Kisah Kombi Dengan Lelaki Karburetor

16
3:02 AM
Persiaran Perdana, Putrajaya.

Di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya, berbentuk seakan-akan kek sarang semut yang dililit dengan chicken mesh secara berserabut.

Waktu hampir tengahari iaitu beberapa minit melepasi jam 11 pagi. Seperti waktu yang dijanjikan.

"Bro, kat parking moto sekarang." Pesanan ringkas dihantar melalui aplikasi Messenger. Lebih mudah dan pantas pada telefon pintar aku yang kerap buat perangai sekarang. Berbanding Whatsapp.

"Otw..." Balas lelaki yang juga seorang collector. Sama macam aku.

Sambil menunggu, aku menghitung orang-orang yang keluar masuk dengan dan mungkin tanpa urusan di dalam Maybank di dalam bangunan perbadanan itu. Berdiri di sebalik tiang agar terlindung dari panas matahari, kaki aku tepat memijak bayang-bayang legap yang jatuh ke atas lantai.

Beberapa minit lagi berselang, aku perasan di hujung kaki lima sana ada seorang lelaki mungkin dalam usia lebih kurang 40 tahun, datang menghampiri aku. Langkah dia sedikit teragak-agak. Tersekat-sekat atas sebab yang aku kurang pasti. Mungkin disebabkan penyakit gout?

Ah, peduli apa aku. Takde kaitan dengan aku. Bukan dia pun yang aku tunggu. Dan aku pun mengalihkan semula pandangan ke arah Maybank. Tiba-tiba...



"Assalamu 'alaikum, dik." Agak tergamam jugak aku, bila disapa dari arah yang tak disangka. Oleh orang yang aku langsung tak kenal.

"Abang nak mintak tolong....."

...dan penceritaan secara ringkas pun bermula. Yang kemudiannya bertukar menjadi sesi soal-jawab pantas antara aku dengan dia.

Ceritanya, dia datang ke situ dari Bukit Beruntung atas urusan pinjaman perumahan, tapi entah macamana Tuhan sengaja nak uji dia dan timpakan dia dengan sedikit kesulitan apabila motosikal dia mengalami kerosakan sampai tersadai di mana pun aku tak berapa nak ingat. Dan dia terpaksa ke Dengkil untuk mendapatkan spare part.

Tapi lebih malangnya lagi, duit yang ada di dalam tangan dia masa tu tak cukup. Tinggal lagi RM48 baru la dia boleh beli barang tu sebelum boleh dipasang pada motosikalnya.

Mengikut pada wajah dia tu, memang nampak betul dia sangat-sangat mengharap. Dan hampir-hampir nak menangis. Masa tu jugak sempat aku tengok duit yang dia pegang cuma beberapa keping not merah bercampur-campur dengan hijau dan biru.

Aku yang masa tu datang dengan berbekalkan wajah macam orang baik, rasa serba salah pulak. Nak ditolong, takut orang nak menipu. Abis la burn duit aku. Kalau tak tolong, memang tak patut sangat la kan. Orang tengah susah tu.

Atau pun, aku ada jugak terfikir nak bagi bantuan lain. Contohnya macam tolong hantar dia ke pekan Dengkil untuk mendapatkan spare part tu. Tapi masalahnya, aku datang tu pun dengan moto pinjam. Menunggang di bawah terik matahari dah tak ubah macam mendayung sampan sebab motosikal tu brek depannya langsung tak mendatangkan kesan. Tarik pun tak rasa nak berhenti.

Brek belakang pulak memang dah dalam abis! Aku tadinya pun nyaris-nyaris nak terlajak masa lampu merah menyala kat traffic light. Cilakak.

Jadi, kalian rasa apa yang patut aku buat masa tu? Sila nyatakan pandangan bernas sahabat-sahabat di luar sana. Tapi jangan buat aku rasa bersalah pulak. Sebab aku ni kira orang baik jugak la. Hehehe...

*Aku akan ceritakan apa berlaku seterusnya. Insya Allah kalau aku ingat sebab minggu depan memang aku agak sibuk-menyibuk sikit.

*Ada satu ayat lelaki ni yang buat aku sedikit sebak. Nak tau jugak ke? Nanti-nanti la aku ceritakan.


Sebenarnya aku pergi situ sebab nak ambik Kombi warna oren ni je. Saje je nak cukupkan varian. Comel tak? Pasti comel macam aku jugak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Saya selalunya ikut gerak hati. kalau saya fikir elok saya tolong berdasarkan dari kejujuran yang kita nampak, kita tolong tapi kemudian itu jangan layan hati yang berbolaka balik dengan sangkaan.

    bimbang itu kerja setan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan hati yang rapuh ni, memang senang setan nak buat kerja kan...

      Delete
  2. eh..ade sebijik kat umah. tp mak pak lain kot.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kombi betul ke mainan? jenis seat sambung ke asing?

      Delete
  3. betul tu im..yan juga ikut gerak hati.....bila situasi macam sm ni...
    van oren tu memang comel...sm pun comel jugak ( hatikata KANG KALAU TAK KATA SM COMEL HABIS DIBOIKOTNYA BLOG AKU ) huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, anda menang hadiah utama berupa ucapan terima kasih atas pujian tu. hehehe...

      Delete
  4. kalau aku bagi je duit... Tipu tak tipu, benar tak benar, itu hal dia dengan Tuhan.

    kau comel? perasan laa tu.

    ReplyDelete
  5. kalau aku bagi je duit... Tipu tak tipu, benar tak benar, itu hal dia dengan Tuhan.

    kau comel? perasan laa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa aku rasa RM50 tu macam besar. ada masa aku rasa macam tak kisah. ikut pada keadaan. hmm...

      Delete
  6. Hurmmm kalau sayalah... saya bagi setakat mana rasa ikhlas tu ada... maybe rm10 atau rm15... mmg x cukup klu ikutkan situasi brader tadi tapi klu brader tadi boleh minta tolong kat bro, takkan dia x bleh minta tolong kat org lain pulak utk top up lagi skit.

    Pendapat saya je la... sebab rm50 tu bsr jugak nilainya pada saya. Klu bagi tapi hati rasa mcm berat je, susah gak kan...so bglah setakat mana rasa ikhlas itu ada.

    Niat kita nak tolong dia.... betul atau x situasi dia tu...itu antara dia dgn Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak mintak sampai rm50, cuma bagitau berapa jumlah yang kurang. mungkin aku ni memang muka orang baik berbanding orang lain kat situ kot. hehehe...

      Delete
  7. Kalau ada sen lebih, bagi jela kot duit tu kat dia. Nak dibawa sampai ke Dengkil, mungkin option yang orait jugak. At least, boleh bantu dari segi memudahkan urusan.

    Bab duit ni, sekarang dah jadi susah nak cerita memandangkan harga barang dah makin mahal. Kadang nak sampaikan gaji tu kemain seksa sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejadian berlaku sebelum GST, kurang sikit tekanan. hehehe...

      Delete
  8. Aku bagi je 50. Even aku ada 50. Dgn syarat minyak kereta aku penuh dan touch n go aku cukuo time tu.

    Bg aku duit yg ko beri pada org Allah akan ganti balik.

    Kalo aku ada nilai yang die tk cukup, aku bgtau je die. Lps tu pilihan die nak terima ke tak.

    Kalo terima aku bg. Kalo tak tkpe la.

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2, konsep pengantian tu yang aku suka...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete