Menjadi Ketua Yang Disenangi

19
9:02 AM
Kalau nak jadi ketua yang disayangi, aku dah bagi beberapa tips sebelum ni (kat sini), tapi kalau nak jadi ketua yang disenangi mungkin belum lagi kot. Jadi apa beza antara ketua yang disayangi dengan ketua yang disenangi, selain ejaan?

Terpulang la pada kalian nak tafsirkan. Masing-masing ada pemahaman tersendiri.

Cuma pada aku, kita orang bawah yang bekerja mengikut arahan adalah pihak yang paling layak menilai seseorang ketua tu. Bukannya orang luar atau pihak yang lebih atas lagi.

*****

Group meeting kali pertama, pertengahan tahun lalu.

Setelah penyusunan semula carta organisasi dalam unit aku kesan daripada perubahan pangkat (aku still macam tu jugak, steady je tak berganjak) beberapa orang staf, dan itulah juga kali pertama aku bercakap dengan dia.
Aku rasa macam pelik jugak.

Apa hal dia ni langsung tak panggil aku dengan nama betul? Tapi dia gunakan nama panggilan dalam keluarga dan beberapa orang kawan rapat. Hm, sempoi jugak la pada aku. Mungkin dia cuba untuk tidak menjarakkan ruang antara dia dengan orang-orang bawahannya, walau pun umur dia cuma dua atau tiga tahun lebih muda daripada aku.

Bagus, aku suka. Ini la first time ada orang panggil nama aku, sama dengan nama yang mak aku panggil kat rumah.

*****

Disember 2014.

"Woi, aku nampak atas meja dia tadi ada sketch baru. Bentuk bulat. Abis la dia dah start buat gila, kau punya drawing kena tukar belaka...." Kata Zamri sekembalinya dari bilik dia.

"Takde hal la, nanti aku buat arena tu tinggi 8 tingkat. Leas tu nak bentuk bulat kan? Ha, aku letak heli pad kat atas dia..." Jawab aku berseloroh. Susah aku nak percaya cakap si Zamri sebab drawing aku yang sebelum tu dah pun di`approved'kan, setelah beberapa kali dipinda.

Dan baru aku sedar benda ni memang betul bila aku bukak email sehari sebelum drawing sepatutnya dibentangkan. Alamak, ini sudah parah. Penyakit namanya! Totally kena buat baru. Langsung berbeza dengan design asal. Tiada lagi pindaan secara runcit.

Boleh berbuih hidung macam ni.

Sudahnya, jam 11 pagi keesokan harinya aku pun serahkan cubaan aku berdasarkan lakaran kasar yang dia bagi melalui email seminggu sebelumnya (tapi baru bukak semalamnya).


..........Selain daripada memanggil dengan nama timangan, dia juga kerap ucap terima kasih lepas apa-apa kerja yang aku buat, walau pun cuma tolong buat fotokopi untuk sehelai surat. Dan satu lagi yang aku respek pada dia adalah...

Eh, nampak tak apa yang dia tulis kat atas tu? Hahahaha... Sebenarnya dah bertahun-tahun aku kerja, tapi rasanya ini la kali pertama ada bos puji aku macam ni. Rasa bangga. Benda pun aku siapkan dalam tempoh kurang 12 jam.

Pow, pow, power siot...!

Kata-kata pujian macam ni lebih tinggi nilainya daripada anugerah cemerlang tahunan. Hehehehee...

*****

Selamat bertugas di tempat baru kepada bos kecik aku ni. Khamis minggu lalu adalah hari terakhir dia kat ofis.

Farewell...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. Berdasarkan pengalaman saya perangai boss macam2 seperti juga perangai staf-stafnya. Ada boss sangat baik dan freindly tapi punya kedekutlah markah bila buat penilaian akhir tahun. Ada juga boss yg garang macam singa beranak kecik tapi markah sangat pemurah. Tapi jika tanya staff tak kira lelaki atau pompuan semua mereka lebih suka boss lelaki dari boss pompuan, apa lagi boss pompuan andartu...aduhai sakit kepala dengan ragam cerewetnya...hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju. Entah macam mana, pengalaman saya mengiyakannya. Kerja bawah bos lelaki lebih mudah dari kerja bawah bos perempuan. Bos perempuan ni kadang cerewet tak bertempat. Fokus kerja pula kadang langsung tak tepat.

      Delete
    2. Hehehe. Mujur bos saya yang perempuan dulu steady je.

      Delete
  2. bos memang kena pandai amik hati staff, baru staff sayang dan suka dan cinta.... tapi kadang2 tu bila bos baik sangat, staff plak yg naik kepala.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. aku sokong sangat wan ni.
      pada aku senang je, asal kerja semua siap, kemaskini apa yg patut, staff nak mengular ke mana-mana, masuk lambat pun, aku tak kisah.

      ni jadi nak membebel 24/7 apabila, sendiri-sendiri tau sudah.. hehe..

      aku bukan nak straight sgt pun. sebab zaman sekolah lagi aku jenis lepaskan je orang masuk lewat sekolah (pada aku, yg penting dorg datang sekolah). tapi bila kelonggaran yg aku beri tu disalahgunakan yg buat aku geram..

      Delete
    2. Tu la pasal, naik kepala sampai jadi botak!

      Oh, akak pengawas rupanya...

      Delete
  3. eh. perempuan ke laki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tak payah la tau. Ini hal orang tua2...

      Delete
    2. hahhahahaa...nasib baik ko jawab betul

      Delete
  4. benda yg kecik2 tu lah yg buat kita senang ati.

    teringat bos saya dulu, wanita bangsa Cina tapi hormat saya org bawahan dia. Sentiasa ckp thanks lps buat kerja yg diarahkannya. Ingatkan saya waktu lunch, solat. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam remeh, tapi tu la yang buat kita lebih rasa hormat.

      Delete
  5. Pada aku, bos yang best adalah bos yang tidak pandang orang bawah ikut kasta. Kadang ada setengah bos, tengok orang bawah, dia take for granted je. Macam takda nilai pada dia. Padahal, kalau teamwork, setiap orang ada peranan masing-masing dan tanggungjawab. Asalkan takda yang misuse, itu sudah kira OK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos paling tak best, yang first time jumpa tengok atas bawah, macam nak telan.

      Delete
  6. tak pernah jumpa bos yang baik :-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi la bos2 yang tak baik tu...

      Delete
  7. aku sebenarnya mentafsirkan semua bos baik.

    yg kite perlu adalah fulfill kehendak dia.

    kalo kite miss or buat hal, selamanya jadi tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan orang pula akan sangka kite baik jika kite memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk tunjukkan ape yang die ada.

      i mean, jadi bos yang disenangi kemudian barulah datang disayangi.

      *beria tak komen dua kali?

      Delete
    2. dua kali? boleh tahan poyo...
      hahahahaa...!

      Delete