Tekup

10
12:53 PM

"Hang ni tak pekak ka? Tutup telinga lagu tu sekali, sampai petang. Akak lalu sebelah pun boleh dengaq ni ha."

Kalau nak diikutkan, sesiapa yang lalu sebelah aku boleh tau lagu apa yang aku tengah dengar. Seolah-olah segala bunyi dari luar tak dapat tembus masuk ke dalam corong telinga aku.

Tapi sebenarnya bukan macam tu. Aku pun boleh dengar serba sedikit apa yang orang keliling aku perbualkan. Terutamanya oleh mereka yang bersuara nyaring macam rel keretapi bergesel dengan roda besi. Berdesing!

"Ok la tu,
daripada dengar suara akak ni. Bingit..." Selamba aku menjawab.

"Amboi hang ni, sampai hati na..." Dia menjeling dan terus berlalu pergi...

**********

"Aku masa mula-mula masuk sini dulu pun rasa pelik jugak. Tengok Zol sana pakai headphone, tengok Syen kat sini pakai headphone jugak. Lagi la bagak besar tapak tangan. Rupa-rupanya baru aku tau kenapa..." Kata Azam, awal tengahari minggu yang lalu.

**********

Terus-terang aku katakan (maaf kalau aku tersilap), sebahagian staf perempuan kat tempat aku kerja ni memang agak buruk dari segi percakapan, lebih teruk daripada majoriti lelaki. Dengan suara yang kuat, sampai ke tahap mengilai bila ketawa, dan jugak jenis gurauan yang sensitif dan boleh buat aku sendiri pun rasa segan nak join.

Sebab tu aku memilih untuk menjadikan benda alah ni sebagai pendinding pemisah antara aku dengan orang-orang yang suka bercakap kuat ni. Berkurang la sikit gangguan, baru boleh fokus pada benda yang ada atas skrin monitor.

Sekian, selamat bertugas semua.

Assalamu `alaikum...

*
Hehehehe, sejak semalam aku tersengih bila terfikir pasal budak-budak perempuan kita dipeluk dan dicium oleh lelaki cantik. Ya, zaman sekarang perkataan `cantik' pun boleh digunakan untuk menerangkan sifat fizikal seorang lelaki. Dem...!
*

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. peringatan utk diri sendiri gak ni...jaga suara, ketawa berpada-pada.

    kes kpop tu, menjelaskan sesuatu...agama di luar (pakaian muslimah), bkn di dalam jiwa (sanggup pegi konsert gitu, naik pentas, rela bersentuhan). Peringatan utk diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, saya pun kadang2 terlepas jugak suara gelak besar...

      Delete
  2. apa yg bestnya kpop ni saya pun tak faham... dengar lagu sepatah haram pun tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menunjukkan yang kita ni dah tua. Tak boleh pergi dah dengan taste orang muda. Hehehe...

      Delete
  3. Saya pakai kereta Korea, istseri pakai henfon Korea, TV lama juga jenama Korea, tapi saya tak suka K-Pop dan drama Korea. Bukan sebab lelakinya tak hensem seperti kata KJ, tapi sebab saya tak suka...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya tak hensem, tapi cantik!

      Delete
  4. alamak terasa sangat diriku ini..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, minat kpop ke? Minat gitu2 je takpe...

      Delete
  5. Same here. Dulu aku ni mana pernah sumbat telinga dengan earphone layan Spotify. Sekarang ni makin galak pulak lepas ada sorang staf pompuan yang kuat mengomel dalam ofis aku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dia punya regu, boleh lawan sorak ultras harimau malaya...

      Delete