Menjala Di Atas Darat

14
8:32 AM
Ingat lagi tak kejayaan aku mengaut hasil tangkapan yang agak memberangsangkan hujung tahun lepas? Ala, yang aku balik Johor sempena cuti Krismas tu la (kalau berani, klik sini).

Selepas daripada tu, sekali lagi aku balik Johor dan mendapat sedikit saguhati di lokasi yang aku tak sangka-sangka. Tak disangka sebab hari sebelumnya aku ada mencuba nasib di tempat sama iaitu pasaraya Tesco, tapi tersangat la hampeh! Ada 16 case tersusun atas rack. Tapi bila aku bukak, semua dah abis kena langgar dengan hunter yang lain.

Tinggal la model-model yang dalam kelas pertengahan macam BMW M3 Race, Boss 302 dan jugak AE86 (aku ambik jugak sebagai pengubat duka).

Hari berikutnya, aku layankan mak aku dengan akak dia merangkap makcik aku ronda-ronda sekitar bandar. Sebelum balik tu, mak aku ajak makan kat satu shopping kompleks yang dikira sebagai legend jugak la kat Johor Bahru ni. Siapa tak kenal atau tak pernah dengar, sila la melangkah pergi ye.

Jadi, melangkah masuk dari ruang parkir di tingkat tiga ke
dalam shopping mall (aras yang sama sebab ada direct access), aku boleh pulak ternampak satu kedai buku. Besar, pun boleh dikira sebagai kedai yang legend jugak. Terletak berhadapan dengan eskalator.

Hmm, apa kata kalau aku cuba nasib. Kadang-kadang kedai buku macam ni la ada jual mainan diecast.

Ternyata, terkaman aku tepat. Kat sini la aku dapat dua biji Kombi sekaligus dan jugak Datsun 620 pick-up warna hijau di atas susunan peg yang sama! Gila ar... Pick-up hijau tu. Memang susah nak jumpa atas peg. Cuma orang-orang yang bernasib baik (atas izin Tuhan) je ada peluang jumpa.

Ok, tinggalkan dulu cerita bulan lepas tu. Sambung dengan apa yang berlaku masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Pada aku, hasi tangkapan aku masa aktiviti memburu tu boleh dikira sebagai kejayaan yang hunter tegar pun susah nak dapat. Inikan pulak aku yang baru setahun belajar memburu.

Kisahnya macam ni...

Pagi hari Jumaat tu, aku tengah takde nak buat apa. Rasa stress pun ada jugak sebab takde aktiviti bila balik kampung halaman. Jadi sementara menunggu waktu Jumaat seterusnya gerak ke Kota Tinggi (aku belanja mak aku tido chalet kat Teluk Ramunia, hehehehee...), aku ingat nak jalankan satu misi menyelongkar. Menyelongkar tempat yang aku tak pernah redah masuk lagi.

Sasaran aku adalah pasaraya Giant. Ha, iye la Giant. Baru la true, rakyat marhaen menyelongkar barang kat pasaraya Giant je.

Sesampai je kat Giant (lokasi dirahsiakan), aku pun ronda habis bahagian permainan. Tapi aku rasa pelik. Apa ke jadahnya takde langsung susunan Hotwheels kat situ? Macam mustahil pulak tak ada. Rasa macam senak pulak perut aku, datang dengan penuh harapan. Sambil membawa misi mencari kad yang rare macam tak berhasil.

Tapi takpe, berkat akal pintar yang Tuhan bagi ni, aku pun ikut tips yang kawan aku bagi. Kasi ronda dulu, habis satu pasaraya. Hasilnya, aku berjaya jugak menemukan satu rak khas untuk Hotwheels bersebelahan dengan kaunter. Ceh! Kat situ rupanya kau sembunyi ye...!

Belek punya belek, selak punya selak. Takde apa yang menarik. Tapi berdasarkan jenis kereta tu aku dapat tau yang stok kat situ datangnya dari case E atau F (dua-dua batch ni release hampir serentak). Tak puas hati, aku pun tanya la kat awek jaga kaunter tu kalau-kalau la aku dapat tengok case yang belum bukak, masih sealed lagi.

Nasib aku cukup baik. Seorang lagi staff lelaki datang tunjukkan aku 5 case dari atas rak, yang dia letak kat bahagian permainan jugak. Daripada 5 case tu, tiga dah dibukak dan dua lagi masih sealed. Nak tau apa yang aku jumpa dalam case yang sealed tu?

Ahaa, ini la dia. Permata atau harta karun yang selama ni semua hunter dok gila-gilakan sangat. Kawan aku yang hunter tegar pun kali terakhir dapat benda ni dua tahun lepas!


Ini bukan model Treasure Hunt beb...! Tapi $uper Treasure Hunt... Tayar getah dengan warna yang special berbanding mainline punya. Kalau korang bukak 50 case pun belum tentu akan jumpa sebiji. Gila tak aku punya penemuan kali ni?

Hahahaaa... Bangga gila siak! Ini kalau ikut harga market sesama collector mencecah RM50 berbanding harga asalnya cuma RM7.90 je. Gila kan...

Ohye, susunan kereta yang kat atas lantai tu sengaja aku keluarkan dari case. Bukan untuk diri sendiri atau nak beli, tapi aku nak gantung kat peg sana. Saje nak bagi senang orang lain ambik. Tak payah susah-susah nak bawak turun case lagi dah.

Lagi pun kereta-kereta yang aku keluarkan tu adalah antara yang ramai collector cari. Baik tak aku ni? Baik gila siot. Baik tapi tak gila. Pow, pow, power siot!


Kat Giant tu, selain daripada jongkong emas bertayar getah tu, aku angkat 16 biji lagi. Sebiji je Austin Mini Van tu yang memang aku punya, untuk stok tambahan. Yang lain-lain tu ada orang lain kirim. Baik tak aku ni? Dah tiga kali baik kan? Hehehe... Ohye, sila abaikan bungkusan Maggi sebagai background tu. Maggi banyak-banyak tu aku tak beli pun....

Dipendekkan cerita, on the way balik ke sini, aku ambik laluan lebuhraya LEKAS. Keluar kat Senawang (lebuhraya PLUS) dan dalam perjalanan tu aku ambik kesempatan berhenti makan tengahari kat Giant Senawang sekejap. What the fart... Giant lagi? Kemon la, itu la tempat favorite aku selain daripada Tesco.

Dan sekali lagi kat sini aku jumpa satu kereta yang aku minta iaitu Meyers manx edisi ulangtahun ke 50. Agak rare tu. Aku minat kereta ni sebab dia punya base yang bukan plastik, tapi metal. Tak macam kebanyakan kereta-kereta yang lain.

Nah, belanja satu lagi gambar...


Yang warna gold tu je aku dapat kat Giant Senawang ni, yang merah tu aku dapat kat Giant (lagi?) Bukit Indah, Skudai. Pow, pow, power siot...! Balanja gambar siap repeat jongkong emas yang sama tu. Hehehee...

Rasa tak puas hati pulak. Nah, aku belanja satu lagi gambar dengan saiz dan resolusi yang lebih tinggi. Selamat menjamu mata...!








About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. kau dah tukar nama blog..menentang ketagihan?tapi aku tengok makin ketagih ni..hahaha, tak kisahlah, janji kau hepi, tak kacau orang.teruskan misi memburu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sekarang tengah berperang menentang ketagihan yang lain... Harap sukses la.

      Delete
  2. Replies
    1. aku kenyang, baru lepas makan...

      Delete
  3. Collector HW sahaja memahaminya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku pun kurang paham...

      Delete
  4. Nama blog dah tukar jadi 'menentang ketagihan'? Ketagihan apa ye...boleh anjurkan segmen ni..teka apa yg botak ketagih...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketagih, hmm... hahaha. susah nak sebut.

      Delete
  5. wah banyaknya hasil tangkapan...nak digoreng ker masak asam pedas tu... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak orang lain punya. sendiri punya simpan buat pekasam, lagi sedap...

      Delete
  6. ha..ha.. memang giler kalau dah ketagih sebagai collector...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup. ada yang lagi tegar sampai sanggup berhabis beratus-ratus ringgit tiap-tiap bulan.

      Delete