Untuk Black...

10
2:20 PM
"Eh, bagi makan seh... Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kau nanti..." Terkejut bila tiba-tiba dia tegur aku dari sebelah kiri, semasa aku baru lepas meletakkan Black di atas tebing planter box (tapi takde pokok apa pun).

Apa boleh buat, aku sengih je la dengan harapan kata-kata dia tu merupakan satu doa. "Eh, bukan aku yang bagi la. Ada dua orang budak perempuan tadi tu. Staff sini kot." Aku kemudiannya cuba pulak menafikan.

"Fuyo, mulianya. Dah buat baik tak mengaku tu. Tak payah la. Siapa je yang nak bagi makan kat sini..." Balas dia sambil tersengih.

Ini yang aku malas, bila aku cakap benda serius ada pulak yang tak percaya...

*****

Membelek-belek telefon pintar yang sekarang dah pandai buat perangai, dengan kuasa bateri yang tinggal kurang 10%, aku didatangai dua orang perempuan. Seorang
berbaju kurung merah (aku lupa corak bunga macamana) dan seorang lagi berbaju t-shirt putih, seakan tercari-cari sesuatu. Macam rasa sedikit terganggu bila hati aku yang tengah meningkat suhunya gara-gara hampir dua jam menunggu, sambil duduk di satu sudut terpencil, ada pulak orang tertinjau-tinjau kat depan aku.

Korang berdua ni cari apa ha? Dua atau tiga kali jugak mereka meninjau-ninjau di sekeliling. Di belakang mesin vendor yang agak panas dan jugak di sebalik pintu untuk laluan staf.

Lebih kurang setengah jam kemudian, mereka berdua datang lagi. Kali ini dengan plastik Mydin di tangan seorang yang berbaju putih tu. Masih lagi meninjau-ninjau dan tercari-cari sesuatu. Hingga akhirnya dalam air muka yang hampir putus asa, si baju kurung merah membuat bunyi berdecit. Bersambungan. Bunyi yang selalunya kita guna untuk memanggil kucing.

Di atas planter box, antara tiang dan mesin vendor, mereka berdua mengeluarkan bekas lutsinar bertutup merah dari plastik Mydin itu, menuangkan isinya ke atas kertas dan air putih ke dalam mangkuk polisterin. Aku perhatikan je gelagat diorang ni.

"Cari kucing yang warna hitam tu ke?" Aku menegur untuk memastikan apa sebenarnya yang mereka buat.

"Haah, ada kat sini ke tadi?" Si baju kurung merah membalas. Muka nampak macam mengharap, macam sedikit excited...

Sebenarnya, tak lama sebelum kedatangan mereka yang kali pertama tu, memang ada seekor kucing betina yang temankan aku melepak kat situ. Tapi sekembalinya aku dari surau, kucing tu pun dah hilang. Entah ke mana, aku tak pasti. Tak penting pun pada aku masa tu.

Dan menurut kedua-dua perempuan yang juga pekerja kat situ, diorang memang selalu bagi kucing hitam tu makan. Dan waktu yang biasa kucing tu tunggu kat port yang sama adalah lebih kurang waktu maghrib dan subuh.

Kisahnya, mereka mula berikan kucing tu makan lepas kesian dengan kucing tu yang pernah ditendang oleh seseorang, gara-gara mahu meminta makan. Konsisten setiap hari (aku lupa nak tanya kalau diorang cuti, siapa yang bagi makan). Jika mereka berdua terlepas waktu, makanan yang ditinggalkan tetap akan habis keesokan harinya. Mungkin kucing ni tak boleh tinggalkan anak dia lama-lama kot. Sebab tu dia akan hanya muncul di tempat dan masa yang sama setiap hari.

"Nanti kalau nampak kucing tu, tolong panggil dia eh. Nama dia Black." Pesan si baju kurung merah tu pada aku.

Menurut dia, nama Black tu diberikan sebelum mereka tau jantina kucing ni. Iye la, aku pun pelik jugak, dah jelas kucing tu betina tapi diberikan nama Black pulak. Aku tau jantina kucing ni pun masa tengah main-main dengan dia, nampak puting dan perut yang jelas menunjukkan kucing ni baru je melahirkan anak.

"Orait." Balas aku dengan sengihan paling manis yang termampu.

*****

Tempoh masa sebelum aku jumpa Black kat tepi jalan di depan lobi utama adalah sesuatu yang agak mencabar pada aku. Bau ikan tuna tu betul-betul menyelerakan aku. Perut lapar, bateri telefon bijak dah kojol, bateri kamera pun ikut kojol jugak. Nasib baik la aku sempat snap gambar ni, tanpa bantuan flash.

8:50 pm
13 Februari 2015
Putrajaya Sentral

Satu penghargaan dan pujian seluas lautan untuk dua perempuan tadi... Aku rasa, kalau diorang pergi makan kat kedai, mesti kerap didatangi kucing. Main-main kat kaki sambil meminta ihsan untuk diberikan sedikit makanan. Macam kawan aku yang sorang tu.

~Sebelum Black menjamah makanan, mata dia renung aku sambil mengiau dua kali. Mungkin dia ucap terima kasih kot.
~Sama-sama dik non. Abang tolong bagitau je, ada makanan kat sini...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. handphone tu dah minta diganti bateri baru kot...huhuhu...
    mulianya hati 2 perempuan tu...moga luas rezeki mereka..amin... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tukar bateri, jangan tukar telefon terus sudah...

      Delete
  2. murah rezeki manusia yang blanje black makan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belanja aku yang tengah lapar masa tu, lagi ngam...

      Delete
  3. black ngan nyuning sape lg comel?
    huahua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yakin, awek dua orang tu yang comel... perlakuannya.

      Delete
  4. Ada la rezeki untuk ko tu satu hari. Mana tau, satu masa nanti makwe dua orang tu payung ko makan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja tiket tren pun dah ok la kan...

      Delete
  5. wah..respect giler kat awek dua orang tu.kucing kat rumah pun kadang-kadang aku lupa bagi makan *tutup muka*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sarankan kau tinggal berjiran dengan diorang tu. Hehehe...

      Delete