Menyentuh Gie Yang Datang Dari Jauh

8
4:34 PM
Dah terlalu lama aku teringin menyentuh kulit Gie ini. Dari hadapan ke belakang, dari belakang ke hadapan lantas menyelak helaian-helaian kesat pada hujung jari aku yang runcing dan mulus ni. Sebabnya, dulu aku cuma mampu menatap wajahnya pada skrin monitor, membaca alur urat-urat dakwat di badannya daripada salinan lembut yang aku muat turun dari internet secara haram.

Apa sangat kepuasan yang dapat diberikan oleh fail berformat pdf kepada mata aku. Jauh sekali untuk kulit tangan aku merasai sensasi menatang tubuh cetakan kertas berdakwat ni.

Bila sekali dah dapat, memang puas hati. Gila best! Terima
kasih kepada orang yang dengan baik hatinya dah bawak masuk buku ni dari kota Bandung sana. Dan jangan lupa, pesanan aku untuk satu lagi naskhah yang sama. Naskhah yang bakal aku tukarkan dengan filemnya pulak, daripada seseorang yang juga pernah (?) meminati nama Soe Hock Gie ini.


Tajuk : Soe Hok Gie, Catatan Seorang Demonstran (cetakan ke-12, Julai 2012).
Penulis : Soe Hok Gie (suntingan Ismid Hadad, Fuad Hashem, Aswab Mahasin, Ismet Nasir dan Daniel Dhakidae).
Penerbit : LP3ES, Jakarta, Indonesia.
Tebal : 22.1mm (416 muka surat dari mula sampai habis termasuk muka surat kosong).



Gambar ini aku snap sebaik sahaja aku sampai ke rumah, tanpa sempat aku tanggalkan sampul plastik di tubuhnya.

Sekian, assalamu 'alaikum. Nah layan dulu puisi Gie ni...


~Nak pinjam? Sori, tak boleh. Barang rare ni, kalau  nak nanti aku pesan lagi dari salah sorang `kawan kecil' aku.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. minat puisi juga yer kamu sm...tak sangka..ingat minat hot wheels je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini catatan harian yang dibukukan lepas kematian dia. Kalau tulisan dia yang lain, tak dapat lagi.

      Delete
  2. Kalau penulis puisi Indonesia, saya minat WS Rendra, puisinya sangat berterus terang, berani, termasuk berani mengkritik pemerintah. Antara yang masih saya ingat ialah puisi "Bersatulah Pelacur-Pelacur Djakarta" yang menyindir penguasa-penguasa yang pandai cakap tentang moral tapi mereka sendiri melayan pelacur VVIP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat sini, bersedialah beliau untuk dihukum penjara, mungkin berkongsi sel bersama-sama dengan penyamun stesen minyak.

      Delete
  3. MACAM MENARIK JE.. NAK PINJAM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikit, sebab ini antara buku yang aku paling sayang. Kueng, kueng, kueng...

      Delete
  4. Salam pkenalan..

    Waa jiwa senila bro ni...aku pula buta seni...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee, terima kasih singgah...

      Delete