Melawan Kejahatan Nikotina

22
3:24 PM
Mungkin ini adalah kali pertama aku travel dalam jarak jauh (lebih sejam) tanpa bantuan kotak ubat. Sebelum ni, antara benda wajib yang jadi bekalan dalam poket atau beg adalah balutan-balutan ubat yang disusun kemas di dalam kotak bergambar bayi pra-matang, paru-paru terbakar, jari kaki yang membusuk atau pun buah ceri yang melekat pada pangkal tekak seseorang.

Tapi tidak pada kali ini (balik cuti tahun baru cina yang lepas). Aku dah terbayang betapa seksanya perjalanan selama empat jam tanpa henti atau pun sekurang-kurangnya lima jam termasuk waktu makan dan berak. Selalunya, kalau dah tak boleh blah sangat dengan mata yang super mengantuk, aku akan berhenti sekejap kat mana-mana hentian dan dapatkan secawan minuman panas. Dan kalau waktu tu terlalu ramai orang, cukup sekadar dengan basuh muka kat tandas.

Cuma semua tu perlukan tambahan, iaitu asap. Lepas minum air panas, sekurang-kurangnya sebatang. Atau lepas cuci muka, pekena sebatang.

Pernah sekali, berlaku bulan puasa aku travel sorang dari
JB ke KL waktu siang. Dia punya mengantuk, ya ampun. Sampaikan aku terpaksa berhenti kat satu hentian, parking kat port paling hujung. Lepas basuh muka dengan air mineral, pekena dulu sebatang. Tapi cover line sikit la. Kang orang tengok, tak pasal-pasal pulak berkongsi dosa.

**********

Pada bungkusan coklat ni tertulis "Made in Germany" membuatkan timbul sedikit rasa was-was sejak kali pertama dia hulurkan pada aku. Rasa was-was yang akhirnya tamat sebaik sahaja dia call pagi hari sebelum aku bertolak balik (malamnya) dalam keadaan yang sedikit gopoh. Tak pasti sama ada kegopohan tu muncul disebabkan dia buat panggilan sambil memandu atau disebabkan dia dah cuak dengan aku. Cuak kalau-kalau dia tersilap bagi coklat yang dah digigit.

Mana tidaknya, kalau soalan aku awal pagi tu adalah "Kau dah makan ke coklat ni?"

Aku tanya bukan sebab ada kesan gigitan ke apa, tapi nak pastikan yang dia pun dah makan jugak sebab kalau tak silap aku dia ada lagi sekeping coklat yang sama. Jadi, kalau dia dah makan, boleh la aku makan jugak memandangkan dia lebih sensitif bab kesucian berbanding aku yang kadang-kadang terlepas pandang atau kurang peka. Alahai kawan aku ni...

Hehehee...


Apa kaitan Ritter Sport dengan Kenmeri ni? Ada. Kedua-duanya sama rare. Susah nak jumpa terutamanya kat Malaysia.


Masa ni, coklat ni mengeras lepas sehari suntuk aku simpan dalam peti sejuk. Berbanding sebelumnya yang cair macam Play Doh kena jemur tengah panas. Entah la kenapa boleh cair, sedangkan aku simpan dalam kereta yang aku parking kat basement. Bukan tengah padang. Ceh, manja betul la. Nasib baik la sedap...


Pada aku sedap sebab coklat ni betul-betul mewah dengan kekacang. Rasa coklat ni sendiri ta terlalu manis melekit dan jugak ada sedikit pahit-pahit manja. Bagus pada aku yang tabiat makan coklat yang sedikit berlainan berbanding manusia normal iaitu aku tak suka kunyah. Tapi aku lebih suka kemam (atau hisap) macam makan gula-gula sampai habis.


Itu dia, selain coklat yang sangat rare ni. Aku siap bawak tiga keping CD jadi peneman aku sepanjang jalan.

Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 9 malam, sebaik selesai solat isya'. Memasuki lebuhraya LEKAS sebelum PLUS melalui senawang iaitu laluan sama aku balik ke sini. Dan tiba kat rumah adik aku lebih kurang jam 4 pagi.

Ok, kalian rasa usaha aku melawan ketagihan dan rasa mengantuk ni boleh dikira berjaya tak?

Sekian, assalamu 'alaikum. Salam petang Jumaat semua...

~Hari ni genap hari ke-15 paru-paru aku bebas asap ubat!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. Gudluck! Ramai dah succes. My opismate dah 80% bebas rokok. My adik n abg pon dah tak lagi..

    Eh. Benti sbb nk kawen ke?
    Agaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan. Sebab malas! Kalau rajin, mungkin sambung kot...

      *berhenti sebab nak kawin, itu bahaya. tak ikhlas. ada harapan sambung.

      Delete
    2. Kipidap. Boleh reward bulan dan bintang nih.haha

      Delete
    3. tu je? tak cukup... bukan senang weh. sampai termimpi tu!

      Delete
  2. tahniah bro.... saya masih bergantung pada 'ubat' skit skit... takde lah tegar sangat cuma 'on special occasion' sahaja. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam nak pergi ke arah tu jugak...

      Delete
  3. insyallah..macam boleh...good luck sm...

    psssst sm...yan rasa lepas nie berat badan sm pasti naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya. Ada jugak kawan yang quit smoking, dah tak kurus lagi. Jadi katang!

      Delete
  4. good luck bro.
    all the best.
    lainkali kasi ayat betul-betul. Buat orang panik, tak elok. Boleh naik darah, kawan kau tu sbb soalan mcmtu.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku syak kawan aku tu memang kaki gelabah la. hahaha...

      Delete
    2. Tak baik kau kutuk dia. kesian dia. aku simpati utk dia. kirim salam kat dia.

      Delete
    3. aik, back up nampak. hahaha...

      Delete
  5. Ada rakan ofis pelawa coklat dari Korea. Aku belek kiri kanan, takde logo halal dan aku agak was-was.. Lepas tu aku bgtau, "bang'kalau saya taknak terima takpe kan.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok tolak cara baik je, harap dia paham...

      Delete
  6. selamat bertungkus lumus untuk bebas dari ubat tersebut......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua minggu pertama, ok lagi la...

      Delete
  7. boleh je berenti botak..aku alhamdulillah dah bebas nikotin skg..try istiqamah 40 hari jgn merokok, ko mesti boleh stop terus lepas tu....aku tau mmg susah gila, tapi tak rugi pon cuba..

    # kenapa 40 hari? sbb ahli tasauf ajar nak kuatkan hati buat ibadat tu atleast kena cuba 40 hari berturut2 sesuatu amalan tu contoh berzikir.baru senang lekat jadi kebiasaan kat kita..gitu la rokok ni, konsep sama, cuma terbalik, tolak amalan merokok tu 40 hari..insya'allah botak, ko bleh bebas asap..

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah boleh...usahakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencuba dalam persekitaran yang kurang membantu...

      Delete
  9. Tugas berat sebenarnya nak berhenti merokok ni. Aku nak komen lebih-lebih pun susah sebab tak pernah merokok. Cuma, aku boleh simpati pada rakan-rakan yang tengah struggle untuk berhenti merokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasa yakin sikit bila tengok kawan2 yang lebih tegar dah berjaya...

      Delete