli kat Tesco ape perasaan ko?

    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening la. mana nak parking kalau dah ada 150 biji kereta...

      Delete
  9. Salam tuan blog. Koleksi saya di sin
    https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7844721126263821951#allposts

    ReplyDelete