Di Mana Kita Sepatutnya Berada

20
10:04 PM
Biasa gunakan lif? Tipu la kalau kata tak pernah pun. Kat tempat kerja aku ramai yang suka gunakan lif. Turun satu tingkat pun nak guna lif jugak, malas nak turun gunakan tangga. Cheisstt...! Dasar pemalas...

Sini ada satu soalan. Biasanya kalau kita tunggu pintu lif dibuka, kat mana kita suka berdiri? Ramai antara kita yang akan ambik posisi macam dalam gambar kat bawah ni.


Nampak tak? Jenis tak sabar punya orang. Tak menyempat, masing-masing berlonggok depan pintu lif. Aduyai, serabut perut aku kalau nak keluar lif terpaksa mencelah.

Kan elok kalau macam ni...


Ambik tempat ke tepi sedikit, biarkan ada ruang kosong depan pintu lif. Supaya senang isi perut lif tu nak keluar, tak payah berhimpit-himpit. Tak perlu lagi nak sendengkan badan mengelak tubuh-tubuh bukan muhrim yang menghalang laluan.


Tapi bila dah bagi laluan, isi-isi perut lif yang keluar tu jangan la jalan terhegeh-hegeh sambil tersengih, buat jalan kucing pulak dia. Memang panas jugak la hati aku kalau pagi-pagi nak cepat. Rasa macam nak tumbuk je perut masing-masing tu.

Ops...! Maaf, hehehee...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. pernahdengar kempen 'jom naik tangga' ? kena buat kempen tu kat office..menyihatkan badan.

    Bukan apa, bila kempen tu mendapat sambutan, ramai staff yg akan ikut tangga.

    so, senang kat kita, tak yah berebut naik lif lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kempen jom turun tangga pun belum tentu berjaya, inikan pulak nak naik! hehehe...

      Delete
  2. Kalau setakat ke tingkat 1-4 saya lebih suka naik tangga, lebih jimatkan masa.. Tapi kalau pintu lif dah terbuka di depan mata, saya naik juga lif, tak kisah duduk di mana, asal ada ruang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah berlari guna tangga ke tingkat 5 sebab nak kejar punch card. akibatnya, tangan menggigil nak cucuk kad sebab kepenatan. ni semua salah orang2 yang terhegeh-hegeh tu...

      Delete
  3. amboi ganasnya sm..sabar...huhuhu..

    yan kalau naik lif terutama kat hospital tak berani sendiri..bimbang turun tingkat paling bawah...cukuplah sekali tersalah tekan..serik dah...

    ReplyDelete
  4. Rakyat Malaysia mmg ramai yang malas & takde disiplin.
    Satu tingkat aja pun, rela menunggu berminit2 depan lif.
    Jgn kata beratur depan lif, naik eskelator pun tak pandai nak duduk tepi, duduk kat tengah2 halang laluan bagi mereka yg nak melangkah naik ke atas/ bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. disiplin, disiplin, disiplin...! ketiadaan disiplin yang menyusahkan orang yang dalam kesulitan...

      Delete
  5. Aku tak tau la mana pergi common sense dalam jiwa rakyat Malaysia sekarang ni. Benda-benda basic macam ni pun ramai dari kita yang failed. Kalau ikut ayah aku, biasa dia salahkan orang zaman sekarang ni dah tak belajar ilmu tatarakyat (subjek sivik) kat sekolah. Tu yang main hentam ikut suka je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut ke subjek tu dikembalikan? aku rasa patut tapi dengan silibus yang lebih relevan...

      Delete
  6. saya bagus..duduk kat tepi lif sbb nak bagi org sng keluar. kalau naik eskalator pun, terus berdiri tepi..kosongkan sebelah bg sape2 yg nak cpt jln. Terpaksa puji diri sendiri...hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, tahniah... biar jadi contoh pada orang lain.

      Delete
  7. keadaan ini sama jer bila kita singgah gerai tepi jalan untuk beli kuih atau naasi lemak. kia akan park motor atau kereta depan gerai. bila orang lain nak singgah, kena mencelah tepi motor.

    sama juga bila pergi masjid, tinggalkan kasut depan pintu. bila dah banyak kasut di situ, orang lain nak masuk pun susah dan kena pijak kaasut mereka. tau pulak mereka marah bila tengok kasut dah lunyai kena pijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee... kat pasar malam, berlonggok ramai2 depan gerai kuih. tapi yang membeli cuma sorang je...

      Delete
  8. Pemandangan macam ni dah biasa sangat...kadang tu belum abis orang keluar lagi dah ada yang menyelit masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang ni sudah lebih...

      Delete
  9. hahaha.. x pernah terfikir plak.. sebelum ni tau hentam je berdiri kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena tumbuk perut ke? hahahaa...

      Delete
  10. stress ke lukis lift. sampai ke situ peginya

    hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress aku baca komen pendek kau ni. Hahaha...

      Delete