Hal 10 Sen Yang Diperbesarkan

10
5:24 AM
Dah alang-alang keluar dan cuaca masih lagi mengizinkan, aku pun singgah sekejap kat Putrajaya Sentral sebab nak dapatkan tiket bas untuk mak aku.

Memang aku lebih suka beli tiket kat sini berbanding kat tempat lain walau pun tiket tu aku gunakan untuk naik bas dari TBS sebab kat sini tak terlalu sesak dengan umat manusia. Nak parking pun kacang je kalau naik moto. Kalau naik kereta, entah la pulak.

Selesai beli tiket, pekena nasi dulu kat satu restoran mamak berhampiran dengan tangga. Restoran Shahjee namanya...

Setelah beberapa suapan nasi, tukang ambil order pun sampai. Berdiri di sebelah aku sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas lalu diletakkan di celah gelas minuman aku.

Tertulis di situ, makanan aku berharga RM4.50 dan teh ais pulak RM1.70, jumlahnya RM6.20. Harga yang ok pada aku, memandangkan teh tarik yang aku minum paginya pun dah RM1.50 kat satu kedai melayu. Tapi teh ais ni baru RM1.70 dengan rasa manis melekit macam ada susu tumpah. Cuma aku ada perasan satu keganjilan
bila aku toleh kanan, ke arah deretan harga makanan bersebelahan kaunter bayaran. Macam tak ngam pulak dengan apa yang tertulis atas kertas tadi.

Selesai makan, aku pun berdeham sekali untuk setting semula urat-urat muka. Daripada mode bersahaja, aku tukar kepada mode garang dan tegas ala-ala penguatkuasa kesihatan, pegawai perbadanan atau apa-apa yang boleh membuatkan budak melayu yang jaga kaunter tu goyang sikit.

"Teh ais ni berapa ringgit?" tanya aku sambil menghulurkan kertas harga pada dia.

"RM1.70..." jawabnya yakin setelah melihat kertas yang aku berikan.

"Abis tu, kat sana tulis RM1.60. Apasal tak sama?" nada suara aku sedikit ketat. Agaknya kalau mana-mana awek yang first time dating dengan aku mesti boleh angkat kaki punya lepas tu. Apa benda la balak ni, muka hensem tapi 10 sen punya hal pun nak marah ke.

Untuk kepastian, budak melayu tu tanya pulak pada tukang ambik order. Mula-mula dia pun yakin dengan harga RM1.70 tu, tapi bila aku tunjuk sekali lagi pada tanda harga yang besar terpampang, dia dah mula goyang. Mungkin dia ingat aku ni anak buah datuk bandar kot.

"Er, ok la RM1.60. Semua sekali RM6.00." kata tukang ambik order tu sambil menggerakkan kepala. Diskan lagi untuk menggenapkan harga. Kalian ingat senang ke restoran mamak nak bagi diskaun atau kawtim genapkan harga walau pun cuma 10 sen...

Aku? Hehehee, aku pulak tersengih dalam hati. Nampak gaya, aku memang ada bakat semulajadi nak menakutkan orang-orang yang buat salah.

~Entri kali ni, memang takde gambar. Sebab kalau aku gagal menuntut keadilan tadinya, memang confirm aku akan snap gambar kertas dengan list harga sekali.

~Eh, dah dekat subuh. Lelapkan mata sekejap pun cara gak ni...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Saya... memang tak ada gaya nak menakutkan orang. sebab itu tak pernah ulang tanya... bayar je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee, masa tu kalau saya buat muka ayu pun mungkin boleh dapat kot. sebab mereka yang salah.

      Delete
  2. :-)) kadangkala mmg begitulah...yan juga macam sm..kalau dah terang lagi bersuluh...mmg peranglah jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebab kita ni kedekut atau berkira, tapi memang dah hak kita. itu baru sorang, kalau sehari ada 100 kali buat macam tu...

      Delete
  3. Hahahahah, dengan kepala botak kemudian keraskan sikit suara memang boleh menggantikan watak samseng Sharif Dol dalam filem P. Ramlee...
    Malangnya saya ini tak reti berlakon jadi garang. Nak berlakon dengan anak bini jadi gangster pun selalu fail!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kebanyakan cerita gangster besar-besar ni, bila balik rumah mesti takut bini...

      Delete
  4. BAGUS JUGAK.. KADANG-KADANG KITA BUAT TAK TAHU JE.. DAPAT BIL, TERUS BAYAU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit tu, sayang kalau tak tuntut...

      Delete
  5. boleh jadi pegawai penguatkuasa ni.

    ReplyDelete