Kelebihan Jadi Lelaki

16
11:09 PM
...antaranya adalah kau tak perlu buang masa mengemas pakaian, segala macam alat solek, produk penjagaan diri atau pun dua (atau tiga) persalinan, hanya untuk perjalanan pergi balik sehari semalam. Buktinya, nah ini dia...


Bertolak balik kampung waktu malam dengan bas dan balik semula keesokannya. Cukuplah dengan sehelai t-shirt ganti (sekali pakej seluar Superman), deodoran, berus gigi (ubat gigi boleh pau tuan rumah punya), telefon bijak (charger pun boleh pau tuan rumah punya jugak), mp3 player dan kunci rumah.

Cuma ada sedikit kelegaan ruang kat sini bila aku tak perlu lagi sumbatkan `kotak ubat' dengan lighter sekali. Pergh, tiba-tiba rindu pulak.

Nak kata semua lelaki suka minimumkan barang dan perempuan suka bawak banyak barang bila keluar travel ke? Tak semestinya. Aku pun ada kenalan lelaki yang akan
bawak beg sama saiz dengan pelajar Akademi Fantasia walaupun cuma out station selama dua hari satu malam!

*****

Key chain Sarawak tu adalah jenis pewter, aku beli dah lebih 10 tahun dulu masa kali pertama jejakkan kaki kat sana. Sebenarnya masa tu aku beli dua, satu lagi aku bagi kat bekas cinta hati aku.

Alamak, tiba-tiba rasa rindu jugak la. Entah apa khabar agaknya key chain yang lagi satu tu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. klu nak lagi sempoi, duit pun tak payah bawak... boleh pau duit tuan rumah..... ehhhh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, belum sempat bagi salam dah kena baling dengan kasut. syoooh...!

      Delete
  2. yan jnis simple..cukuplah skadar beg duit..hp ...

    teringat cinta lama tak pe..jangan main gila sudah ler :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh. Itu namanya dah lama hidup, nak meninggal cepat kot. Hehehee...

      Delete
  3. Good boy *eh tetiba. :p

    ReplyDelete
  4. Saya pernah jadi suami jarak jauh bertahun2, tiap2 minggu naik bas dari KL balik ke Alor Setar. Saya balik cuma bawa diri sebab pakaian dah ada di rumah di Alor Setar. Selain dari bawa diri, yang paling penting bila balik kena bawa 'bekalan' mencukupi untuk Permaisuri yg menanti, hehehehe.... (Part ni tak boleh cerita panjang takut orang bujang leleh air liur...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu seminggu tak jumpa. Kan bagus kalau keretapi laju...

      Delete
  5. aku kalo ke mana-mana, memang kalau bole nk bawak brg seminima mungkin. selalu balik kampung melenggang kangkung. ada purse, hp, jalaaaannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni lelaki ke perempuan? Hahaha!

      Delete
  6. Kau tak payah nak rindu sgt yg dah lepas, boleh?
    Hahaha.. Sebagai makcik aku membebel..😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, makcik kentut ni. Ala, setakat keychain je pun. Hehehee...

      Delete
    2. jangan. Dengarlah nasihat makcik nih. Macik makan garam dulu sebelum menyelam laut.

      Delete
    3. oh, macam kenal makcik tu. yang selalu check up darah tinggi tu kan?

      Delete
  7. Aku pun jenis suka travel light. Tak suka angkut-angkut barang macam-macam bubuh dalam beg. Nanti kang bukan nak pakai sangat pun. Tapi aku takda la ringkas sangat sampai ubat gigi pun pow member. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, ubat gigi sekali picit tak luak pun. hahaha...

      Delete