Dua Huruf

14
11:48 AM
google maps tawau
Google Maps

"Tawau? Naik apa...?" Aku dapat baca, ada sedikit riak terkejut dalam nada suaranya. Mungkin terdapat sisa serbuk teh dari dalam gelas yang tersangkut di dalam lubang hidungnya.

"Naik flight la, takkan kau nak suruh aku naik moto pulak. Laut China Selatan tu bukannya ada R&R pun..." Genius tak jawapan aku, sama genius dengan soalan `naik apa' tu.

"Takde la, sekarang ni macam musim kapal terhempas. Lepas tu dekat dengan sempadan. Karang apa-apa hal..." Balasnya.

"Kau nak tau tak,
semalam ada ramai orang mati kat hospital." Aku cuba memancing perhatian dia. Memandangkan teh dalam gelasnya sudah hampir habis, perbualan perlu dilengahkan supaya dia tidak segera mengangkat bontot.

"Hah! Apasal? Berapa ramai?" Soal dia separa terkejut. Bukan dibuat-buat. Hehe, nampak tu. Penipuan aku hampir berjaya...

"Aku tak pasti pulak berapa orang. Yang mati tu mungkin sebab accident, sakit jantung, kanser, darah tinggi, entah-entah yang terhantuk pintu pun ada. Yang belum sempat lahir pun ada jugak yang mati.

Jadi aku nak bagitau la, kalau dah ditentukan nyawa kita ni tamat kat atas langit sana, terima aje la. Kalau tertimbus dalam perut bumi, kita redha. Kalau jasad kita hanyut di tengah laut, kita tak boleh nak buat apa. Bukannya nak meminta, tapi beringat. Maut ada kat mana-mana.

Maut kat mana. Maut, maut kat mana...

Kalau nak diikutkan musim sekarang ni sampai tak boleh naik flight, bermakna aku tak boleh pergi kerja la. Sebab tiap-tiap hari ada je orang mati kemalangan. Tengok mayat atas jalan yang belum sempat ditutup pun dah beberapa kali. Selalunya yang naik moto ni.

Abis tu, kau nak aku buat macamana? Pergi kerja jalan kaki? Orang berjalan kat denai pun boleh mati kena hempap dahan bro..." Agak panjang `pembohongan' aku. Sehabis ayat, aku nyalakan lagi sebatang sebab mengikut perkiraan, mungkin dia akan duduk dalam tempoh lebih kurang 10 minit lagi.

"Iyo la..." Dahinya berkerut...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. hahaha...orang terkentut pun leh jadi sebab kematian tol tak sm...sebab mati ni kita tak tahu tempat dan keadaannya..

    psst sm ..kesian kat kawan tu bulat2 percaya aje apa sm kata...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dia memang tau pun aku sembang...

      Delete
  2. Bilangan org yg mati atas jalan raya setiap tahun lebih ramai dari yg mati atas kapalterbang atau kapal laut. Kalau takut mati kerana kemalangan kapalterbang, kapal laut atau kereta, duduk dalam hutanlah...mati dibaham rimau dan ular sawa lebih romantik kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Romantik yang sangat sadis, takut takde siapa yang jumpa jasad...

      Delete
  3. Salam hujung minggu...

    Tapi serius cakap Bunda ada rasa gentar juga dengar kemalangan udara ni...

    Apa lagi anak sendiri selalu fly..

    ReplyDelete
  4. betol2.. maut dimana2.. kalau dah sampai ajal, naik la apa pun, tetap mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sembunyi dalam `panic room' pun boleh maut!

      Delete
  5. Replies
    1. Kirim? Sori... Aku punya beg waktu balik lebih kecik berbanding pergi... Hehehe...

      Delete