Semangka

12
4:30 PM
"Abang rasa, kenapa tembikai tu bentuknya bulat?" Soalan yang tiba-tiba terpacul sedang mata aku sibuk melilau ke kiri dan ke tengah jalan. Mencari supermarket berwarna hijau, kalau ada. Aku tak pasti dari mana dia dapat soalan tu, tak mungkin dari siri sinetron atau pun dari majalah Mangga.

"Hmm..." Otak aku ligat memproses maklumat yang sedikit, sambil mata terus fokus memerhati keadaan sekeliling.

"Mungkin jugak sebab Tuhan nak kita belajar berlaku adil kot. Agaknya la..." Jawab aku, tanpa sempat menyediakan jawapan bagi soalan lanjut yang mungkin ada.

"Adil? Macamana tu?" Ha, nampak tak. Itu la dia sequel soalan tadi. Lepas ni mungkin ada lagi.

"Cuba bayangkan kalau tembikai tu bentuknya macam
kiub, macam kotak kasut. Tak pun macam peti sejuk. Ada tak cara yang paling baik untuk kita potong kepada bahagian yang sama banyak? Kalau setakat empat atau lapan potongan tu senang la. Tapi kalau nak potong lagi banyak macamana. Boleh memang boleh, tapi kena keluarkan formula matematik dengan pembaris sekali la. Biar hasil potongan tu sama besar semuanya.

Kan ke buah tembikai tu antara buah yang sedap, ramai orang suka. Sampaikan ada orang buat jus tembikai campur laici lagi.

Sebab tu la Tuhan buatkan tembikai tu bentuknya bulat, bukan bersegi-segi. Secara teori dan praktikalnya, nak membahagikan buah tembikai ni senang je. Bukan setakat dalam jumlah yang genap, yang ganjil pun boleh. Kalau ada tiga belas orang yang beratur dengan sebiji tembikai kat tangan kita, memang takde masalah nak berlaku adil. Potong la ikut mana pun, insya Allah buah tu akan eloh bentuk dan saiz setiap potongan.

Kalau tak percaya, nanti kita singgah beli tembikai. Abang boleh potong lima dengan saiz yang seakan-akan sama..."

(Gambar dapat kat sini)

Serius, jawapan yang aku dapat ni sebenarnya secara spontan. Langsung takde draf dalam kepala otak. Dan aku harap jawapan tu cukup memuaskan hati dia sebab aku betul-betul perlu fokus memerhati sepanjang jalan, mencari supermarket berwarna hijau, kalau ada...

Salam Jumaat semua...

*Jawapan kat atas ni aku edit bagi cantik, yang realitinya aku jawab dengan tak teratur.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. semangka kuning susa nak jumpa sekarang ni...makan semangka jangan makan madu bahaya.....kulit semangka jangan dibuang..boleh buat masak lemak...buat halwa pun boleh...

    bila difikir balik..teori sm ada betul nya juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru terfikir, teori ni ada cacatnya...

      *dah lama tak guna perkataan semangka!

      Delete
  2. Dah lama tak dengar pasal semangka... ingatkan dah pupus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu guna masa zaman budak2 je...

      Delete
  3. Tapi kalo tembikai bulat, bumi bukan sfera mcm mana? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa, aku dah agak mesti ada yang tanya macam tu...

      Delete
  4. Tembikai bulat, kalau betullah nak membuat potongan dalam saiz yang sama kesemuanya, kena guna pembaris juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara teori, tapi mana nak dapat tembikai yang betul2 bulat (atau sfera) macam bola...

      Delete
  5. kat restoren wong solo ada jus semangka...dulu try order kononnya nak rasa menu 'rare' dalam restoren ni, sekali sampai jus tembikai rupanye.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yang rare tu cuma perkataan je bai...

      Delete
  6. boleh buat buah dadu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis yang tak boleh bergolek...

      Delete